Thursday, April 16, 2009

WOTD

SAMAT N PAK MERTUANYA

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.

Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis.

Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat barang-barang dapur habis.

Samat betul betul menghabiskan borehhh...

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang.

Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul 8...pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni..

Bengang betul dia...dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..

"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...

"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...

Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi...dan lagi....

" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak- agaklaa.. ." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang- mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)

...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi...sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru...katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Aku dapat cita ni dari email yg kengkawan hantaq..Best gak moral dia tu. Hak tu tka mau aku pertikaikan, cuma, Samat tu tak kerja ka? Klu kerja dia boleh beli beras apaaa..kan? Tak lah kecoh pak mertua dia dok bagi makan dia free. Hahahaha...Saja gatai komen,,

Cadangan buat a word a day ni baguih jugak kan? Tapi nak buat English - Malay aku rasa tak best lahhh..Cari bahasa lain lah. Arab ka, Mandarin ka, Hokkien ? Member Siti ada tulis buku kegunaan bahasa Hokkien seharian..Anyway Hokkien banyak digunakan disebelah Utara dalam masyarakat Cina. Amacam? Nak? Aku mulakan la nie gak...

WOTD(Word Of The Day)

1. WA = Aku, saya, I.
2. LU = Awak, hang, kamu, you.

Itulah saja untuk hari ini murid2 sekelian. Besok kita akan belajar perkataan yang baru..Selamat belajarrrrr....

WASSALAM
p.s : Aku dah boleh pikiaq apa hampa nak kata dahh....

SOLUTION...

Salam..

Kuda Tua said...

Artikel 11.

JENAZAH.....SOLUTION

Ana agak tertarik degan komen 1 TAL18 dlm tajuk JENAZAH. Mula2 Ana langsung tak faham apa yg hendak diutarakan oleh TAL18. Rupa2nya ada unsur suspense dlm komennya. Rupa2nya ada urutan.
Menariknya solution TAL18 ini ialah, beliau melihat dari sudut yg satu. Ana rasa tiada siapa yg berhak mengatakan cadangan TAL18 itu salah. Kerana itu lah sudut yg dlihatnya. Kepada yg masih hidup, mesti teruskan kehidupan dan terus2lah menggunungkan kekayaan.
Tapi dari pengalaman ana yg dah "veteran" dlm menghadapi kematian orang2 tersayang, berbeza pula sudut yg ana hayati. Dalam setiap kematian, ada pengajaran kepada yg dtinggalkan. Segala ungkapan baik tentang jenazah harus diukur ke diri kita. Kalau terasa tiada/berkurangan kualiti itu pada diri, bersungguh2lah mencapai nya.
Disebaliknya, jika terdapat ciri2 negatif yg diperkatakan tentang jenazah, harus dijadikan garis ukur kelemahan pada diri kita. Semestinya ia perlu dikikis.
Pokok pangkalnya, pada usia yg sangat teruja utk merayakan BB50, kita seharusnya mempunyai kewibawaan dan kematangan utk menyusun priority halatuju kita.
Jangan salah faham, ana amat teruja utk bertemu d BB50.
Mungkin d tarikh itu nanti ana akan meminta Dz memperkenalkan siapa itu Kuda Tua. Kenapa tidak ya?

Buat iktibar lah....

Untuk perhatian semua, aku dah masukkan nama dan no. telefon kawan2 yang ada dalam simpanan aku disebelah kanan, bawah blog ini. This will be a permanent fixture kat situ, supaya senang kawan2 nak kontek. Especially untuk Koden yang perlu menjalankan tugas yang telah diberikan.

Aku dah pun email ke Merdeka Beach Resort to ask for quotation dan juga proposal depa untuk kita menyambut BB50. Kemungkinan besar esok kalu aku free sikit aku akan turun pi lah. Regardless of samaada dapat email atau tak.

BATU API

Salam...

Kuda Tua said...

Artikel 10

SARANGGENG

Terpanggillah ana untuk merangsang sahabat handai yg masih suam dgn agenda BB50 kita ini. Ana memilih tajuk ini sebab baru2 ini ana telah mendapat jemputan utk "join" SARANGUANG.
Bukan lah tujuan ana utk berbicara tentang saranguang. Dah masuk atau belum? Kalau dah masuk, berapa banyak untung yg diraih? Kalau masih belum, persoalannya, bila lagi? Dan kalau tak berminat memasuki, persoalannya, Kenapa? Bukan niat ana menulis tajuk Saranguang.
Tapi ana tersa teringin utk menggeletek @ menyakat @ menyucuk kwn2 agar melatah sedikit kpd 1 cadangan yg ingin ana utarakan. Berasaskan sistem Multi-Level Marketing (MLM), apalah kiranya kita menyediakan 1 insentif kpd kwn2 yg aktif mempromosikan BB50.
Tujuan cadangan ini ialah utk kita terus menarik lagi bro/sis yg masih belum pernah "join" aktiviti kita lagi. Dengan sendirinya akan bertambahlah jumlah kaum kerabat kita.
Contohnya gini :-
1- Jika ana dapat membawa 3 orang bro/sis baru, maka ana pun terkecualilah dari yuran sendiri.
2- Jika Dz dpt bawa 1 orang Cikgu, pun dikecalikan dari dikenakan yuran.
Dan sebangainya lah.
Ana sekadar melontar idea. Mungkin Dz, AJK dan penaja boleh memikirkan cara dan pendekatan utk menjayakan idea ini. Itu pun kalau ianya didapati bernas. Jika tidak, humban sajalah idea ini kemana2 pun.

Good Idea tu..hahaha siap ada sistem MLM lagi untuk menjayakan majlis kita nie. Tapi aku rasa tak perlu lah kita sampai ke tahap tu, Takut terlampau ramai yg bawak mai, duit kita nak buat majlis pulak tak cukup. Tapi, ini adalah satu saranan yang baik. Lebih baik lagi kalau kita terus saja kutip 150..hahahaha..
Batu Api, Firestone dan sebagainya lah adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan sekiranya dia digunakan dalam konteks kawan2 yang amat mengetahui perangai antara satu sama lain. Jangan dok berbatu api di belakang sudah lah.. Nampak gaya TAL18 dok boh api kat Madud pasai tali pinggang. Dalam pada tu jugak Madud dok boh api kat aku pasai Koden dok suruh buat macam2.. "Aiman tak kisah..."

Seronok sungguh la perangai buddak2 yang nak mencecah separuh abad ni. Aku kata budak2 sebab kat sini je kita boleh buat perangai budak2 kita tu..kalau diluaq, depa kata gila la kita nie.

WASSALAM