Sunday, November 1, 2009

DR PORN

Salam...

Terbaca dalam blog Rocky's Bru tentang kisah nak buat post mortem kedua keatas mendiang Teoh Beng Hock. Permintaan ni telah dibuat oleh keluarga TBH sendiri apabila Dr Pornthip(pic), pakar forensik dari Thailand yang dibawak khas oleh kerajaan Negeri Selangor untuk memberi keterangan dalam kes TBH nih.

Rugged Doktor ni kan? Cool..Dia dah bagi odds 80:20 yang mengatakan TBH dibunoh dan bukan membunoh diri. Nampak gaya pakar forensik kita ni tak leh pakai ka atau tak pandai ka atau di ikat kaki tangan ka atau apa? Kacaulah camni kan, kalu pakar2 dalam negara sendiri pun tak leh pakai. Hampeh.. Tapi..betui ka theory Dr Pornthip nih?

Betui apa yang Rocky cakap ya itu, Gomen Malaysia pun kena hantaq pakar2 forensik untuk bersama2 Dr Pronthip membuat post mortem (Klu mahkamah lulus) tu. Pakar2 tu samada yang sama taraf atau lebih baik dari dia. Kira yang buat pemeriksaan mula dulu kena jugak dihantaq untuk tengok depa2 ni yang expert buat kerja. Banyak duit gak nak kena belanja tu, panggil segala expert atau pakar2 ni mai dok periksa mayat yang dah reput.

Dr Pornthip ni boleh bagi konklusi tanpa melihat mayat, cuma berdasarkan gambaq dan mungkin lapuran yang diberi sahaja untuknya menyatakan yang dia yakin TBH dibunuh. Kalau ddah dapat tengok mayat yang dah reput lah aku rasa, mungkin dia boleh mendapatkan conclusion yang lebih tepat. Aku setuju sangat ngan cadangan 2nd post mortem ni.

Kalau terbukti benar kenyataan Dr Pornthip ni, pakar forensik yang memberi keterangan dalam mahkamah tempoh hari eloklah diturunkan pangkat menjadi penggali kuboq saja..

WASSALAM