Friday, April 3, 2009
CAT @ YUSUF
Terjumpa video Cat Stevens ..Nostalgia habis...
Lagu yang sama dinyanyikan oleh Yusuf Islam...
Check it out..
WASSALAM
BKT SELAMBAU
Semalam aku ada cita pasai banyak nya calon bebas dalam pilihanraya kat Bukit Selambau ni. Semalam bila aku lalu kat main Rd Taman Ria ni, banyak poster calun bebas seperti dibawah ni yang digantung cantik kat divider jalan. Cantik maksud aku teratur lah..
Sorry lah aku sepatutnya ambik gambaq yg ada tulisan Bahasa Malaysia, tapi tak dan nak compose actually sebab aku ambik kat trafik light je..Calun ni lah yg aku kata workers dia ada yg rambut "karat". Seharian aku tengok depa dok gantung poster dia ni. Yang membuatkan aku ambik gambaq ni adalah kerana aku tengok benda seperti gambaq dibawah terjadi. Masuk je "dacing" ngan "mata biru" ini lah apa yg terjadi..
Depa koyak habis..Kesian dia. Tapi kira camni tak fair lah kan. Banyak lagi tempat lain boleh gantung. Kalu org koyak depa punya, macam2 konspirasi depa nanti kata, tapi kalau camni jadi..camano? Kalau aku daftar kat sini mesti aku sokong calun yg ada workers berambut karat.. Betis kecik..minus point lah..Hahahaha...
WASSALAM
GOBEK
Tajuk hari ini ialah...
Terdiri dari dua komponen yang dibuat dari logam berbentuk silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga kepangkalnya ibu gobek. Dibahagian hujungnya disumbatkan dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang tersebut.
Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang lebih kecil terdiri dari besi padu dan dibahagian hujungnya seperti mata kapak serta mempunyai hulu dibahagian pangkalnya.
Gobek | Pada sesetengah gobek ianya diukir dengan berbagai corak yang menarik sesuai mengikut kebudayaan bangsa tersebut, samada dibahagian ibu atau hulu anak. Ia berperanan seperti antan dan lesung. Seulas piak sirih akan disumbatkan kedalamnya dan ditujah-tujah sehingga lumat, setelah selesai, kayu dibahagian hujungnya akan ditolak dengan anak kepangkal membolehkan piak yang lumat keluar dan sedia untuk dimakan. Nenek tua yang sudah tidak mempunyai gigi akan berdamping rapat dengan gobek bagi membolehkannya menghilangkan ketagihan makan sirih. |
Gobek | Gobek | Gobek |
Aku search dalam internet je nih. Tak tau pasai apa hari ni teringat pasai Gobek lah pulak. Mungkin terbayang Madud kut. Amat berguna kepada yang memerlukan. Portable lagi. Boleh bawa merata2. Kalu pompuan boleh boh dalam beg tangan dan kalau Madud boleh selit kat pinggang, macam keris. Fuhh...Hulubalang habis. Panglima Gobek.
Kalu tak silap aku Gobek ni pun perkataan omputih gak. Disebabkan action dia tu, maka GO dan BACK, jadilah Gobek. Tak caya? Okay..hampa biasa dengaq org cakap ayaq lemened dak dulu? Itu asal dari Lemonade. Kicap? Kata asal dia Ketchup. Ada banyak lagi perkataan yg kita ciplak lama dulu. Bukan baru baru ni. Kalau lani, depa tambah "si" je, kira dah di Melayukan lah.
Aku harap DBP tak lah hentam aku ngan statement ni..Hehehe.
Amacam? Hari ni hari bersejarah buat kita semua. Perdana Menteri baruuu... Bukan takat tu saja, Pak Lah dah jadi Tun Pak Lah dan Tun Jeanne. Paper pun penoh dah hari ni dok cerita kisah PM baru. Tak dak pulak cita kisah famili dia yang dulukan? Sebelum "big hair" ni...Anyway, kita harap Malaysia selamat dibawah pentadbiran bos baru ni dan kita semua especially anak2 kita dapat move forward dan maju..Insyaallah.