Saturday, June 21, 2008

AGENDA POLITIK

Sebenaqnya aku kena buat cerita ni selepas perjumpaan kami hari tu kat Shah Alam, tapi hampa tau sajalah, lanie asyik lupa saja...

Dik Di ada dapat satu SMS dari salah seorang sahabat kita lah jugak berkenaan dengan perhimpunan ini yang mengejutkan aku jugak. SMS tu meminta agar kita jangan membabitkan isu politik UMNO dalam perhimpunan nanti. Aku heran lah jugak, sebab sejak dok buat perjumpaan yang sebegini rupa, tak pernahlah pulak aku dengaq sapa sapa yang dok berkempen atau sesiapa yang dok mengutuk parti politik mana mana pun.

Walau camanapun, sapa sapa yang nak bercakap pasai politik ka, ugama ka, apa ka, kita tak leh nak halang. Kalau ada sapa2 yang nak sponsor majlis hari tu, walaupun dia seorang ahli politik ka, atau orang yang baru nak berjinak ngan politik ka, selagi dia ada kena mengena ngan sekolah kita dulu, aku rasa tak salah kalau kita terima. Kalau Pak Lah ka, Khairy Jamaluddin ka, Anwar Ibrahim ka nak sponsor, apa salahnya..Kalau Tun kata nak sponsor aku terus pi jumpa dia dan ambik duit tu...hahahaha.

Bila sahabat ni kata tak mau agenda UMNO dimasukkan dalam majlis itu, aku nak tanya lah jugak. Agenda parti lain ok ke? PKR ke, PAS ke atau mungkin DAP, boleh ke?

Aku mungkin nak gunakan platform ni untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Amacam? Ada penyokong ke? Parti baru..59ers namanya...Hahahahahaaa..........

Al - Fatihah

Assalamualaikum,

Kemarin aku dapt SMS dari Kamal memberi berita Pak Mud Kantin SMJ meninggal dunia. Aku sebenaqnya dah tak ingat dia ni. Walau camana pun, Innalillah.....

Ada juga terdapat komen dalam posting aku yang terakhir hari tu, tapi cuma kata "Haia". Mungkin kah itu Poh Tee? Setakat tu saja ka yang dia nak kata? Sesiapa saja yang nak masuk komen, sekurang kurangnya tulis lah nama. Senang kita kenai siapa. Aku boleh set supaya yang tak dak nama, tak leh masuk komen, tapi aku tak mau nak susahkan kawan2 semua. Lepas komen tu tulis saja nama kat bawah...

Masih tak berubah lagi kita punya kehadiran, cuma Amin confirm berdua. Mat Lazim apa cerita? Langsung tak dengaq habaq. Mentang2 lah beras naik harga la nie, dia sibuk dok kira untung BERNAS kut.

Sambil dok menulis ni aku nampak Khyril score gol kedua Kedah!!! Malam ni Kedah main bagi aku sakit jantung betui lah. Kyril dah berapa bijik dia terlepas..Tapi oklah tu. Bukan senang dok dalam padang tu...

Mai lah kita ramai ramai hadiah Al Fatihah kat Pak Mud..Al Fatihah.....