Tuesday, July 29, 2008

PAGI 27/7/08


Moth kat atas ni ada kat airport gak masa tu..Dia pun dok tunggu nak terbang gak.

Salam,

Hari majlis kita tu, selepas selesai semua, masih banyak yang tak balik lagi dan dok bersembang kat depan restoran tu. Macam2 lah yg disembangkan. Tup tup dah gelap. Tiba2 ada pulak makanan yang dihidangkan. Mee goreng ngan char hor fun kut. Kami pun belasahlah. Ada 2 meja yang penoh. Tak Joo yang buat kenduri. Terima kasih banyak Tak Joo.

Pas tu kami balik ke bilik. Aku, Koden, Kamal dan Li Bakaq. Pok pet pok pet lagi kat bilik tu dan lepas tu dah kira nak makan nasi Royale pulak. Depa kata kat tanah merah ada. Jadi kami pun keluaq lah pi kena. Dok tang situ sampai mamak tu tutup kedai sebab dah pukui 1 pagi. Mazlee pun mai join kami jugak.

Balik ke bilik kami dok sembang dan aku pulak dok try nak upload gambaq dlm blog, tapi tak berjaya sebab tak dak 3G Maxis. Koden dah ghuyup...Li Bakaq pun ghuyup atas sofa...Kul 2:30 aku tidoq.

Tengok jam..6:05am. Cepat bangun basuh muka, berus gigi, pakai deodorant dan dress up. Li Bakaq pun jaga, Koden pun terjaga, so aku blah ngan Li Bakaq ke airport.

Ini lah keadaan lapangan terbang kepala batas at 6:45am, hari Ahad 27/7/08.

Lengang sungguh. Cafe baru nak buka masa tu. Gambaq yg kat atas tu masa aku kat cafe lah...minum nescafe, sebab ngantuk lagi. Hamsan ada call aku bertanyakan samada aku ada transport gi airport...Tima kacih kawan.

Sementara nak tunggu tu lah aku post AKUR. Tambang aku ke LCCT adalah RM34/=. 8:30 terbang ke LCCT. Aku tidoq all the way. Jaga dah sampai ke KL dah. Turun, gi minum lagi kat Food Garden di LCCT dan juga melepas sebab pagi tadi tak sempat...hahahaha. Uuuhhh..best. Lega rasa...

Sambil minum sambil aku dok post segala gambaq grup tu. Pas semua tu siap aku pun ambik keta, dan take a slow drive balik ke Paka. Stop merata sebab ngantuk dan finally sampai Ganu jam 6:30 ptg.

Member ajak aku gi dinner, aku cakap ok. Aku nak mandi dan relax sat nanti aku join. Sambil tengok TV, tiba2 aku sedar jam dah pukul 3:45pagi. Aduh aku terlampau letih dan terus terlena. Msg dan missed call berlambak dlm fon. Nasiblah, apa nak buat. Letih..dah tua..









SEPAGI DI DUSUN

Perbincangan Agenda majlis jam 11.00pagi. Hasaza, Koden, Hamsan, Dik D, Gah, Tharu, & Kamal

Gah ngan Tharu dok makan buah rambutan kat dusun Hamsan.

Taukeh dusun dok bercerita pasai dusun dia. Jasman dok dengaq, Gah ngan Tharu puteri lilin, lari pada panas, takut cayaq..

Moqtan ni sedap gila...

Ni favourite lepa semua...

Gah wanted me to capture this but refuse to pose beside it..

Awang hinggut Pak Din kutip..Depa ni satu team. Oleh kerana peredaran masa dan teknologi yg canggih, depa dah tak guna gerek lagi, dua dua naik kereta.

Awang 'D' kepenatan selepas bertungkus lumus menghinggut pokok manggis.