Tuesday, December 29, 2009

D'Zambri @ D' Kelubi











Salam....

26hb Disember, ulang tahun Tsunami yg ke 4 ke 5 ke..den dah lupo. Tapi yang aku ingat 26/12/2009 adalah hari yang bersejarah kerana adanya perhimpunan yang di ideakan oleh Mat Saman. Satu usaha yang murni.

Hari 25hb tu aku terkezut juga bila barang yang sepatutnya dihantar oleh pemandu Bas Express tiba2 muncul mukanya macam Madud kat depan kedai aku kat Pesta...Hehehe..Rupanya Madud sendiri mai ke Penang.

Malam tu Madud lepak kat Penang lah. Pagi2 26hb tu walaupun Madud set kan alarm kat phone dia, tapi aku yang dengaq. Dia dah menereloh sakan. Aku ketuk pintu bilik dia pun dia tak jaga jugak. Last2 aku kena call hp dia baru dia sedaq.

Ambik Kamal kat Bagan, teruih pi Aloq Staq. Oleh kerana Pak aku nak pi bank dan sebagainya, aku tinggai lah depa dua org ni kat kedai kopi di Lorong Panglima, atas request Madud. Tup tup Mazlee mai ambik depa dan bawak depa pi Kelubi dolu. Aku pun kontek Fazie dan kami pi bersama.

Sesampainya aku disana, aku cari Mat Saman dulu sebab ini adalah kali pertama aku berjumpa ngan dia. Senang kenai dia sebab janggut dan jambang dia tu dah jadi cam trademark pada aku lah. Yg lain daripada Mat Saman ngan Mazlee, maksud aku gang2 senior kita ni cuma nampak familiar lah tapi nama langsung tak ingat. Terdapat jugak lah gang2 "Berlagak", seperti Nordin Ahmad, Madud, Kamal, Mat Lazim, Zubir, Razak, Fatimah Zahrin, Fadzilah, Roshita dan Hjh Norhayati Ishak.

Tempat cantik, walaupun lacking sikit on the maintenance side of it, tapi kira ok lah tu. Agenda pertama adalah mendaftar. Bayaq duit dan dapat lah aturcara serta no bertuah untuk cabutan bertuah. Adalah jugak visi dan misi yang Mat sarankan untuk menubuh persatuan. Idea yang noble sekali. Tak dapat tidak, rasa cam pi seminar pulak..Hehehe...TQ Fazie kerana bayaq untuk aku..

Lepaih semua pakat sampai, gambaq beramai2 di jalankan. Satu idea yang baguih sungguh sebab kalu tunggu last sekali memang tak ramai yang tunggu sampai habih. Termasuk aku. Yang sebenaqnya bukan niat aku untuk belah awai, tetapi keadaan tak mengizinkan.

Aku jugak terkejut beruk bila tengok aturcara majlis yang tertera nama2 urusetia dimana ada nama D' Zambri Abdul Rahman dengan no. telefon yang sama ngan no aku...Hahaha, langsung aku tak tau menahu. Ni semua kerja Mazlee lah ni. Nama Kamal pun ada. Bila aku tanya Mazlee apa perlu dibuat, dia kata, "Aku nak hang duduk je di situ"..ada ka?

Bau ikan bakaq dah menusuk hidung. Masih lagi depa tak jemput makang pung..Adus lapaq. Lapaq bukan pasai perut kosong tetapi bau tu yang membuka selera. Bila depa announce je makanan dah ready dan di jemput semua makan, aku tak bagi chance dah. Gulai daging ada, ikan keli dan pari bakaq pun ada. Ulam ulaman..Sambai belacan diaaa...puh..walaupun nampak cayaq sebab blender, tapi rasa dia..Ammaa...Best betui. Madud macam selalu lah..Tamak..ambik ikan banyak2..Hahahaha..dia nak makan untuk keesokkan hari sama. Aku dah habis makan, teringat pulak pari bakaq belum makan. Bangkit seround lagi, dan masa ni lah aku bertembung ngan Azmi. Dia bertanya.." Ni DZ ke?"..Aku pun mengiakan soalannya. "Dah agak dah..." sambungnya lagi. Selamat berkenalan Mi.

Lepaih makan depa buat sessi suaikenal. Sorang2 naik bercerita. 2 org terawal tu bercakap lama dan MC (Che Man) mensarankan hanya 2 minit dibenarkan sebab program lain banyak lagi. Tup2..telepon aku berbunyi. Yang call aku tu pun, bukannya dok jauh, lebih kurang 20 kaki dari meja aku je. "Hang mai tang ni sat", Ta kata. Aku pun pi lah..Wanita dan lelaki diasingkan tempat duduk atau memang terjadi ngan sendirinya aku pun tak perasan.

Meja yang aku pi tu ada Ta, Yati, Fazie, Ain ngan sorang lagi yang aku tak kenai. Rupanya Ta dah naik gabra bila orang dok naik memperkenalkan diri masing2 dan suruh aku bercakap bagi pihak depa semua. Terdahulu, Mat Saman ada menyebut tentang kisah lama dulu dimana terdapat jurang antara form dan tingkatan dan juga menyatakan secara berseloroh yang gang form ni dikatakan berlagak walhal gang tingkatan ni sedikit koro...

Aku pun pi kat rostrum dan bagi salam. "Nama saya Dzamri Abdul Rahman...blah blah blah.. Saya mewakili gang2 yang berlagak...bla bla bla..." Pas tu aku panggil semua gang yang berlagak kedepan dan introduce semua one by one.

Tepat kul 3 aku dah kena blah sebab nak rush balik ke Penang..Buka kedai bro..Tiap org diberikan bag yang tertera perjumpaan hari itu berserts ngan baulu sebijik, peneram sebungkuih ngan coklat. Rasa cam pi makan kenduri pulak..Hahhaa..

Walau camanapun, aku mengucapkan jutaan terima kaseh kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

Friday, December 25, 2009

LONDON

Salam...

Kemarin, on the way nak pi buka kedai kat Pesta dapat call dari London, hang kata. Che Da lipon aku. Dia pun becerita panjang lah, walaupun dia tak ingat aku ni yang mana satu dan aku pun tak tau dia yang mana satu. Maklum lah aku keluaq SMJ 1974 lepas LCE, 35 tahun yang lalu..Oooh lama bangat bang oi..Tapi kami bersembang ngan rancak. Aku terpaksa park kat tepi jalan sebab aku tengah drive dan respek lah dia yang call dari jauh tu..Dia cerita kata salji dahsyat la nie, ada satu hari tu dia kena jalan kaki dekat 2 batu katanya sebab bas tu tak leh masuk dek kerana salji yang tebal. Kalau kita kat sini kira banjir kilat lah kan... Dari selut ke salji kata Che Da.

Walau camanapun dia teruja gak ngan blog2 kita semua dan akan balik Raya Cina ni. Boleh lah gang2 oakat berjumpa ngan dia kan? Ada ke sapa2 yg ada gambaq Che Da masa kat sekolah dulu? Email mai sat...

Esok insyaallah aku akan sampai Kelubi ngan Kamal... Jumpa disana..

WASSALAM

Monday, December 21, 2009

SALAM 1 M'SIA


Assalamualaikum semua....

Aku ni sibuk lah la nie. Perniagaan hasil seni ni, nampaknya berjalan lancar dan menguntungkan jugak. Alhamdulillah...Tapi tu lah..Timing aku dah lari lintang pukang. Malam berjaga, subuh baru boleh tidoq. Tiap hari camtu, dah cukup 31 hari hari ni. Pas Pesta ni aku nak kena betuikan timing hidup aku balik...Kena tidoq sehari suntuk pastu bangun keesokkan paginya..Baru lah ok kut..Hahahaha..

Dengaq cita Mat Saman terjumpa ngan Mohidden..Tengok tu dah kira Form jumpa ngan Tingkatan lah tu..Boleh pulak bersembang..Kan?

26hb ni aku memang bercadang nak pi. Kalau tak dak gang Form pun aku nak pi jugak. Tapi kalau ada lagi lah best. Tadi aku tanya Mazlee samaada boleh tumpang dia, tapi katanya dia bawak famili so, aku akan pi sorang lah, sebab nak kena balik awai..Meniaga lah katakan...

Aku masukkan gambaq Rajagobal kat atas tu sebab Kartunis Nud dari komik Gila Gila teruja sangat bila Malaysia menang Gold kat Laos tempoh hari. Tapi memang pun lah aku pun teruja jugak. Lama sangat dah tak seronok tengok Malaysia main bola, tapi kali ni kita menang, walaupun tak dak sorang pun pemain kita score..Hehehehe. Malaysia Boleh.

Berita HOT - Zizie Ezette dah sah jadi bini Bung Moktar Radin. Semoga berbahagia lah depa. Cuma tak berapa syok bila depa dok dolak dalik bila diajukan soalan..Org yg ada bini jugak yang dicarinya..Atau org yang ada "Datuk"? Hehehehe..

Semoga berbahagia dan tak dikacau oleh bini tua..Hehehe

Bila dengaq cita enjin kapai terbang TUDM hilang, aku teringat kat Hasaza. Kolonel Hasaza. Camana boleh hilang ha? Bukan nya kecik enjin tu kan? Mungkin David Copperfield bagi hilang kut...Now you see..Now you don't.

WASSALAM..

Friday, December 18, 2009

HIJRAH

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Monday, December 14, 2009

KELUBI

Assalamualaikum...

Kita melalui saat sedih hari ni dimana ayahanda kepada Fatimah Zahrin @ Ain telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Dapat tahu dari Fazie bahawa Mazlee ngan Kamal serta Roshita pun hadir. Terima kasih lah diucapkan kerana depa semua dianggap sebagai mewakili kawan2 lain yang tak dapat hadir, termasuk lah aku.

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah tentang "REUNION" lunch yang sedang di ikhtiarkan dengan gigih sekali oleh Mat Saman. Depa cuba nak campurkan gang "Form" ngan gang "Tingkatan". Usaha yang amat murni sekali.

Tetapi aku tengok respon dari gang "Form" nih amatlah sejuk sekali. Apahal ha? Buat kat Kelubi je, bukannya jauh. Siang pulak tu. Tengahari. RM15 seorang. Tak patutlah kalau hampa nak komplen dan tak setuju. Mungkin reason yang hampa boleh bagi sekali ni dan selalunya adalah kenduri yang banyak. 26hb adalah "Boxing Day", sehari selepas krismas. Hari yang sama Tsunami melanda negara kita 4/5 tahun yang lalu. So jangan buang masa, konfom je dan sama2 lah kita menjayakan usaha murni ni. Aku dah konfom, Kamal dah, Mazlee dah, Fazilah pun dah. Kita jumpa disana..sana..sana...

TARIKH : 26HB DISEMBER 2009
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D KELUBI, JITRA.
JAM : 11:30 PAGI.
SUMBANGAN : RM15.00 - SEORANG
RM25.00 - PASANGAN
RM35.00 - SEKELUARGA

Pembayaran:

Nama : Ahmad bin Md Saman
Bank : Bank Islam
Akaun : 12029010015552

Sila konpom sebelum 15hb Disember melalui SMS ke no 0193224895 (Mat Saman) atau 0174581075 ( Aliyah Ramli). 10 yang terawal konfom akan ditaja secara percuma. So jangan tunggu lama lama, nanti diambil orang...

Ada tambahan info atas permintaan Mazlee dan Kamal demi memudahkan semua. Selain bank Islam, buleh juga guna Maybank atas akaun Aliyah binti Ramli no. akaun 1520 6868 2184 , HP : 017 458 1075 atau bayag masa datang kelak. Sila SMS sesudah bank in dan sila konfom nak datang bagi yang nak bayag di tempat event.

WASSALAM...

Al Fatihah

Assalamualaikum...

6:34am..Terima berita dari Bandung..Innalillah..Kembalinya Cikgu Md Taib ke rahmatullah..Takziah pada keluarga Fatimah Zaharin dan Mat Lawi...

7:00am..Kamal hantaq msg yg sama..

Al Fatihah

Saturday, December 12, 2009

ALIYA

Assalamualaikum semua...

Lama gak rasanya tak berceloteh..Apa nak buat, sibuk. Lagi pun timing aku dah out. Tiap malam balik kul 1/2 pagi, pas tu tak leh tidoq lagi, silap silap sampai pagi. Lepas subuh baru lena. Jadi manyau..hehehe..

Walau camanapun, alhamdulillah perniagaan aku yang kecil2lan ni nampaknya memberikan hasil yang melegakan. Memang coverlah. Lebih kepada potret dan karikatur dari barangan yang laku.

Semalam, kami tutup perniagaan agak lewat, kul 1 pagi. Ramai yang nak buat potret atau karikatur tunggu time dekat2 nak balik, sebab depa segan nak posing. Tapi time tu lah orang paling ramai.

Ada satu pasangan semalam yang buat karikatur. Depa adalah couple yang last sekali. Nud, kartunis dari Majallah Gila Gila yang handlekan. Bila time nak laminate aku tengok ada 3 gambaq dlm paper tu dan tertulis "PAPA, MAMA & ALIYA". Aku pun macam biasalah, ramah tamah aku ni pun bertanyalah.."Aliya, tak mai ka?"...

Mak dia jawab, " Dia tak dak dah".. "Dia pi mana?" tanya aku lagi..

"Dia dah meninggal....", terkedu aku. Aku dah lost. Tak tau apa nak kata dan tersengap lah sat.
"Dah berapa lama?" aku tanya lagi..
"Hari ni masuk 40 hari..Accident kat depan PISA(Penang International Sports Arena)..."

Nud, kartunis siap bagi kata2 perangsang dan bagi tahu aku yang dia nak bagi discount. Aku pun bagi discount kat depa...

Aliya is two and a half years old...Innalillah...

WASSALAM

Saturday, December 5, 2009

BENDANG D KELUBI

Salam...

Seperti yang di bincangkan dalam posting yang lalu lalu dan jugak kalau tak silap aku, idea ni keluaq semasa Alumra yang dijalankan di Shah Alam hari tu, maka dah dekat nak jadi kenyataan dah ni apabila Mat Saman dah mula melancarkan kutipan. Aturcara dia dan dimana tempat nak bayaq adalah seperti berikut:

TARIKH : 26HB DISEMBER 2009
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D KELUBI, JITRA.
JAM : 11:30 PAGI.
SUMBANGAN : RM15.00 - SEORANG
RM25.00 - PASANGAN
RM35.00 - SEKELUARGA

Pembayaran:

Nama : Ahmad bin Md Saman
Bank : Bank Islam
Akaun : 12029010015552

Sila konpom sebelum 15hb Disember melalui SMS ke no 0193224895 (Mat Saman) atau 0174581075 ( Aliyah Ramli). 10 yang terawal konfom akan ditaja secara percuma. So jangan tunggu lama lama, nanti diambil orang...

Untuk gang2 form yang rasa tak berapa nak kenai ngan Mat Saman, hampa boleh lah call aku atau pun Kamal untuk mengetahui ngan lebih lanjut.

1 comments:

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Ada tambahan info atas permintaan Mazlee dan Kamal demi memudahkan semua. Selain bank Islam, buleh juga guna Maybank atas akaun Aliyah binti Ramli no. akaun 1520 6868 2184 , HP : 017 458 1075 atau bayag masa datang kelak. Sila SMS sesudah bank in dan sila konfom nak datang bagi yang nak bayag di tempat event.
December 5, 2009 10:13 PM

PLAN...

Salam...

Plan ke rumah Kenduri Khalid Ismail.....

Friday, December 4, 2009

BERITA TERKINI...


BERITA TERKINI....BREAKING NEWS...

Butterworth, 4/12/09.

Pegawai Kastam Tuan Mazlee, mendapati rumah dia telah di masukki pencuri petang tadi. Kasut tenis dia banyak yang hilang katanya, tetapi racquet tennis dia tak hilang. Jadi dia masih boleh main tenis pakai selipar ngan seluaq sebab banyak gak baju2 tenis dia yang hilang, mengikut dari lapuran yang dia buat tadi.

Dengaq kata jiran dah nampak dan panggil polis, tapi pencuri tu pulak boleh bagi tau kata Polis lambat lagi baru sampai. Jiran tu jugak dah dapat ambik gambaq pencuri2 tu...

Sakan depa punya berani no..Kurang ajaq betui...Marilah kita ramai2 menyumpah dan melaknati bajingan2 tu..Semoga sumpahan kita akan menyedarkan nya..

Simpati aku kepada Tuan Mazlee...

Melapor dari Pesta Pulau Pinang...

WASSALAM..

Thursday, December 3, 2009

KENDURI...

Yang tak berapa nak ingat Khalid Ismail, inilah wajah dia bulan 6, 2009.

Dengan kemurahanMu, kau turunkan mereka kepada kami
dalam doa, cinta dan kasih sayang kami besarkan mereka
Engkau pertaruhkan hati mereka

untuk berbagi cinta, harapan dan kehidupan

Ya Allah jika engkau memperkenankan putera puteri kami

KHAIRUL HAFIZ BIN KHALID

Putera Pertama

En Khalid Ismail & Pn Faridah bt Awang

dengan pilihan hatinya

NUR MAWARNI BINTI AMIR
Puteri Pertama
En Amir bin Mat Ratin & Pn Azizah Binti Hj Abdullah
Untuk mengikuti sunnah Rasul Mu, membentuk keluarga
yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah,
yang berbakti kepada Mu
dan taat
kepada orang tuanya
maka izinkanlah
kami menikahkan mereka.
Dengan memohon rahmat dan redha Allah SWT
Kami dengan ini melangsungkan majlis pernikahan putera kami yang insyaallah akan diadakan pada:
Hari Ahad, 6 Disember 2009
bersamaan 19 Zulhijjah 1430H,
bertempat di
1H-2-2, Lebuhraya Thean Teik,
Kediaman Polis Fasa 2, 11500 Ayer Itam
Pulau Pinang.
Aturcara Majlis

Jamuan Makan 12.00tgh - 5.00ptg

Aku baru sudah bercakap ngan Lid dan dia pun telah wakil aku suruh jemput sebanyak mana kawan2. Jadi sesiapa yang membaca blog ni, kira hampa dijemputlah.

Kalau ada member2 yang nak mai dari Kedah dan tak pasti ngan tempat kenduri, buatlah satu meeting point dan aku akan tunggu hampa disana dan kita konvoi pi rumah dia. Tempat paling best nak jumpa adalah kat Stesen Minyak Caltex, Jalan Udini. Nila hampa turun dari Jambatan Pulau Pinang dan menghala ke Georgetown, hampa akan nampak Caltex sebelah kiri... Buatlah perancangan....

WASSALAM

Wednesday, December 2, 2009

PEMBUKAAN RESMI PESTA P.P

Aku buat umpan jadi model supaya pelanggan masuk..hehehe

Salam...

Terkezut beruk aku tengok bila ada sampai 12 komen dlm last posting. Ingat ada kawan2 dok bertelagah pendapat lagi...rupanya Tok Nenek ketaq jari dan dah post banyak kali..Hehehe.. Mungkin line tak berapa lancar, kadang2 memang dia terkedu sekali sekala maka terjadilah posting banyak kali.

Tok Nenek : SNQ = Siti Naqiah. Bukanlah nama produk tetapi nama insan yg baru menjadi saudara sesama Islam kita. Tok Nenek = ? Lets be fair, gua sudah jawab soalan lu, sekarang lu kena clear the air...

FYI, memang lah aku ni buat macam2 dan pelbagai ceruk, cari makang lah katakan. Projek yg kat Pesta ni adalah lebih kepada memperkenalkan karyawan seni yg aku kenal dan juga cuba promote karya karya mereka. Jabatan Kewangan Negeri, sebagai Urusetia Pesta Penang tahun ini berkenan dengan proposal yang aku berikan sehingga mereka telah menawarkan Pesta Shop kepada aku yang mana aku dibenarkan mengguna Logo Pesta di semua produk2 aku. Sewa tempat pun boleh nego lagi..Alhamdulillah..

Anyway, 29hb lepas perasmian Pesta telah dibuat oleh TYT Gabenor PP, Tun Datuk Seri Abd Rahman Abbas. Imam, artis yang melakar potret di tempat aku tu dah diminta untuk buat potret TYT Tun dan Toh Puan.


Ni lah rupa aku masa dok menunggu Gabenor masuk dalam Shoppe kami..Tunggu punya tunggu, ADC dia mai bagi tahu yg dia dah letih, dan tak akan masuk ke Pesta Shoppe, sebaliknya dia suruh kami bawa lukisan tu pi jumpa dia kat Stall Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Initial plan dia sepatutnya masuk dan menandatangan lukisan tu dan Pejabat Urusetia Tapak Pesta akan framekan.


Yg bertopi tu adalah Imam, pelukis potret. Masa ni Gabenor dok sign gambaq dia.

Ni Toh Puan pulak dok sign gambaq dia..Tak leh dpt good shot sebab ramai sgt reporter dan photographer. Pakai pulak compact camera, sapa nak layan..

Sebelum masuk nak pi jumpa Gabenor ni sebenaqnya kami di tahan oleh sekuriti kat situ sebab kami dua ekoq je yg tak pakai baju batik..hehehe.. Aku refuse nak pakai walaupun dah diberitahu, sebab bagi aku, aku tak terikat untuk berpakaian sedemikian. Aku macam aku lah.. Rastaman...hahahaha..

Lepas dia sign dan berterima kaseh dia pun chow lah..Last yang aku dengaq, lukisan tu tak dapat di framekan oleh Urusetia, sebab Gabenor nak bawa balik malam tu jugak..as it is.. Terlepas lah Urusetia, tapi aku dengan konfidennya menawarkan untuk buat lagi satu..janji berbayor.. Aku baru ingat, invoice tak masuk lagi kat Urusetia..

2 lagi artis join team aku. Zakir Amir @ Zorro join pada hari Isnin dan Boy PJ (kartunis GILA2) baru join malam ni.

Tadi Kamal ngan famili dia melawat Pesta dan singgah kat Pesta Shoppe..Sekali hantaq jemputan kenduri...Khalid Ismail nak dapat menantu. 6 hb ni kenduri kat Penang..Aku akan scan kan kad jemputan in the next posting....

WASSALAM....