Salam...
Aku ni sebenaqnya tak leh nak tidoq lagi. Baru siap buat progress report utk meeting besok. Masuk blog, baca lah musykil hampa 2 ekoq ni. Yg sebenaqnya bukan cerita sedih. Adalah dia dok mengata hang sikit sebanyak. Biasa lah kita ni, kalau kawan tak mengata sapa lagi nak mengata kan? Sajalah, masa sembang2 tu terkeluaq lah sikit sebanyak. Aku pun tak heran dan tak kesah kalau hangpa bila bersembang dan start mengata kat aku...Biaq pi lah kan. Mampuih pi la..Hahahaha.
Sungai Petani la nie panas sungguh. Malam pun dok panas lagi. Sungguh berbeza ngan Park Avenue kat Penang. Sejuk gila...Tepi bukit lah katakan. Tempat aku kerja tak payah cita lagi lah. Kalau komplen panas pun depa nanti kata, "Nama pun Gurun..What do you expect?". Aku setuju lah tu. Dah 2 hari berturut2, mai petang nak senja je, nampak cam nak hujan. Tapi false alarm. Setitik pung tak tirih. Lagi satu yg masaalahnya kat sini, bila panas, aku buka tingkap. Apa lagi, nyamuk berpusu2 masuk. Depa memang dok tunggu aku buka kut. Nak ketuk depa tak pandai. Suspeng gak sebab sini banyak kes Denggi ngan Chikungunya.. hari tu depa dah buat fogging kat area aku dok tu. That shows there's a case of denggi or chik. Mula dulu, masa aku baru mai, aku bukak gak tingkap. Aku dah letih, biaq je lah nyamuk tu nak feed atas aku. Esok pagi bangun aku tengok banyak nyamuk atas lantai..Depa terlalu kenyang sampai tak leh nak terbang. Apa lagi, aku tenyeh lah. Geram dan frust tengok darah aku yg depa dah keluarkan dari tubuh aku..
Talib tadi pi meeting ngan USM, sebab katanya USM ada keluarkan ubat untuk slim kan badan. Tapi belum dinamakan lagi dan agaknya Talib dah dapat rights utk marketkan dan packing serta menamakan ubat tu. Walau camanapun, aku dah offer diri untuk jadi guinea pig dan test ubat tu sebelum di marketkan. Rupa2nya, dia dan Nurul(bini dia) memang dah plan nak cuba atas diri sendiri dulu dan sekiranya berjaya barulah nak start jual. Gambaq before and after mestilah kena tunjuk. So, kalau aku slim nanti, hampa taulah yg ubat tu berjaya dan aku akan start promo lah..hahahaha. Bukan takat slim saja, kononnya ubat tu boleh bagi kulit yg kendoq semua cekang balik. Ta dengaq tu saja terus nak. Dia pun nak cekangkan, kulit dia lah agaknya.
Lagi satu berkenaan respon Dik D ni...Aku rasa dia akan respon sooner or later. Mungkin dia nak bawak kita semua pi makan buffet ke kat hotel mana2, karaoke ke kat mana2. Cuma kalau jadi karaoke, Madud kena mai sorang sebab klu berdua aku ngan Koden nanti susah dan mim lam wau alif ta...hahahaa..Pengalaman kat Ampang dulu banyak mengajar kami berdua. Sampai nak pi kencing pun susah..kan Koden kan???
Koden kata nak pi Kangaq next week, boleh la singgah dan kita pi kena nasik kandaq Naina. Kangaq boleh cari budak nakai tu, Zubir. Polis kat mahkamah tinggi kut.
Aku la nie ada kawan baru sorang yang aku jumpa kat PFK. Dia ni dari kompeni STS yg supply labour dan depa ni jugak kira cam in house kontraktor utk PFK lah. Nama dia Nasir. Nama glamour dia "Manggis". Hampa rasa nama tu familiar tak? He is the original artist utk kartun manggis dalam komik Ujang tu. La nie, lepas Ujang dah tukaq towkay depa semua kartunis lama ni dah belah. Actually dia ni Chargeman by profession. Kepala dia best. Rumah dia macam gallery. Nanti aku akan masukkan art dia dan sculpture dia dalam blog ni utk tatapan hampa semua. Mungkin dia kenai ngan Zulkifli Ibrahim kut no..Esok aku tanya dia.
Non Jalil ni reporter. Jadi dia masuk blog ni sebab kawan2 je lah. Tulisan dia lagi ngancam. Bila aku telek balik tulisan Mamat Anonymous tu, kemungkinan besaq dia lah..Pasai tu bila aku address dia aku tulis Mamat aNONymous..Betui ke tekaan aku ni Non?
Ok lah aku chow dulu. Esok nasib baik meeting kul 3 ptg. Boleh la relax sikit.
WASSALAM...