Tuesday, June 17, 2008

TEH TARIK

Assalamualaikum,

Pertama sekali aku mohon ampun dan maaf kalau gambaq tu buka klas F5B. Aku dapat email menyatakan itu klas 5B. Jadi silalah hampa marah si penghantar email itu.

Aku juga rasa teruja apabila mendapat komen dari Osmat di Sarawak yang tahu akan perjumpaan yang akan kita adakan nanti. Aku tak perasan siapa Osmat ni dan mungkin dia pun tak perasan aku. Walau camanapun kita sama2 SMJ dari tahun '72.

Ini komen yang Osmat tinggai utk kita semua....
Assallamualaikum wbt..
Aku dapat tau dari Kamal dan kak zita ttg perjumpaan ini kira-kira sebulan yang lalu.
Telah begitu lama aku berhasrat nak jumpa member lama SMJ tu dan nak pi jitra. Alhamdulillah tahun lepas aku berpeluang pi jitra apabila aku kebetulan ada mesyuarat di A.Star dan berpeluang ke SMJ dan ke Kg. Teluk Kelubi ikut kawan.Tapi tak berkesempatan jumpa kawan lama kecuali Hj. Mahzan Arifin yg kini bertugas di A.Star. Sebelum tu pernah beberapa kali aku bermimpi ttg kenangan silam waktu bersekolah di SMJ dari th 1972 hgga 1976.
Tetapi utk hadir ke majlis ini nanti aku tak pasti samada dapat pi atau tidak. Walau camanapun buat member yang masih ingat sama gua, bolehlah rujuk kak zita atau kamal untuk menghubungi sama gua. SMJ sentiasa dalam kenangan.
Wassalam dr Osmat di Sarawak.

Terima kasih Osmat, dan aku harap mana lah tahu pada tarikh tu lu mungkin ada mesyuarat lagi sekali di Kedah atau yang berdekatan. Majlis itu terbuka utk hang sekiranya hang ada di sini..Take care man...

Sebelum aku balik dari Paka tadi aku dah SMS gang KL ajak kena teh tarik. Respon bagus. Akhirnya 4 org dapat hadir. Jit sibuk seperti selalu lah. Letih dia kata, pasai layan delegasi dari Rep Checz. Koden kata mungkin dia letih langut kut sebab depa tu semua tinggi2 belaka..Tapi pada aku, mungkin dia sorang je kut yang kerja la nie. Sebab tu lah letih. Kami semua kuat kuat belaka, terpa dari T'ganu pun boleh dan, jumpa kawang2.

Dik D hantaq SMS masa aku sampai kat Genting Sempah dan kata dia tak leh attend sebab something came up. Bila di interrogate oleh Koden maka reason dia dah bunyi macam Rajan pulak. Tapi dia mai lah jugak selepas kena hamput ngan Koden.

Cheng tak sedap badan, jadi tak leh mai. Mc E' ada tetamu dirumah, maka tak leh mai jugak. So finally aku, Koden , Hasaza dan Dik D. Pastu Mat Lawi join kami. Adik Fatimah Zaharin.
Lama aku tak jumpa Mat Lawi ni. Banyak perubahan dia. Muka dia dah semakin panjang dari dulu. Muka dia start dari tengah kepala sampai ke dagu...panjang kann...? Tapi hemsem...

Anyway kita dapat berbincang lah sikit sebanyak untuk nak buat acara pada hari tersebut. Jadi harap hampa semua tunggu dan lihat....

Hasaza seperti jugak Madud mencadangkan agar di buat perjumpaan tu siang hari bermula dari
2ptg.. Jadi aku akan boh peti undi kat sebelah ni utk tengok penerimaan ramai diatas cadangan tersebut...Sila lah undi. Hak kita semua...