Nampak gayanya betui juga komen yang menyatakan kita ni bila sebut pasai duit je dah terkedu. Tapi ada suara di belakang yang selalu menyatakan bahawa bila idea murni di ajukan, ada orang yang cantas awai2. La nie idea dah dilontarkan, tapi masih tiada sambutan. Hanya beberapa kerat je yang bersuara. Ramai yang lain lebih suka bersuara bila sesuatu idea dilaksanakan.
Yang sebenaqnya memang senang untuk kita komen atau kutuk perkara2 yang dijalankan. Ini adalah kerana bila idea dijalankan, maka boleh lah kita nampak apa jadinya. Tetapi bagi yang mengeluarkan idea, ia hanyalah suatu ilusi. Semuanya dalam kepala pencadang. Patutnya kita sama2 lah pikiaq atau bagi cadangan agar ia menjadi lebih cantik dan lebih elok.
Kekadang pasrah tu memang ada bila kita cuba nak buat perkara yang baik, tetapi tiada sambutan. Tak kisah lah tu. Dah selalu sangat dah.
Aku bukannya nak give up on the idea, cuma aku tak nak lagi berbicara mengenainya dalam posting aku. 7 hari lamanya aku lontarkan cadangan. Dalam masa 6 hari ni, cuma 3 orang yg undi. Aku org yg pertama undi. TAL18 kedua. Yg ketiga tu aku tak pasti. Tapi aku berterima kasihlah pasai mengundi.
Dalam dok komen tu pun ada juga ayat2 yg mengadu domba kan kawan2. Ini yang tak best ni kan...Relax lah bro & sis. Mungkin idea aku tu tak berapa boleh diterima lagi oleh masyarakat yang kurang pengetahuan I.T ni..Tak pa..pelan pelan lah..Koho koho kata oramg Kelate...
WASSALAM