Wednesday, June 17, 2009

Osmat

Salam semua..

Cuaca sejak dua menjak ni membuatkan aku kalah padanya hari ni. Rasa tak sedap badan. Letih dan rasa tak best lah. Lepas settlekan kerja aku pagi tadi, terus aku makan panadol dan rest kat rumah. Buat paperwork apa ka sikit, pas tu aku terus lena... Jaga kul 6 ptg., tu pun sebab housemate, Subian, welder yg bertauliah buat kerja dalam laut dan sebagainyalah balik kerumah dan ketuk pintu. Pas tu aku terus sambung tidoq. Kul 11 lebih jaga pulak sebab Nasir balik. Here I am. Badan dah rasa cergas sikit. Perut pun lapaq. Tapi kul 12 lebih dah ni, susah sikit cari makan kat Gurun ni. Buka email dan ini lah yang aku dapat...

"Assallamualikum Zambri,
Gmbr ketika menunggu bas utk ke KL sbelum balik ke Sarawak beberapa hari selepas menduduki SPM di pintu pagaq keluar SMJ 1976. Seberang jalan tu kalau masih ingat ada pokok2 kelapa dan bendang yg luas terbentang.... Kini hanya tinggal kenangan kot, dan berganti dgn bangunan moden.
Gerek mini yg ku naik tu kalau aku tak silap Koden punya atau Kak sita atau kak noraini punya. Tu di tepi pagar tepi jalan nampak muka koden. Amacam Koden..masih ingat ke ?
Salam ingatan mesra buat rakan2 smj 1972-1976.
mat"

Salam Mat... Nampak gaya darah59 juga diikuti oleh gang Sarawak. Alhamdulillah. Camana gang2 yang lain lagi? Kalau ada cerita atau berita kawan2 Sarawak yang lain, hantar2 lah. Boleh lah kita interaksi. Apa salahnya kalau gathering kita yangakan datang kita buat kat Sarawak ka? Teruja jugak aku nih.Address email Osmat ialah osmathamit@yahoo.com. Sapa2 yg nak kontek silakan lah. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat mat yg telah menghantar gambaq dia berposing atas gerek mini tu. Siap ada muka Koden pulak tu...

Memang betul Mat..La nie kat depan tu dah siap ada township baru, ada mall lagi, siap ngan bowling alley dan serba mak nenek lah. Betul2 di depan pintu pagar SMJ terdapat sebuah restoran Nasmir la nie. Mamak lah, apa lagi kan?

Its not a bad idea kan kalau kita buat gathering kat Sarawak nanti. Lets work on it...

WASSALAM