Monday, October 26, 2009

APO NAK DIKATO!!

Assalamualaikum..Salam satu Malaysia..

Dapat berita dari Fazie sendiri, rumah dia telah dimsukki pencuri yang dipercayai penagih dadah yang jugak tinggal berdekatan ngan rumah dia. Kononnya, mamat penyangak ni dah pakai tangga naik ikut balkoni dia kut dan terus balaih 2nos laptop dan jugak bag tangan dia yang mengandungi RM3k..Uhuk uhuk uhuk..Kesian dia..Apa nak buat..? Redha je lah...

Aku pi Ganu ikut East West Highway. Bertolak dari Gurun lebih kurang 6:30pm, berhenti rata cerok jalan, sat minum kopi, sat nak kencing dan sebagainya lah. Alhamdulillah syukur, aku sampai Paka lebih kurang jam 4pagi, Khamis 22hb. Okt. Aku terus ke kedai nasik kukus, sebab dia aje yg operate 24 jam kat Paka. Kena sepinggan, pas tu baru pi rumah sewa yg aku dok dulu, utk lelapkan mata sat. Lupa nak habaq, Nasir ikut aku sekali. Kalu sorang tak ambik jalan Grik tu...Seriau... Tu pun dalam org dok kata jangan sebut pasai gajah, Si Nasir ni punya lah celupaq mulut dia, tak henti2 dok cerita kisah dia jam kat situ sebab "makcik"(gajah), tidoq atas jalan. Alhamdulillah, nampak nya malam tu semua gajah2 tak keluaq melewaq, mungkin weekdays kut. Weekend tak tentu lah no!

Keesokkan pagi banyaklah appointment yg kena buat. Rupanya kawan2 di Ganu dah dok tunggu aku mai. Semua sibuk nak jumpa. Dak layang pung dak boleh gak..

Kul 3 lebih aku pun bertolak balik lah pelan2. Semalam pun dah tak cukup tidoq jadi keletihan terasa amat sangat. Bawak "koho koho", letih berhenti...kena kopi ke, nap sat ke..camtu lah. Sampai Gurun..4am.

Sabtu aku dah balik ke Penang.

Hari Ahad aku ngan SNQ dan Nasir pi ke Alor Setaq, Kraftangan Malaysia, sebab Nasir nak register kan diri sebagai usahawan kraftangan. Bila daftar ngan depa ni, apa saja promosi depa akan panggil dan jugak kita boleh menggunakan segala mesin yang terdapat di Kraftanga tu dengan pembayaran yang minimal, utk cover duit letrik je.

So happens Pengarah Kraftangan Kedah, En Abu Bakar tu dah kenai ngan Nasir. Bukan kenai personally tetapi kenai sangat ngan hasil karya dia tu. Dia pun bawak kami melawat personally ke bengkel dimana terdapat pelajar yang sedang membuat kertas dari jerami, batang serai dan sebagainya. Cantik gila kertas tu. Macam2 kraftangan yg dijalankan disitu dan aku teruja sungguh ngan kerja tangan depa.

Sebenaqnya, 2 minggu sudah kami dah pun pi kat tempat ni. Tak dapat jumpa Pengarah tapi berjumpa ngan Cik Jazmin, pereka kat Kraftangan ni dan dia dah teruja ngan hasil karya Nasir, teruih dia buat tempahan satu dulang hantaran berkonsepkan labu cina yg berwarna silver. Tema dia lah kut. Dia nak kawin bulan 12 ni..

Ni lah karya utk hantaran. Actually untuk masukkan puree je. Buah yg berwarna warni tu buah pinang dan yg silver tu buah labu cina. Sarang dia tu di perbuat dari akar yg dok menjalar tu.


Labu yang dihias dan akan dapat disaksikan dalam Pesta Pulau Pinang tahun ni, Insyaalah.

Cantikkan?
Labu Cina atau Gourd kata Mat Salleh..

PROMO..PROMO..KALAU SENANG NANTI MAI LAH KE PESTA PULAU PINANG 2009..AKU ADA DISANA...SEBULAN KAT SANA YANG...


Lepas settle kat Kraftangan aku bawak Nasir melawat Muzium Padi kat Gunung Keriang. Actually nak tunjukkan mural yg terdapat dalam muzium tu. Memang best betui tengok mural tu sebab dia menunjukkan senario sekeliling muzium itu dalam bentuk lukisan yang mengelilingi bangunan. Terdapat tempat duduk yg revolving(slow), supaya kita dapat duduk relax2 dan menikmati lukisan itu. Sapa2 yg tak sampai lagi, silakan. Aku dah banyak kali masuk. Tak jemu2 aku. Rasa bangga pasai dia terletak dekat ngan kampung aku..Aloq Janggus.

Sebelum masuk Muzium Padi aku pi kat kaki Gunung Keriang sebab setahu aku kat situ ada ramai org dok jual kristal yg depa korek dari Gunung Keriang. Sedih jugak bila aku nampak dah berkurangan gerai2 yang bersepah kat situ dulu..Kata depa banyak yang kena halau ..aku pun tak tau pasai apa..Tapi aku nampak gak yang peniaga Cina dah maju dengan berpindah ke kedai yang proper, tetapi peniaga Melayu dok camtu gak..

Kenangan kat Taman Rekreasi Gunung Keriang.

Aku ngan Nasir dok bincang selepas jumpa Pengarah Kraftangan..Kat kawasan Pej. Kraftangan lah ni. Hampa zoom in lah sikit kat baju aku tu dan lihat. Aku ni dok meniaga la nie..

Strategi? Hehehehe..

Pagi tadi Madud call suruh aku tengok Star, page 15, katanya Timothy Ooi ada cerita kat dalam tu..Bila keluaq makan tengahari tadi, Star dah habih..Nanti aku check dalam Star online ada kut.. Boh nama Timothy tak dak apa yg kluaq lah Dude..Camano?

Aku dok tengok jugak kisah nak buat perjumpaan dan kira macam showdown lah untuk budak2 "FORM vs TINGKATAN"...Hahahaha..aku dah dok berbicara pasai issue ni dari mula mula dulu lagi..Harap2 Ibnusaman berjaya menghapuskan gap yang terjadi ngan sendirinya tu.

Bila dengaq kata nak buat di Kuala Perlis, aku tersenyum dalam hati. Sinis? Mungkin. Aku tau sangat lah dengan perangai sahabat2 sahabat kita nih. Yang form serupa, yang tingkatan pun serupa. Apa yg Koden komen dalam IbnuS punya blog tu memang betui sangat. Tambahan pulak aku tengok harga bilik seratus lebih, mampuih depa bising. Kena pulak bulan 12, cuti, kenduri mesti banyak. Kenduri ni lah yang akan jadi alasan depa untuk tidak hadir, walaupun masa yang diperlukan untuk pi kenduri tu satt..sangat. Alasan..Alasan..Alasan..Menyampah.. Hehehehe..

Anyway, aku sokong saja. Tak pernah aku tak setuju. Nilai murni yang cuba diterapkan ni patut sangat lah disanjungi. Hip hip Horray... Hampa habaq mai saja bila..Insyaallah aku sampai.

WASSALAM