Wednesday, March 4, 2009

CITA LAH LAGI...

Salam semua..

Tak rugi aku masukkan cerita curi ayam ni, kerana sekarang kita dah tau ada orang ketiga..Bersubahat...siap dapat F&N ngan laksa kat kantin Pak Mud lagi..Hahahaha..

Aku nak buka lah untuk hampa menceritakan kisah2 yang tak dapat dilupakan ka, lucu ka, atau pun menyedihkan ka yang berlaku masa zaman persekolahan kita dulu..Best tu sebenaqnya. Sebab bila ada orang yang bersangkutan ngan cita tu, mesti dia teringin nak jampok. Maka bertambah lagi lah "khariah" kita ni...Kan?

Seperti biasa, samada masuk dalam komen atau email aku kat dzamriabdulrahman@gmail.com.

Marilah beramai2 asah bakat menulih..Tak dak cikgu nak luku kalau salah...

KAMAL...

Salam semua...

Hari ni tetiba aku teringatkan Kamal yang dengaq habaqnya selalu mengikuti perkembangan blog tetapi dia dok asyik test mengetest je..tak mau nak bersuara lebih2..

Kata pi lah apa pun Kamal..Lama tak dengaq habaq. Tengok gambaq disebelah..Jejaka Perasan..Mat handsome..

Hari tu bila Amin Bahari masuk komen..rasa cam tergantung komen dia tu atau dia sengaja buat camtu atau memang dia cakap camtu...tergantung gantung..Hahahaha..Sebab tu lah Koden kata something tentang Amin dalam komen susulan dia.

Anyway aku dengaq Amin melayan kawan ngan baik sekali disana..Nampak gaya kalau sesiapa yang nak ke Langkawi, boleh lah kontek2 Amin...Dia macam tourist guide utk 59ers lah kat sana.. Tapi jangan lah minta free service..Huloq2 lah sama..Sat gi semua dok pi sana cari Amin, mampuih aku kena hamput ngan dia..

Aku tengok dua tiga kali ada hit dari Taiping..Adakah gang kita yang dok sana? Tak teringin kah nak kenalkan diri supaya semua kenal mengenali..Baru syok sembang dak?

Jak Bangau aka Abdul Razak Abdul Hamid, sekali lagi aku nak ucap selamat datang. Maaf, mungkin kita tak pernah bersua atau mungkin kita tak pernah bertegor sapa masa kat sekolah dulu, tapi la nie kita dah boleh dok pakat berceloteh kan? Tak dak hal punya. Ini kampung siber kita..bertegor sapa lah..No problemo..

5:15 tadi aku online, tetiba nampak Koden shout, aku pung jawab, dia langsung menghilang diri..Apa jadi daa...