Salam..
Dok saja2 tadi aku check lah flight ticket dari A/Staq ke KL pada 060609 ni. Aku check untuk 6 haribulan masuk dan 7 haribulan balik.
FIREFLY = RM229.90 pi balik.
AIRASIA = RM78.00 pi balik.
Amacam? Kalau hampa plan betui2, tak lah mahai mana kalu nak mai ke KL. Transport dari airport jangan risau. Yang tu aku rasa komiti boleh arrange punya. Cuma tempat tinggai hangpa saja yang tinggal. Hotel paling dekat ngan Kelab Shah Alam adalah Hotel Carlton, Shah Alam. Kalu dalam pekan Shah Alam, Concorde ada, Quality ada, Blue Wave ada dan macam2 lagi yang lebih murah. Yg aku bagi ni adalah yang 3/4 star lah..
Apa salahnya kalau kita bersama ngan isteri sama2 merayakan atau menyambut harijadi yang ke 50 bersama kawan2 yang lain yang jugak sambut 50 tahun? Macam 2nd honeymoon gitu. Kalu nak bawa anak2 pun tak dak salah apa pun. Sama2 meraikan. Kita buat lah bagi grand sikit. Amacam? Amacam?
Harga yang aku check tu untuk hari ni lah. Jangan lah esok nak mai hampa pi cari tiket tobat tak dapat harga tu. Cuma aku dan orang2 yang macam aku je yang dapat murah dan laku pada hari aku nak berangkat sahaja. Dah ada anak dalam air asia dia bagilah kelebihan sikit..kan? Aku bukan lah nak riak, tapi kenyataan..
Untuk penginapan, kalau hampa betui2 nak pun aku rasa tak dak masaalah kalau kita buat block booking. Mesti murah. Tapi janji kena ramai lah..Macam rombongan..Cuma stylo milo lah sikit, rombongan naik kapai terbang. Tak gaduh nak letih ka, nak terkencing susah ka kalau naik bas dan ambik masa yang panjang nak mai dari AS tu. Good idea? Hehehe..Just a thought.
Cam aku kata tadi dari airport ke tempat yang dituju, jgn risau. Kawan2 disini banyak yang Pakai keta besaq2. Mesti boleh angkut punya. Kalau ramai sangat kita sewa bas lah..
WASSALAM