Friday, September 4, 2009

GAYA GAYA

Assalamualaikum...

Hahahaha...Koden dah mempertahankan characteristic dia hari ni. Tima kasih lah kerana dok mengikuti hadis hadis yang aku dok paparkan tu.

Actually Koden, aku dah diberi amaran agar tidak mengeluarkan cita ni dalam blog. Aku dah pun diberitahu apa yang diidamkannya. Tapi katanya benda yang dia nak beli tu kena pi ke Seremban. Dapat special price. Aku pung respect dia punya wishes maka aku pun tak mau sebut apa2..Cuma mintak dia postkan gambaq je bila dia dah siap purchase nanti...

WASSALAM

JENAZAH

Assalamualaikum...

Welcome back Own..lama sungguh tak dengaq berita. Last sekali aku berjumpa ngan Own kat depan pintu pagaq SMJ, kedai mamak apa ka aku dah lupa...

Koden pun bila mai bulan posa ni, serius je komen dia kan..Takkan lah sejak aku dok bubuh hadis2 ni hampa treat blog ni macam blog yang serius. Tak uummph lah. Aku saja je boh hadis ni untuk renungan kita semua agar boleh ambil iktibar darinya.

Kategori : IBADAH Pengurusan Jenazah
Tajuk :
Jenazah Yang Dipuji Dan Jenazah Yang Dicela

Hadith :
Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,”
(al-Bukhari dan Muslim )
Huraian
Hadis ini menganjurkan kita agar menyebut-nyebut orang-orang yang telah meninggal dengan sebutan-sebutan yang baik kerana sebutan kita yang baik itu menjadi tanda bahawa orang yang mati itu adalah dari golongan orang yang baik-baik.

WASSALAM