Sunday, April 19, 2009

WOTD

Wa Lang = Kami

Ee Lang = Depa, mereka...

Salam...

Tolong lah hentikan keriau mengeriau dok tanya pasai sponsor ni. Aku rasa tak sedap betui lah. Tak syok lah. Kalau nak sponsor pun diam2, kalau nak cari sponsorship pun diam2. Tak perlu hebah.

Aku cadang nak buat majlis ni seperti mana yang aku katakan, atas kutipan sesama kita saja. Kalau dah rasa kita tak mampu nak buat dengan kutipan kita, kita scrap je idea ni. Kita tak bergantung atas duit sponsor lah. Kalau hanya dengan duit sponsor baru nak ada orang ramai, maka kita tau lah status kita semua takat mana kan?

WASSALAM

BB50 at MBR



Salam semua...

Di jaman sekarang ini, apa saja memerlukan wang, duit atau ringgit. Nak kencing pung kena bayaq la nie. Jadi bila aku congak pi congak mai, untuk menjayakan BB50 di Pantai Merdeka ni kita perlu ramai yang hadir. Kita perlu sumbangan dari semua orang untuk menjayakannya. Majlis ni adalah majlis kita bersama. Kita tak perlu mengharapkan sponsor dalam membuat persediaan sebegini. Jadi, janganlah hampa dok pikiaq tentang sponsor bila nak buat majlis ni. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak dak pun alhamdulillah jugak. Janji, majlis kita berjalan lancar.

Perbelanjaan kita untuk majlis ini adalah seperti berikut :

1. Makan
2. Tempat Majlis
3. Hiburan
4. Penginapan.

Kalau hampa dah baca quotation dari MBR tu aku rasa hampa boleh nampak sendiri lah. Lagi ramai yang hadir lagi bagus dan aku rasa kita boleh negotiate untuk dapat lebih murah. Kita nak capai target bagi dapatkan 50 orang yang hadir tidak termasuk suami, isteri dan anak. 50 orang "KITA". Hahaha..maksud aku gang kita lah. Tok sah dok kira form ka, tingkatan ka, semuanya serupa saja.

Aku cadangkan kedatangan hendaklah 50 orang atau lebih dan harga yang dikutip adalah RM50/= seorang, tanpa penginapan. Untuk penginapan sila bagi tau camana hampa hendak dan aku akan cuba block book dan kemungkinan dapat lebih murah sikit. Tapi yang ni 59ers tak tanggung lah. Kita bukan nak tanggung, tapi kita cuma nak tolong...

Kalau hampa rasa terlalu murah pun hampa bagi tau, dan kalau rasa terlalu mahal, hampa kena cari tempat lain pulak lah kut. Atau pun buat kat dusun Hang Kebun ka? Good idea gak tu...