Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam 1 Malaysia...

Aku dok jengok2 dalam shout ternampak Kamal bagi tau kat Koden bahawa tak dak program apa hari raya ni kat Kedah.. Memang betui pun aku tak dengaq habaq apa pung tentang sapa2 nak buat makan2 panggil gang2..Aku adalah mendengaq satu cadangan..tetapi masih tinggai cadangan lagi walaupun tinggal kurang lebih 10/11 hari lagi kita nak posa. Walau camanapun tak kisah lah..Kita pakat2 melawat kawan2 je lah..

Balik kepada komen2 yang aku dapat dari artikel salah siapa? Nampak gaya kawan2 pun prihatin gak dengan masaalah ni no. Memang nampak berat sangat masaalah camtu kan? Kalau nak biaq kat Pejabat Kebajikan saja untuk handle, tak terhandle nampaknya. Masih ramai lagi orang2 yang homeless dok melewaq merata kat Penang nih. Kat KL pun berpusu pusu gak. Pada aku selagi dok nampak orang2 camni berkeliaran maka masih banyak lah yang perlu dilakukan oleh pihak yang terbabit.

Remaja la nie lah yang banyak masaalah nampak gaya. Culture shock ke? Atau terlalu terikut dengan aksi2 yang dipaparkan dalam TV ke? Atau memang tak di beri perhatian langsung ke? Tak dak ajaran agama ke? Tok sah kiralah agama apa pun kan, kita cakap secara am, semua bangsa yang di namakan bangsa Malaysia, bila masuk didikan agama nih sepatutnya dia paham lah sikit. Tau lah takut kepada Tuhan tu. Tak dak agama di Malaysia ni yang suruh penganutnya buat perkara yang tak elok. Semuanya hala kebaikan sahaja.

Kadang kadang pun ibu bapa dah kira lepas tangan bila dah hantaq pi sekolah. Depa dah serah bulat2 kat Cik Gu tu untuk membentuk anak depa..kan? buka lah semua. Tapi daru sini lah aku rasa problem depa start. Tak dak kasih sayang kat rumah...

Aku teringat kisah kajian ada lah satu hamba allah ni sudah buat tentang pembesaran budak2. Masa umoq dia antara 1 - 4 tahun, mak dia adalah pompuan yang paling cantik dalam dunia. Bapak dia adalah yang paling handsome dalam dunia jugak. Reason dia adalah sebab dia bukak mata dia nampak mak bapa dia. Bila dia dah masuk sekolah..Cik Gu dia adalah orang yang paling pandai dalam dunia. Apa saja semua dia mula ngan "Cik Gu kata..."

Mai masuk belasan tahun, dia dah mula berkawan. Mula dah tak mau berjalan ngan mak bapak. Nak pi mana2 pun ngan kawan. Apa kawan kata nak ikut. Masa ni yang amat bahaya nih. Kalau dapatnya kawan yang haru biru, alamat haru biru jugak dia kalau tak dak pemantauan. Bia start ada boyfren atau gefren, dia tu sajalah yang betui. Tak dak orang lain lagi dah..dan seterusnya..

La nie aku ada 2 berita yang syok didengaq dan boleh mempertemukan kita warga SMJ semua. Yang pertama, Puan Fadzilah Ahmad jemput semua ke rumah dia,2230, Taman Mutiara, Jalan Sultanah, 0530, Aloq Staq, pada hari kedua Raya Aidilfitri ni, sebelah malam, untuk sedikit jamuan makan dan sembang2. Depan Sekolah Syed Omaq tu ada lorong masuk teruih je.Dia actually dah cerita lama gak hajat dia nih. Tapi sekarang dia tengah dok ghaplah sikit sebab hubby tersayang masuk wad kat KMC. Kilang gula dalam badan dia dah produce gula terlebih banyak sangat katanya..Tinggi sungguh. Boleh lari Robert Kwok kalu camtu..Hehehe jgn mare..Lawak je. Anyway, untuk Joe, semoga cepat sembuh dan seperti sediakala supaya kita dapat beraya sama2 nanti..

Berita yang kedua, aku baru dapat tak sat dari Koden. Pro Tem Committee untuk alumni SMJ akan buat perjumpaan Hari Raya di Kelab Shah Alam pada 3hb Oktober nih jam 8 malam. RM40/= satu kepala. Kalau nak tau lebih lanjut sila call Koden.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN..

WASSALAM.

ANAK ADALAH UJIAN ALLAH

Assalamualaikum...

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :Anak Adalah Ujian Allah

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”
(Bukhari)