Monday, August 24, 2009

BERBUKA DI GURUN...

Assalamualaikum...,

Kuih kat atas tu aku beli untuk berbuka tadi..2 keping bengkang, 2 biji abok2, 3 keping pulut sekaya...RM2/= semuanya..Murah kan?

Memang murah gila kat sini. RM2 punya kuih dah kenyang..Alhamdulillah. Aku tak beli nasi untuk berbuka tadi sebab aku plan nak pi makan kat kedai nasi kandaq Suria Sempoi. Yang bestnya kat Gunung jerai ni berbuka awai seminit dari Aloq Setaq. Anyway lepas berbuka ngan kuih, maghrib, aku pun keluaq pi kedai. Kedai nasi kandaq ni hari ni siap buat ikan bakaq lagi. sedap pulak tu. Aku kena ikan keli bakaq sekoq ngan ayaq asam minum teh, RM4 je.

Pastu aku pun pi lah ke Mesjid untuk Isyak dan tarawih. 8:45pm start Isyak..9:00 siap. 9:05 start tarawih..9:20 siap 8 rakaat..Laju sungguh. Letih jugak. Macam buat senaman rasanya..

Esok aku rasa aku pi mesjid lain pulak lah..Testing kelajuan dia..hehehehe

WASSALAM

HARI 3



Assalamualaikum...

Hari ke 3. Aku ada di Gurun. Bertolak dari Penang kul 7:30am tadi. La nie cuti sekolah, jalan kat Penang relax lah sikit pagi2 nih. Tapi mai petang, masyaallah...sibuk sungguh.

Cuaca kat Gurun hari ni pun mendung....Si mega mendung...Mai tengahari dia balun hujan ngan lebat sekali. Sejuk keadaan. Gambaq kat atas menunjukkan Gunung Jerai kat depan rumah aku dah tak nampak puncak dia hari ni..Sejuk bro..Tapi bagi aku bila sejuk ni, cepat lapaq kan?

Sat gi aku nak keluaq lah pi tengok kat Gurun ni apa ada boleh makan untuk berbuka nanti. Atau pun pi Mesjid berbuka pung ok gak kan? Tak leh la nak buat Major decision cam Koden tu. Tak dak choice lagi dah..Hahahaha.

HAPPY BIRTHDAY...


Assalamualaikum....

23hb Ogos 1989... Mohammed Zaqwan Aizat di lahirkan kedunia ini. Maka hari ni genaplah 2o tahun umoq dia.. Happy Birthday...Semoga panjang umur...

Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Cuaca di Pulau Pinang ni amatlah baik sekali. Hari pertama, lepas sembahyang subuh je...hujan turun ngan lebat sekali..sampai tengahari. pastu cuaca mendung sepanjang hari..cool habis. Lagi pung aku tak keluaq rumah pun. Cuma petang tu keluaq lah sat ronda kat Penang Street. Kat sini lah terdapatnya nasi beriyani dan sebagainya. Area ni kira mamak conquer habis. Tapi memang lauk kat sini best2 belaka. Aku pi kat situ lepas asaq, dah kosong periuk2 kat situ. Adus..tak pa lain kali je lah..

Last2 aku dah pi kedai Misai kat Tamil Street, beli kari ikan. Masa aku sampai tak ramai orang kat situ. Cuma ada 4 orang depan aku. Tapi nak sampai kat aku lebih kurang 30 minit. Apa nak buat sorang order 10 bungkuih, jenuh lah mamak tu nak buatkan. Anyway tak kisah lah. Aku dapat kari je teruih belah balik.

Lepas maghrib, aku pun dok ready lah nak pi tarawikh. Ingat nak pi Mesjid Negeri lah sebab meriah kat situ. Dekat nak sampai, hujan punya lah lebat. Tak nampak jalan. Orang pulak punyalah ramai. Nak parking dengan hujannya, maka balik ke surau dekat rumah lah jawabnya..hehehe..

Tapi hari kedua dapat gak aku bertarawikh kat Mesjid Negeri. Tercapai hasrat. Esok dah nak balik Gurun..tarawikh disana pulak...

WASSALAM