Thursday, March 19, 2009

KENDURI


Salam semua...

Lihat lah dua orang kaya sedang enjoy minuman kesihatan di High Chapparal...Hahahaha.. Depa ni punyalah computer savvy la nie, pantang dok saja mesti bawak keluaq laptop punya..Tak sangka aku yang depa ni dah teruja sangat dengan alam siber ni...

Jadi apa yang Lid kata dalam komen bahawasanya kami ni dok ketagih ayaq ketum, salah sama sekali..Haahaha. Depa dua saja yg minum.

Camana pun apa cerita ngan kenduri Omaq ni..Aku terpaksa pi KL nak bawa parents aku balik. Hopefully aku sempat join hampa yang nak pi kenduri. Memang aku look forward to joining sebenaqnya. Aku akan cuba slotkan masa jugak.

WASSALAM

KRAF

Salam semua....

Pertama sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih dari ujung rambut sampai ujung kaki diatas kesudian kawan2 semua menghadirkan diri di alam siber yang serba canggih ini..Menceriakan kampung kita ni dengan pelbagai komen2 yang bernas, yg berbentuk pengajaran, agama, sinis, teghejai dan sebagai nya lah..Tak lupa jugak yang hanya menjengok dan berlalu, mungkin senyum sorang2 macam apa yg Mazlee buat dulu..Tapi Ah Teik punya pasai lah dia pun dah pandai bersuara la nie..

Ada sikit aku nak saran kan lah..Apa kata kalau kita be honest atau jujur sikit dalam teguran dan komen hampa semua. Jangan lah sampai kisah keluarga apa semua hampa bawak keluaq, rasa cam tak best lah. Memang tak best lah bagi aku. Sekiranya perlu sangat nak diluahkan, jangan berselindung dibalik nama samaran, berani buat kena berani tanggung lah kan? Saja lah Tok Penghulu nak nasihat..Takut sat gi ada yang bermasam muka..Tua tua tak elok aih..Kampung siber kita ni kena ceria selalu..

Poster sebelah ni pun aku tau dari Manggis. Aku dengaq habaq, satu booth berharga RM300 for 2 weeks. Ok gak tu kan Dude? Hang tak try masuk ke atau hang tak layak ka atau konsep tak kena ka? Kalau tidak kita boleh pakat2 macam dulu. Dekat sikit dak? Anyway sesuatu yang menarik dan unik dijanjikan pada pameran tersebut. Yg dekat terpa pi lah..Aku pun nak drop by sebelum dia habis. Manggis ada kat Booth 001, Khemah Hasil Rimba. Sajalah tolong promo memba cikit.

Hamsan call aku pagi tadi utk memberitahu yang dia jugak ada kat depan Gano Excel Jitra masa banjir tu, selepas baca blog. Tapi tak mau komen apa pun dalam blog. Kesian kat blog..Uhukk..

WASSALAM..