Monday, February 23, 2009

DUDE..

Salam...

Untuk memba yang ada blog dan dok gah kata dia update ni, ramai jugak yang bertanya apa yg dia update? That shows ada interest dari kawan2 nak tengok your blog. So kalau setakat ciplak gambaq dari 59ers , tak jadilah. Tu pun aku tak marah sebab tak minta permisi untuk siarkan di blog muh...Sebijik2 pulak tu.. Ambik potong2 lah cikit. Jgn nampak sangat..hahaha..just joking. Jgn marah. Berkenaan video hang tu, hang park je lah kat tanah lapang mana2 supaya org boleh access senang dan pintu "gate" dia buka 24 jam. IMEEM pun boleh upload. Pas tu ambik code dan embed je lah..

Hang masih tak jawab kisah ekoq pari tu..Amacam? Nak ke tak nak? Dan untuk pengetahuan hang, mencuba untuk mencipta rekod dunia, Guinness Book Of World Records untuk duduk dalam cc dan chat selama sebulan bukan senang oi. Aku nampak potensi hang dalam bidang tu. So, aku ni macam promo lah hang. Bagi cadangan. Bukan kutuk. Bidang tu, aku rasa kawang lain dak leh buat, mu sorang je yang aku nampak ada harapan lah..

Non reporter kita nampak sibuk sekali. Lari sana terkejaq sana sini lah kut no, sibuk ngan sandiwara politik dengan para2 pelakon yang versatile sekali. Banyak scene sangat dah politik kita ni kan? Start dari kisah lompat katak sekoq, lompat lagi 3 ekoq, lompat balik pulak sekoq, Hang Jebat lawan, Hang Tuah di beri laksamana mai pulak Hang Li Po terlondeh kain..Mamak menteri pi bagi lembu kat jajahan lain, Sultan Murka...Alahai..macam2..Mesti best kan Non kan? Tu baru kisah di Perak dan Selangoq. Tempat lain tak tau pa lagi nak jadi..Non mesti tau punya..Tak nak share ngan kawang2 ka?

Sambung menyambung coli tu actually adalah breast cancer awareness programme. Walaupun dia berlangsung di Cyprus tetapi ia mendapat sokongan sedunia dan 114 ribu lebih baju kecik tu adalah hasil derma sedunia untuk menjayakan programme tu..Depa bukan buat saja2...

Sesiapa ladies atau pun men yg pi market ka weekend ni, klu nampak pari, tolong minta simpan ekoq dia.. Aku nak bagi kat Madud...

WASSALAM

REKOD DUNIA...

Salam...

Betul lah Dude..Link hang tu dok cita yang sama je..Bila yang hang update? Klu setakat buang apa yang tak patut ada kat situ, bukan update nama nya..Tu spring cleaning..Hahahaha

Terbaca dalam SUN hari ni, "The Silly Things That People Do"...

Kisah mamat Sri Lanka yg buat rekod tengok TV selama 72 jam. Mamat ni jugak ada beberapa rekod dunia seperti naik escalator selama 5 hari tanpa henti dan bergerak sejauh 225km tanpa pergi kemana2. Pas tu dia jugak pemegang rekod merangkak sejauh 56km. Duduk atas rocking chair selama 75 jam pun dia buat jugak dan menggosok 639 garments dalam masa 55 jam tanpa henti..Amacam? Dahsyat ka Gila? Dahsyat tu. Bukan senang nak buat benda tu semua. Mental dia kuat. Bukan setakat tenaga dia saja. Suresh namanya.

Pompuan kat Cyprus pulak sambung coli depa dan membuat rekod dunia sambungan coli yang terpanjang. 111km panjangnya dan mengandungi 114,782 coli. Aduh..banyak tu kan? Apakah agaknya yang Madud boleh buat supaya capai world standard dan terkenal sedunia...Dok dalam CC tanpa keluaq selama sebulan maybe?

Ministry of International and Industry atau MITI mencadangkan agar sesiapa yang ada kereta berumur 15 tahun keatas boleh trade in dan ambik keta baru at a discount of RM5K. The catch is, kena tambah hutang lagi lah. Kereta setua tu, definitely dah tak dak hutang lagi. Kerana nak kejar RM5K tu, hutang kita akan bertambah lagi dak? Cherokee aku 1995. La ni 2009. Baru 14 tahun, belum layak lagi. Tunggu setahun lagi. Masaalahnya ialah ada ka kedai keta yang sanggup nak accept trade in keta2 yg tua ni? Keta continental pun depa dah berat nak ambik, ini pulak keta yg tua.. Berat tu..

Nampak gaya kena pakai keta ni sampai dia hancoq lah no..Tapi syok. Cuma dia punya spare part ngan minyak dia la..kuat cikit. Actually aku nak jual kepada yang interested. Plate PDC. Baru siap cat dan tukaq absorber. Cost me more than 5K. Genuine buyers, boleh kontek. Gambaq kat atas tu dari internet..Jeep aku tu steering dia sebelah kanan. Aku takut sat gi orang cam Madud akan komplen dan buat joke. At one time dulu, bila aku balik Penang ngan bas, Madud lah yang akan jadi parking attendant untuk keta aku. Tapi nak tinggai kat dia kena boh minyak, klu tak muka dia masam. Parking fees dia pun kena bagi jugak. Thank you very much Madud untuk segala yang hang dah buat utk Jeep aku tu, sampai kemek sikit kat pintu yang tak dapat di kesan kena UFO apa.. Hahahaha..Aku pun tak kisah lah dude..

Aku pun dah lega sikit bila Labu Labi n Hj Bakhil punya episode dah berlalu dengan senyapnya apabila Hj Bakhil teruih diam.. Ada lah sesuatu yg dia dok pikiaq camana nak hentam Labi nanti..hehehehe.

Lama sudah aku kat opis aku ni hari ni..Hussain Nasik Kandar, Jerai Plaza. Meja aku yg dekat ngan power point lah..Hahahaha...Opis paling best sekali, sebab nak makan..order je, tak dak rokok pun order je, serba serbi adalah.

WASSALAM....

EKOQ PARI

Salam semua...

Koden...aku akan cuba dapatkan ekoq pari gambaq kat atas tu. Ni pari ayaq tawaq yg depa tangkap kat Thailand..Besaq gila kan? Agak2 nya, ekoq ni cukup kut kalau nak selinap belakang Madud. Hang belilah belt dia tu, aku akan pi cari ekoq pari ni.

WASSALAM..