Wednesday, July 30, 2008

GAMBAQ



Salam semua,

Gambaq kat atas ni dihantar oleh Kamal. Jadi aku post lah untuk tatapan semua. Dia langsung tak bagi tau klas mana. Tapi nampak Luyen ada, Fazillah ada dan ramai lagi lah.

Sesiapa yang ada gambar untuk dikongsikan, hantar lah kat aku kepada email aku yang kat atas tu. Klu tak nampak, hampa hantar ke sini...dzamriabdulrahman@gmail.com.
Gambar hari perjumpaan kita pun aku alu alukan. Sebab semuanya angle aku saja yang aku boh kat sini. Klu ada sila hantar. Jgn malu dan jgn segan.

Tuesday, July 29, 2008

PAGI 27/7/08


Moth kat atas ni ada kat airport gak masa tu..Dia pun dok tunggu nak terbang gak.

Salam,

Hari majlis kita tu, selepas selesai semua, masih banyak yang tak balik lagi dan dok bersembang kat depan restoran tu. Macam2 lah yg disembangkan. Tup tup dah gelap. Tiba2 ada pulak makanan yang dihidangkan. Mee goreng ngan char hor fun kut. Kami pun belasahlah. Ada 2 meja yang penoh. Tak Joo yang buat kenduri. Terima kasih banyak Tak Joo.

Pas tu kami balik ke bilik. Aku, Koden, Kamal dan Li Bakaq. Pok pet pok pet lagi kat bilik tu dan lepas tu dah kira nak makan nasi Royale pulak. Depa kata kat tanah merah ada. Jadi kami pun keluaq lah pi kena. Dok tang situ sampai mamak tu tutup kedai sebab dah pukui 1 pagi. Mazlee pun mai join kami jugak.

Balik ke bilik kami dok sembang dan aku pulak dok try nak upload gambaq dlm blog, tapi tak berjaya sebab tak dak 3G Maxis. Koden dah ghuyup...Li Bakaq pun ghuyup atas sofa...Kul 2:30 aku tidoq.

Tengok jam..6:05am. Cepat bangun basuh muka, berus gigi, pakai deodorant dan dress up. Li Bakaq pun jaga, Koden pun terjaga, so aku blah ngan Li Bakaq ke airport.

Ini lah keadaan lapangan terbang kepala batas at 6:45am, hari Ahad 27/7/08.

Lengang sungguh. Cafe baru nak buka masa tu. Gambaq yg kat atas tu masa aku kat cafe lah...minum nescafe, sebab ngantuk lagi. Hamsan ada call aku bertanyakan samada aku ada transport gi airport...Tima kacih kawan.

Sementara nak tunggu tu lah aku post AKUR. Tambang aku ke LCCT adalah RM34/=. 8:30 terbang ke LCCT. Aku tidoq all the way. Jaga dah sampai ke KL dah. Turun, gi minum lagi kat Food Garden di LCCT dan juga melepas sebab pagi tadi tak sempat...hahahaha. Uuuhhh..best. Lega rasa...

Sambil minum sambil aku dok post segala gambaq grup tu. Pas semua tu siap aku pun ambik keta, dan take a slow drive balik ke Paka. Stop merata sebab ngantuk dan finally sampai Ganu jam 6:30 ptg.

Member ajak aku gi dinner, aku cakap ok. Aku nak mandi dan relax sat nanti aku join. Sambil tengok TV, tiba2 aku sedar jam dah pukul 3:45pagi. Aduh aku terlampau letih dan terus terlena. Msg dan missed call berlambak dlm fon. Nasiblah, apa nak buat. Letih..dah tua..









SEPAGI DI DUSUN

Perbincangan Agenda majlis jam 11.00pagi. Hasaza, Koden, Hamsan, Dik D, Gah, Tharu, & Kamal

Gah ngan Tharu dok makan buah rambutan kat dusun Hamsan.

Taukeh dusun dok bercerita pasai dusun dia. Jasman dok dengaq, Gah ngan Tharu puteri lilin, lari pada panas, takut cayaq..

Moqtan ni sedap gila...

Ni favourite lepa semua...

Gah wanted me to capture this but refuse to pose beside it..

Awang hinggut Pak Din kutip..Depa ni satu team. Oleh kerana peredaran masa dan teknologi yg canggih, depa dah tak guna gerek lagi, dua dua naik kereta.

Awang 'D' kepenatan selepas bertungkus lumus menghinggut pokok manggis.

Monday, July 28, 2008

Yang Hadir

Permintaan dari Ain tentang nama2 yang hadir tu memang dah dok plan nak buboh. Sabaq sat cik oi...Ni dia..siap ngan no telefon lagi.

01. Saadiah Abu Bakar 012-3037987
02. Mazlee Ahmad 012-4231661
03. Mat Lazim Hanafi 019-4185020
04. Teh Kok Wei 012-3850006
05. Zubir Madon 016-2676890
06. Nor Jasman Nayan 012-5613288
07. Nordin Ahmad 013-4303878
08. Rajan Sinniah 012-2783054
09. Lim Leong Chai 012-4752191
10. Eop Din Keraf 019-5464250
11. Mohd Shahrizal @ Chai 012-5016441
12. Abang Jus Abg Sulaiman 019-8660244
13. Lim Hong Huat 012-4222525
14. Carry Lim Bak Hiang 016-3350277
15. Lee Gooi Guat 012-4756528
16. Chan Mee Mee 017-4131889
17. Oon Chin Guan 012-4611249
18. Rosli Bakar 013-5108602
19. Ang Hee Lai 016-4191868
20. Mar Swee Ling 019-2625522
21. Chong Kim Lean 012-4383785
22. Ong Khoon Chow 012-4602624
23. Khor Tak Joo 012-4726637
24. Lee Gek Bee 012-6509806
25. Ong Chow Hon
26. Yeap Keat Pin 019-4517308
27. Roshidi Abdullah 019-2072184
28. Aminuddin Ismail 019-4155517
29. Hasan Idris 012-3349460
30. Badrunsham Omar 019-5431008
31. Azizan Darus 019-2320876
32. Abdul Jamal Ahmad 019-4356410
33. Amin Bahari 012-4075265
34. Roshita Mansor 019-4816300
35. Lee Siew Ngoh 016-4174838
36. Lee Theng 04-9161077
37. Lau Kim Swee 019-4961589
38. Hamsan 012-4202010
39. Fazillah Ahmad 012-5652790
40. Chandran 013-4353559
41. Rogayah Baharum 016-4552165
42. Halim@ Kop 019-4476161
43. Zurina Mat Nayan 017-5598549
44. Salmah Othman 012-4576662
45. Ismail Shukor
46. Zainol A. Jalil 0124010995
47. Shukri Ahmad 019-4528256
48. Sharehah Salim 012-3813890
49. Megat Ahmad @ Tom 017-5479676
50. Latifah Omar
51. Foo Mooi Ai 012-4601771
52. Law Seng Ka 012-5389191
53. Tharumambal 012-5866318
54. Hasaza Hanafiah 013-3311552
55. Zainuddin Idrus 012-3168555
56. dzamriabdulrahman 016-2180574

Yang Gagal Hadir:

1. Ramai jugak
2. Aziz Md Nor
3. Mutalib Ismail
4. Khalid Ismail
5. Ong Kim Teng
6. Dll

Cik Gu2
Mr Sathya, Cik Gu Hashim, Mr Looi Ban Bee, Mr Law Wai Fong, Mr Loh.

Cikgu Mokhtar mohon maaf kerana tak dapat hadir.

Untuk nama2 yang tertera diatas aku mengucapkan berbanyak banyak terima kaseh kerana telah menjayakan dan memeriahkan majlis ini.
Kepada yang tak hadir tetapi telah memberi persetujuan, kawan2 yang lain telah coverkan tempahan makanan yang dibuat untuk hampa semua. Hampa tak rugi apa2.

Selamat semua....

Utk JIT

Pesanan Utk Jit -

Clip ni diambil semasa kami membuat persiapan terakhir pagi 26hb di Kelab Golf DarulAman.

Sunday, July 27, 2008

GROUP




To be able to get them to pose as per the 3rd frame is not easy. I have to stand in the rain and call out to all of them. Still like when they're 15 yrs old?
Hahahaha.

You guys can download it and print as you want. All free...I did not tamper it in anyway so, hampa bolehlah kalau nak masukkan ke photoshop ke, atau picasa ke dan buatkan ia lebih menawan.

Cerita ceriti berkenaan gathering ni aku akan sambung bila aku rasa senang sikit. Sebab sekarang ni aku nak drive balik ganu pulak.

AKUR

Buah yang dalam gambar inilah yang Awang tolong hinggutkan.
Salam semua,

Akhirnya hari yang ditunggu tunggu dah tiba dan ia berjalan lancar walaupun seperti yang aku duga, terdapatbeberapa kerat dari kita yang tidak hadir walaupun telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Memang tepat sekali tekaan aku. Memang apa yang aku jangka akan terjadi benar2 terjadi.

Kita membuat tempahan berdasarkan persetujuan mula, tetapi pihak yang menyatakan persetujuan telah tak ambil pot langsung dan akhirnya tidak hadir tanpa menenggung apa apa kerugian, walhal semua kawan2 yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis sekali lagi terpaksa menanggung segala sengsara yang menimpa. Walau bagaimanapun kami yang menganjur ni berharap sangat agar segala majlis yang akan datang akan dibuat lebih baik lagi dan lebih teratur lagi.

Walau camana pun, pagi ini telah bermula dengan sedikit kelam kabut apabila Dik D yang sepatutnya mengambil kami di Jetty Butterworth telah tidak dapat dihubungi. Janji jam 8am, bila start call kul 7.30, telefon tak aktif. Adus..terkendon aku memikirkan. Aku pun habaq kat Koden yamg dok bilik sebelah kat rumah aku. Dia pun start call, tapi tak leh thru jugak. Apa lagi kami pun terpaksalah cari alternatif lain dan Siti Naqiah setuju untuk menghantar kami sampai ke Jitra.

Kami pun bertolak dari rumah dan bila tepat jam 8am, Koden kata nak buat last call. Seperti sebelumnya lah, telefon Dik D masuk voice mail. Kami kecewa sungguh ngan dia dan mulalah andaian dan teuri teoridikeluarkan. Kami bersetuju bahawa dia terpaksa AKUR dgn kehendak isteri dan biaq kami terkapa kapa tanpa kenederaan utk ke Jitra.

Since kami nak pi Jitra , elok sangatlah kalau berhenti untuk breakfast dulu. Tengah dok b/fast tu lah Koden dapat call dari Dik D dan kami decide jumpa dia kat penghujung jambatan Pulau Pinang sebelah B'worth.

Oleh kerana panas hati terasa di tipu oleh Dik D, kami decide nak marah dia dan juga decide akan berhenti selepas Gurun saja. Pok pet pok pet lah mulut Koden...aku jampuk lah sikit2....Kami "akur" kepada ketetapan yang kami buat jadi, selepas Gurun kami berhenti...Hahahaha.

Kami buat janji utk jumpa Hamsan, Gah dan Kamal di Kelab jam 10:30am. Nor Jasman yang aku tak pernah jumpa selama 35 tahun pun aku dapat jumpa. Teruja sungguh sebab dia mai lepas kami berbincang. Hasaza pung ada.

Kami bincang sikit kat klab dan Gah sampai ngan Tharu. Bincang lagi dan atur barang2 kaca pas tu kami dijemput oleh Hamsan untuk ke dusunnya yang sebenaqnya di belakang klab tu saja. Best nye makan buah buahan. Durian, rambutan, dukong dan manggis...pluck direct from tree one... And this is where the birth of a new handle for Dik D. Here he was known as Awang...
Gambar aku akan upload bila aku masuk dalam 3G punya kawasan lah. Sini tak dak 3G jadi masaalah lah sikit. La nie aku kat airport A/Star...Tunggu belon...

Friday, July 25, 2008

HAMSAN

Aku la nie dok kat Restoran Makbul USJ, dekat ngan rumah Koden lah. Yg sbenaqnya aku ni nak mai buat kad bank CIMB aku yang hilang tu, tapi nampak gaya masih ada masaalah lagi. Jadi aku dok relax kat kedai mamak ni lah sat.

Kami yang dok plan nak balik ngan satu kereta nampaknya tak kesampaian lah hajat tu. Koden ada masaalah ngan kenderaan dia dan kereta aku yang aku bawa balik dari Ganu kalau nak balik AS, mahal harganya, maksud aku minyak dan toll. Jadi kami decide nak terbang balik sajalah. 4:30 ptg flight ke Penang. Lepak rumah aku dan esok pagi Dik D akan mai ambik kat Jetty B'worth dan kami mula journey ke Jitra. Pukul 11 sampai lah kut dan boleh lah nak buat apa2 adjustment yang perlu.

Yang sebenaqnya Jit ada program Kementerian kat Kluang Johor dan memang dia tak boleh nak hadir gathering kita ni. What to do...Next time aje lah kita berjumpa ngan dia. Walaupun camtu dia ada buat kempen dan hantar SMS kepada kawan2 dan minta semua hadir dan berjumpa disana. Respons baguih..

On the way balik dari Ganu semalam, ada memba yang call bertanya samaada aku kenai dia, tapi apa nak buat aku tak leh nak cam suara dia. Pas tu putus dan aku janji nak call dia balik. Bila sampai Shah Alam dalam pukui 11:30mlm aku sms kat dia dan pagi ni dia jawab dan bagi tahu yang dia tu HAMSAN...

Dia ni pun kepala gila gila gak dulu masa kat sekolah...Aku ingat lagi dia biasa mengarang cerita... tak payah cita lah..Biaq yang mengetahui sajalah yang tahu. Hamsan, Mahyuddin dan Nordin ni macam kembaq 3 dulu masa kat sekolah. Depa ni dok satu tempat klu tak silap aku..Tanah Merah.

Esok berjumpalah kita....

Thursday, July 24, 2008

SABTU 26/7/2008

Salam,

Hari ni dah khamis, esok Jumaat, pastu yak yak yay...Kita bersemuka di Kelab Golf Darulaman Jitra. Memang teruja sangat dengan nama2 yang akan hadir. Dah lama sungguh tak jumpa. Tapi kadang2 bila terlalu lama sangat tak jumpa ni, kita tak tau nak kata apa. Tanya tu sikit sebanyak, pastu tak dak topik dah. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara tu terjadi, kiat pikiaq dari la nie lah apa yang nak ditanya pada kawang kawang kita.

Hahaha..tu satu cadangan saja. Cadangan yang mungkin gak okay, mungkin gak merapu.

Kita harap sangatlah sekiranya perjumpaan ini tidak menjadi gelanggang politik. Setakat nak bersembang pasai politik ok, jangan dok kempen sudah lah. Bila berkempen ni takut ada yang masam muka. Kita dah la lama tak jumpa, biaq majlis ni jadi sesuatu yang mengingatkan kita akan zaman muda2 dulu, zaman budak2 dulu, zaman nakal dulu...zaman dok bercinta dulu??

Tuesday, July 22, 2008

1974

Salam,

Semalam dapat sms dari Kamal yang forward kan nama2 budak SMJ yang nak join lagi. Depa ni aku kenai sebab satu klas ngan aku masa Form 3 dulu.

Fullback klas aku dulu pun ada. Nama dia selalu jugak kami dok sebut, sebab ada orang kata dia dah jadi cikgu dan sebagainya lah. Well, nampak gaya depa ingin hadir dan aku syukur lah dapat berjumpa sekali lagi setelah sekian lama. Last sekali tahun 74 kut...Adusss...lama tu.

Teruja, excited...you name it lah. Aku dah tak sabaq nak pi Jitra nih...

Sunday, July 20, 2008

CIKGU CIKGU

Salam semua,

10:45 mlm aku dapat call daripada Fadzillah bagi tau tentang kehadiran Cikgu lama kita. Jadi nama nama depa aku ada boh kat sebelah. Sakan jugak kehadiran nampak gaya. Kalau semua mai lah.

Mat Lazim pun ada call aku petang tadi, banyak bercerita pasai perjumpaan nilah..apa lagi. Well nampak gaya semua sedang lancar dan doa doalah agar semua ikut perancangan. Insyaallah...

SPAIN

TERUJA

Salam semua,

Nampak gaya hasil usaha Kamal yang gigih, kita dah pun confirm majlis kita serta pembayaran deposit. Wang kutipan kita masih lagi berkurangan.Apa nak buat, nampak gaya culture kita dah macam tu. Sad to say, but we have to admit lah.

Walau camana sekali pun, kita harap harap perhimpunan ni akan berjaya dan kita semua dapat berjumpa setelah sekian lama tak bersembang ngan hampa semua, teruja sungguh aku nak balik Jitra. Dah tak sabaq rasanya. 6 hari saja lagi.

Aku ada jugak nak buat jualan barangan kaca yang dihasilkan oleh kawan kita jugak, dan hasil jualan tu kita nanti derma kan kepada dia. Memang dia amat memerlukan. Aku harap hampa bawa duit lebih sikit dan kita saling membantu sahabat kita yang sorang ni.

Seperti yang di war warkan, diharap semua yang telah setuju hadir tu, hadirlah. Kita memang buat booking ikut yang mana telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Jadi supaya tidak membazirkan wang serta makanan, hadirlah beramai ramai untuk memeriahkan lagi majlis KITA ini. Jangan segan silu kalau nak bawak partner. Boleh jugak kita berkenalan.

TARIKH : 26 JULAI 2008(SABTU)
TEMPAT : KELAB GOLF DARULAMAN, JITRA
JAM : 2.00PTG
PAKAIAN : BEBAS
RM35/= SEORANG


Friday, July 18, 2008

SUAIKENAL

Salam untuk semua. - "MINA...welcome to the blog"

Kamal ada hantar SMS:

"Chgu wan bin & imran x dpt hadir krna last minit kena p kursus d johor. Minta maaf pd semua, memang dia bria sngat nak mai"

Walau camanapun aku takkan buang lagi nama depa sebab mana tau kemungkinan kursus tu cancel ka, Johor banjir lagi sekali ka...kan?

Tak banyak hari lagi dah yang tinggai dan kita semua mungkin dah teruja sangat nak balik dan bertemu sahabat handai. Mungkin dah ada yang start beli baju baru dsb untk ke majlis ni. Aku tau for sure sorang dah beli baju baru. Pendek kata tiap pertemuan sebegini rupa dia nanti beli baju baru. Tu menunjukkan betapa serius nya dia bila nak hadiri gathering yang camni. Dia nak projek imej yang terbaik. Bravo...

Aku mcm aku lah selalunya. Projek diri aku yang sebenaq. Jenis tak kisah sangat pasai pakaian ni. Janji aku selesa. Aku tak ikut peredaran fesyen. Tak perlu sangat dalam pekerjaan aku sedang lakukan la nie. Jadi mungkin pasai tu lah aku tak ikut fesyen.

Walau camanapun, hampa semua tak payah lah nak bersusah payah untuk dress up. Kita buat secara kasual sahaja. Tapi kalau yang nak "dress to kill" pun apa salahnya. You are welcome to do so...

Dalam perancangan kita, ada juga sessi karaoke kalau tak silap aku. Sessi ni terbuka untuk sapa sapa saja. Kalau hampa nak practise sekarang pun kira oklah. Tak yah la kata tak praktis lagi bila aku minta hampa nyanyi nanti.

Kemungkinan besaq kita akan ada sessi suai kenal dan juga nostalgia. Kita nak semua berinteraksi. Sessi ni menarik dan akan jadi satu surprise...Aku harap dia akan berjalan lancar. Aku akan bincang ngan Koden dalam perjalanan pulang nanti. Banyak masa kami bersama.

Aku harap ssangat perjumpaan kali ini akan terpahat di hati kita semua selama lamanya...

Thursday, July 17, 2008

PUTRAJAYA

Salam semua,

Aku terpaksalah bersusah payah 2/3 hari ni untuk settle segala kehilangan yang aku alami. Alhamdulillah....Semua settle.

Hari Selasa 15hb. Julai 2008, aku dapat buat IC sementara aku kat Shah Alam. Banyak ratus jugak yang kena mulanya, sebab ikut rekod depa aku dah hilang IC 3x. 300 lebih lah aku punya bill untuk buat IC baru. Pegawai Pejabat Pendaftaran yang melayan aku tu bertanya kat aku samada nak teruskan buat IC selepas dia bagi tau yang aku kena RM310/=...aku pun dengan sedihnya kata apa nak buat, terpaksalah.

Aku tanya dia samaada aku kena bayaq kat kaunter dia atau kaunter yang lain, dia kata boleh bayaq sini. Aku pun huloqlah RM350/= sambil dok menyesal dalam hati sebab aku tak berhati hati ngan wallet aku tu.

Dia pulak tanya "En tak de duit RM10/= ke?". Aku cakap tak dak lah boss... Dia print bill dan terkezutnya aku bila dia huloq aku balik RM200/= dan meminta aku agar jangan bercerita kepada sesiapa. Dia takut nanti semua orang mai minta diskaun dari dia. Katanya lagi kalau kita dirompak, ada repot polis dirompak oleh orang bersenjata ka apa ka baru boleh dapat free. RM10/= kena bayaq lah jugak. Aku berterima kasih kat dia tak kurang dari 15x sebab dapat balik RM200/=.

Memang dia minta aku jangan cerita kat orang tapi aku nak jugak share cerita ni bgan hampa semua sebab aku rasa dia tu seorang insan yang baik hati. Ada toleransi walau pun aku tak mintak kurang. Mungkin jugak sebab muka aku yang jujur ni maka dia bertindak demikian...

Terma Kaseh banyak En.....

Bila aku keluaq dari Pendaftaran, aku tengok cuaca dah gelap dan hampir nak hujan, aku pun SMS Koden tanya apa dia buat? Dia terus call aku kata dia nak pi Putrajaya dan tanya samaada aku nak ikut. Apalagi, aku pun OK saja. Dia mai ambik aku kat TTDI Jaya dan kami pun sembanglah dalam kereta. Kami bercadang nak jumpa Jit Md Noq dan Dik D, tapi Dik D tak cenang sebab dia dapat kontrak besaq la nie...Juta juta jugak dengaq habaqnya. Syukur kawan aku sorang tu. Jit pulak suruh call dia bila sampai nanti.

Pas Koden pi hantaq invoice dia kat Yati Pak Daud, kami pun pi cari Jit kat opis dia. Aku dah pesan kat Jit agar jjgn pakai kot, sebab keta Koden panas. Hahaha. Dia turun bengan tienya. Aku pun ubah tempat duduk lah, dok di belakang. Koden dah bawa Satria anak dia, maka aku terpaksalah atoq barang kat belakang keta dia yg berselerak tu untuk duduk. Mcm keta aku jugak, selalu berselerak. Jit boleh tanya samaada ni kereta Alam Flora ka? Hahahaha...mulut dia ni kadang2 memang pedas pada yang tak tahan..hehehe.

Dia pun bawak kami pi makan kat bawah mesjid tu, tepi tasik...sembang2, mengata kat Dik D sikit, pastu hantaq dia balik dan kami pun celah...

2 jam di Putrajaya bersama Jit & Koden.

Monday, July 14, 2008

YURAN

Salam semua,

Aku ada kontek Mat Lazim, Ta dan jugak Kamal berkenaan pembayaran yuran majlis, tapi nampaknya respon sebelah utara slow sikit.

1. Ta cuma dapat call dari Amin sahaja.
2. Mat Lazim dapat call, tapi banyak yang minta untuk buat bayaran pada hari majlis.
3. Kamal pun macam Mat Lazim jugak.
4. Koden dah dapt kumpui banyak jugak.

Majlis ni dibuat untuk kita. Tak dak taukeh dalam majlis ni. Tak dak tuan rumah. Majlis ni adalah untuk semua kita kita sahaja. Jadi, kami yang memulakan langkah untuk majlis ni pun tidak mendapat apa apa keuntungan melainkan kepuasan hati semata mata apabila kita dapat bertemu dan bersembang serta mengeratkan silaturrahim kita semua.

Jadi disini aku nak mintalah agar kita dapat kumpoulkan duit tu sebelum majlis agar perancangan kita tak terbantut. Kita perlu untuk menjelaskan deposit pada 20hb ini. Segala persiapan lain juga memerlukan wang dan aku harap hampa faham dengan apa yang aku nak kata ni, sebab aku rasa macam frust sikit kalau kita tak cukup dana untuk nak buat deposit.

Jangan lupa...MAJLIS ni hak kita semua. Cuma kami tolong memulakan langkah, kita patut berkerjasama semua untuk menjayakan majlis ini.

Sekian WASSALAM.

MUSIBAH

Salam gang semua,

4/5 hari ni sibuklah aku. Pi Gurun, pas tu masuk sampai ke Siam. Kerja punya pasai, hampa jangan dok pikiaq yang bukan bukan.

Anyway senang hati sikit bila dengaq lapuran dari Koden yang dia dah kutip RM245/= sehingga hari ini dan time ni. Baguih lah tu respon nya. Tapi macam Gah katalah, depa ni kebanyakkan nya suka last minit punya cerita, baru nak kelam kabut. Kita akan order food ikut duit yang masuklah senang supaya tiada pembaziran yang berlaku. Oleh itu harap harap kawang2 semua pikiaq pikiaq lah tengok agar kita boleh buat majlis ni dengan lancar...

Aku di timpa musibah hari tu bila pi Gurun. Wallet aku tercicir lah...Tak tau tang mana jatuhnya. Duit tak hilang banyak, about RM50 je, tapi segala IC, Bank card, NIOSH Petronas card,PM Care medical Card...sedih aku. Tu lah pasai aku 2/3 hari ni kena buat segala macam benda. Nak nai kapal terbang pun tak leh IC tak dak. Kereta aku dok kat airport Kuala Terengganu semenjak hari Khamis malam hari tu. Tak tau apa dah jadi. Tapi aku confident tak dak orang mau kereta aku. 1- Sebab dah buruk. Cat pun dah terkeluaq. 2- Kereta camtu dizaman minyak mahai ni, orang tak mau pun. Jual kati boleh lah. 3- Cuma tayar aku saja yang aku risau depa balaih. Hahahaha...

Thursday, July 10, 2008

LENCANA


Warna camni yang aku ingat dulu dan nama sekolah was SATS
Ini yang latest aku dapat dari portal sekolah.

Yang ni aku tak leh nak komen, sebab aku tak ingat.

Yang bawah ni dalam internet pun quality dah hancus, maybe can help u out den..

Sunday, July 6, 2008

BAYARAN

Salam semua,

Good news... Tempat untuk adakan majlis perhimpunan kita dah pun di tempah dan ia adalah atas hasil usaha Kamal, Mat Lazim dan Roshita Mansor. Aku nak ucapkan berbanyak terima kaseh kat hampa semua dan aku rasa tak salah kalau aku kata aku mewakili semua sahabat2 yang lain.

Untuk yang memerlukan bilik untuk menginap, sila buat tempahan dan kita boleh block book sekali dan besar kemungkinan kita dapat rate yang lebih murah. Jadi seeloknya lah kalau hampa masukkan dalam komen sekiranya perlu. Jangan pulak lupa untuk memperkenalkan diri.

Aku nak cadangkan Roshita Mansor yang bertugas di JPJ Aloq Setaq sebagai salah seorang wakil untuk buat kutipan. Jadi sesiapa yang ada di Aloq Setaq boleh lah kontek Ta 019-4816300. Aku rasa Ta ni paling strategik sekali sebab dia sentiasa ada di opis.

Wakil kedua ialah Mat Lazim yang berpengkalan di Jitra. Bagi yang dok sebelah Jitra sila hubungi 019-4185020. Dia ni mungkin liaq sikit sebab kerja dia memerlukan dia keluaq dari opis. Walau bagaimanapun, sila buat temujanji ngan dia dan buat bayaran.

Untuk yang lebih jauh lagi sila masukkan dalam Bank Akaun Koden. Nama Zainuddin Idrus, Maybank 114271318009. Pas hampa masuk hampa kontek lah dia at 012-3168555.

Harap harap kita dapat kumpulkan awai supaya segala persiapan boleh berjalan lancar.

WASSALAM guys and gals.

Thursday, July 3, 2008

DIK D

SAlam,

Hallo gang semua. Aku ngan Koden la nie ada kat Pelita nasik kandaq Subang Jaya. Sepatutnya Dik D mai join, tapi last last minute seperti biasa, dia tak jadi lah. So bila kami kontek dia, dia dah tau yang kami akan mengata kat dia. Jadi kami pun mengatalah kat dia. Nak cerita kat sini takut hampa rasa teruk sangat, tapi pada kami itu biasa lah.

Koden baru call Poh Tee dan Foo Mooi Ai dan Mooi Ai kata dia ON. Boleh datang. Jadi aku berharap sangat agar dia boleh call gang gang lain yang berbangsa tionghua.

Jadi kita cubalah hidupkan nostalgia lama.

+ + + Lagi...

Salam,

Nak habaq kat hampa semua, budak Bomba tu pun dah confirm nak mai juga. Mansor Shafie pung sama, maka kita boleh lah bergumbira dengan lebih girang lagi sebab kawan2 banyak dok nyatakan persetujuan dah ni.

Wednesday, July 2, 2008

PERKEMBANGAN BAIK

Salam semua,

Aku tulis forum tadi kat Airport Ganu. Dok tunggu kapai, aku teringat kat forum, lagi pun masa panjang aku tulis lah.

Zuber ada masuk komen tanya camana nak masuk forum dan aku dah pun email dia. Begitu juga ngan Alya.Chubb..Aku tak kenai nama samaran ni dan aku pasti depa ni pun budak SMJ jugak lah kut. Anyway Alya n Bad, ikut je camana aku kata tu dan hampa belajaq lah dari situ, insyaallah berjaya.

Waduh, Ain dah lama tak masuk jampuk, tetiba kemarin dia masuk dan siap bagi no telefon Foo Mooi Ai, Chan Mee Mee dan 2/3 org lagi. Kalau hampa rasa nak call, tengoklah kat bawah ni.

Ain kata :

Assalamualaikum

Minta maaf banyak lama tak join.. I really salute you all yg gigih berusaha untuk menjayakan gathering ni…tapi dlm diam saya prihatin juga saya cuba cari no tel geng budak cina yg pompuan esp. Fong goot Yee. Cuma dapat cakap dgn Chan Mee Mee (kat Alor star) dan Foo Moi Ai (kat Sg petani) dua2 ni housewife.. tapi tak dapat confirmation dari diaorang nak datang ke tak…I rasa lim hong huat boleh tolong ajak diorang datang kut!
Minta maaf sangat-sangat tak dapat nak hadir reunion kat jitra nanti sebab I balik jitra on 9th or 10th ogos masa tu kena ambik anak kat matrik changloon . Ini Saya ada beberapa no tel yg mungkin belum terlambat untuk dihubungi (dah bagi kat shidi minta tolong sms maklumat lengkap gathering tu :

Chan mee mee – 017 413 1889 rumah 04 7319568
Lim Bak Hiang - 016 335 0277
Lee Chooi Teen – 012 475 9318
Foo moi Ai – 012 460 1771
Siew Ngoh – 04 917 3018

Semoga segala usaha baik kawan-kawan semua diberkati Allah SWT. Wish you all the best!

June 30, 2008 3:49 PM

Tak dok saja Ain ni..TQ very much lah Ain. Walaupun dia tak dapat hadir kali ni tapi aku tau hati dia ada bersama sama kita pada hari tu dan dia pasti tersedak apabila kita sebut nama dia. Jangan marah...Lawak je...

Dik D tadi mai ambik aku kat airport setelah menghampakan aku 3/4 hari sudah apabila aku sampai kat LCCT dan on phone, terus SMS dia masuk kata dia tak leh mai..Sibuk... Terima kasih banyak kerana dapat hantaq aku pi sampai ke Shah Alam dan kami dapat berbincang sesuatu yang bernas hari ni berkenaan dengan kerja kerja yang dia sedang jalankan.

Semasa dalam perjalanan ke Shah Alam tadi Fadzillah call dan bagi tau bahawa Cik Gu Mokhtar telah setuu untuk hadir bersama sama kita pada 26/7 ni. Dia juga berjanji sedang cuba mendapatkan Cik Gu Johari Baharum, Mr Tee dan beberapa orang lago untuk hadir. Alhamdulillah..Terima kasih banyak Fadzillah.

Untuk pengetahuan semua, kita dah setuju untuk mengadakan majlis tu seperti dibawah:

TARIKH : 26 JULAI 2008
HARI : SABTU
TEMPAT : KELAB GOLF DARULAMAN JITRA
DAERAH : KUBANG PASU
NEGERI : KEDAH DARULAMAN
JAM : 2.00 PETANG
PAKAIAN : BEBAS
RM35/= SATU KEPALA

Semoga semua dapat hadir.....

WASSSALAMMM...