Tuesday, August 25, 2009

MERDEKA?

Assalamualaikum....

Aku tak jadi ke Bazar kat Gurun tapi memba dah ajak pi ke Guaq Cempedak. Puh..kat situ lagi meriah. Ramai gila orang berniaga dan membeli. Terpikiaq lah bahawasanya la nie dah tak dak lagi orang yang memasak dirumah bulan2 puasa ni kut noo...

Kalau zaman dolu dolu, mai tengahari je mak aku dah mula lah dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka malam nie. Kuih apa, lauk apa. Pastu pakat2 pulak berhantaq kuih dengan jiran. Jadi akhirnya terdapat jugak dua tiga jenis kuih muih atas meja. La ni tak payah nak pikiaq dan berhantaq lagi..pi je ke bazaar ramadan, pilih je apa yang teringin. Kenapa jadi camni? Mungkin sebab kita dah ada kuasa membeli. Jadi kita cuma bersusah payah untuk dapatkan duit, pastu perkara "remeh temeh" seperti memasak ni biaq lah org lain yang buat. Kita dah ada duit, kita beli je lah. Tapi dah hilang lah kisah berhantaq kuih muih dan secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama kita. Apa nak buat la nie, neighbour sendiri pun ada yang tak kenal mengenali antara satu sama lain. Kalau tak pi surau ...lagi lah tak berdunia ngan orang kan?
PAS's Mohd Salleh Man celebrates his victory in the Permatang Pasir by-election on Tuesday.
Anyway terjawab sudah apa yang BAT bagi tahu tadi. PAS bagi 3000 undi kat BN. Sapa bet yang tu mesti tungging lah no, sebab PAS menang majoriti 4551. Tahniah...

Aku dok heran gak la nie kisah model yang kena hukum sebat tu lah. Sat cerita kata nak tangguh lepas bulan posa, ni dah suruh hamba allah tu buat rayuan supaya diketepikan hukuman sebat pulak. Rupa2 nya depa tak dak tukang sebat utk hukuman syariah ni. Kalu dah tak dak orang nak sebat, camana pulak boleh keluaq hukuman sebegitu rupa? Aku keliru. Kalau ada sapa2 tolong clearkan utk aku sat. Aku pun bukannya follow sangat, cuma bila dok dengaq cita ni maka naik kemusykilan...Bodo piangg...Satu donia do tengok outcome kes ni..

6 hari lagi kita sambut hari kemerdekaan yang ke 52. Apa yang kita tahu pasai Merdeka ni adlah ianya hari cuti. Tak ramai yang tahu sangat apa itu erti sebenar kemerdekaan sebab minda kita masih lagi tak berapa nak merdeka. Tetap dijajah. Mungkin bukan bangsa asing yang jajah tetapi bangsa sendiri yang menjajah minda kita. What say u guys...? Ha?

WASSALAM

PMTG PASIR

Polis kawal kat SK Sri Penanti..
PAS 4 all..everybody..do watcha doin..
Dacing oh dacing...depa kata selalu berat sebelah..
Pengundi Hantu..Tutup muka daa..hehehe
Assalamualaikum...

Sambil aku dok post gambaq nih..aku dah hantaq SMS kat Bat, yang dok ada kat tempat mengundi kerana tugas..tanya dia apa cita? Dia kata tak dak keputusan lagi. Aku pun tahu yang tu, cuma nak tau apa gambaran kat sana..Jawab dia, PAS bagi BN 3000 undi, jadi jangkaan PAS akan menang. Camana yang bagi 3000 undi ni aku pun tak tau. Mungkin macam main bola lah kut, kira lepas sebijik ka dua bijik ka..hehehehe. Kita tunggu dan lihat.

Aku nak pi bazar ramadan Gurun..cari juadah berbuka puasa...

WASSALAM