Salam semua...
Masih tak dak org yang nak menulih nampak gaya. Cuma sorang je yg berani sahut cabaran dan dia aku beri nama pena sebagai "KUDA TUA".
Ahad : Aku di A/Star bawa bapa aku for check up dan sebagainya lah. Budak2 aku kerja kat Gurun, aku tinggai depa sat lah. Settle semua ngan parent aku, dalam dok pikiaq nak balik ke Gurun, aku pi lepak kat restoran Nasmir, Jitra. Bila dok dalam kedai tu, kita betui2 bertentangan ngan pintu Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.
Nostalgia habiiisss.. Bila nak balik dari sekolah dulu kan kita kena berator dan jalan kut depan rumah HM dan keluar pagar. La nie rumah HM dah tak dak, tersergam asrama Putri pulak kat situ. Kat pintu depan tu kata kata : "INSAN MINDA KELAS SATU DILAHIRKAN DISINI"
Lepas 20 minit, memba pun mai. Memba sekolah gak lah. Budak tingkatan... Sembang pok pek, pok pek, keluaq lah macam2 cerita. Ada satu cerita yang aku nak share ngan hampa..
Tersebut al-kisah, 30 tahun yang lalu....
Kawan kita ni dulu dia berjiran ngan orang India. Rumah jiran dia ni pun daif lah. Jadi jiran dia ni selalu bila nak keluaq rumah, pi kedai ke,mana2 ke, ayam peliharaan dia akan diikat kakinya. Jadi memba kita yang otak nakai ni sudah nampak satu peluang yang baik. Dia bercadang nak curi ayam tu dan jual. Tapi dia tak berani nak buat sorang so, dia ajak sepupu dia subahat. Setujulah si sepupu ni pun.
Akai budak2 ni panjang mana kan? Depa pi market jualkan ayam tu, dapat lah 2/3 ringgit agak nya. 30 tahun dulu. Yang aku tak tahan gelak adalah apabila dia kata, "Apa lagi masa tu tengahhari kami minum ayaq F&N lah..." Hahahaha...bila pikiaq balik, luxury tu F&N masa tu. Hari Sukan kita semua dapat sorang sebotoi punyalah seronok. Terjumpa kupon ka atau ada kawan tak mai ka, ngan bangga nya dok cerita dia minm 2/.3 botoi ayaq F&N. Aku rasa ni mesti Din I.L.Y minum banyak zaman dulu, sebab tu dia semut hurong la nie..
Jiran India tu balik apa lagi, heboh lah ayam dia hilang. Cekap dia ni, pi market tanya dan dia kenai pulak tu ayam dia..Betul tekaan dia. Ayam ada kat market dan belum sembelih lagi. Dia dah korek cita tu dari pembeli Cina tu, dapatlah tau yang 2 org bidak jual ayam tu. Cina ayam tu pulak siap kenai identiti budak2 tu..Akhirnya ayam tu diserahkan balik kat tuan nya yg asal. Yg bestnya kedua2 bapa budak2 tu pun kerja market jugak..
"Aiya E..(Short for Ismail) anak hang mai jual ayam curi kat aku.." kata Cina tu pada salah seorang bapak budak tu..
Tak yah cita lah kan apa yang terjadi semasa era tu sekiranya bapak kita dapat tau kita buat jahat..
So kalau ada sapa yg tau ka, besa dengaq ka cita ni, respon lah...cERITA NI MEMANG ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP DAN DAH MATI..
WASSALAM