Sunday, September 6, 2009

SAPA SALAH ?

Assalamualaikum....

Kemarin aku terasa amat bertuah sangat kerana telah mengikut Abim Outreach berbuka puasa serta bertarawikh bersama sama ngan penghuni Asrama Paya Terubong (Kebajikan Masyarakat). Actually aku ikut SNQ pi sana. Lagi pun ada jugak lah gang Abim tu yang aku kenai.

Kami berkumpul kat Mesjid Negeri Pulau Pinang dan dari situ bertolak ke Paya Terubong , Air Itam. Budak2 hafiz Quran, seramai 5 orang pun ikut bersama. Sampai je disana, kami pun di sambut oleh Warden Asrama tu. Asrama ni adalah asrama lelaki. Terdapat 31 penghuni disini. 4 orang berbangsa India, 1 Cina dan selebihnya Melayu.

Kalau kita yang layman ni, tempat ni kira cam sekolah budak2 jahat lah. Ada yang hardcore punya dan ada yang dah ok dah. Yang hardcore ni kira cam masih dok tunggu kes mahkamah, yang kena remand dsb. Mengikut warden, ada yang dah lari dari asrama tu dan kena tangkap balik dan kena masuk balik dan consider sebagai hardcore lah gang nih. Yang bunuh org pun ada.

Tengah dok sembang tu, lalu lah 2 orang budak kecik. Umoq 10 tahun camtu lah. Cute. Rupanya depa nih bukannya buat jahat yang dahsyat sangat. Mak bapak depa tak leh control yg sebenaqnya dan telah buat permohonan agar mereka ditempatkan disitu. Sorang daripada budak tu mai dari Anak Bukit. Aku sempat sembang ngan dia lepas tarawikh dan katanya dia akan keluaq pada 1hb Oktober nanti. Dia baru masuk 2 hari. Tapi Warden kata depend atas Jabatan Kebajikan nanti samada dia akan keluaq tau tunggu lama sikit.

Masaalah utama nampaknya adalah bermula dari rumah semuanya. Broken homes, tak dak pemerhatian dan yang paling penting sekali Agama. Kata warden depa ni kebanyakkan nya cetek sangat dalam agama nih. Masuk situ depa ajaq lah betui2.

Budak2 yang hardcore tu semua dok dalam macam bilik kurungan lah. Depa ni tak leh keluaq dari bilik tu. Tapi daripada ramai2 yg dalam bilik tu, 5 orang dibenarkan berbuka puasa bersama2 kami semua. Kata warden depa ni dah ok dah. Jadi depa diberi baju Melayu warna kuning untuk dipakai dan keluar dari bilik kurungan supaya dapat berbuka posa bersama2 kami. Yang lain berbuka posa dalam bilik tu lah. Ada satu warna lagi ya itu hijau. Maksud aku warna baju Melayu lah. Yg hijau ni kira dah ok sangat2 dah. Depa ni lah yang dok angkat makanan, bang kat surau dan sebagainya lah. Kalu tengok rupa depa nih, walupun yg hardcore, hang takkan kata depa ni jahat atau nakai. Muka innocent habih.

SNQ bawa kamera, tapi kami tak dibenarkan ambik gambaq..Jadi tak leh lah nak tunjuk kat hampa..

Lepas berbuka kami semua jemaah maghrib berimamkan budak hafiz tu lah. Aku dah lupa nama depa ni. Sorry. Pas sembahyang, sambung makan lagi. Isyak dan tarawikh bermula. Lepas tarawikh, Bro Hamdan dari Abim Outreach bagi ceramah sikit siap ngan power point dia tentang kelebihan bulan Ramadan nih. Selesai ceramah, Datuk Salina pulak diberi slot untuk bagi ucapan serta bagi goodies dan duit raya.

Aku tersentuh betui lah bila berada di tempat tu. Tak sangka aku dalam usia semuda itu, budak2 ni mengharungi banyak masaalah dalam kehidupan seharian depa. Nak marah kat mak bapak depa boleh lah jugak. Tapi kalau pikiaq kan, mungkin depa pun mempunyai masaalah depa sendiri. Ada yang bercerai berai, teruih biaq anak depa tanpa pengawasan. Ada yang terpaksa bekerja siang malam untuk bagi makan anak2, tak dak masa langsung untuk sembang atau bermanja ngan anak2.

Sapa salah? Parents ka? Anak2 ka? Masyarakat ka? Sistem kita ka? Pemerintah kita ke? Pikirlah semdiri..

WASSALAM