Friday, November 28, 2008

Aduhai...


Assalamualaikum.....

Aku terbaca komen yang memberikan pendapat yang aku rasa baguih. tapi aku tak berapa nak kenai penulis tu. Cara tulisan macam Koden. Susun ayat pun macam Koden. Tulis nama kat bawah pun macam Koden. Koden ka tu?

Aku pasai dah lama sangat tak tengok tulisan dia, makanya aku sedikit kabur untuk menilai. Kalau betui Koden welcome back. Kalau ada orang nak berlagak cam Koden, tahniah...terubat rindu aku kat dia...hahahahaha...

Hampa ni semua yang mau gambaq masa kecik tu apahal? Mc E ngan Koden ni saja tak leh tengok aku dok senang cikit. Nantilah bila aku rasa nak boh aku nanti boh lah. Tapi kalau hampa dah pandai actually boleh boh sendiri avatar ni. "Avatar" tu kira macam pengenalan hampa lah. Depa panggil avatar. Macam nama benggali pulak.

"Duduk 3 orang barangkali?", Tompel tanya.

"Dulu dia dok kat depan tu, la nie dah pindah", jawab Saidin pekak.

"Siapa?", Tompel tanya lagi.

"BENGGALI !" jawab Saidin pekak...

Lebih kurang camtulah no...hehehehe.

Wednesday, November 26, 2008

SITUASI....

Salam semua....

Madud ada masukkan satu situasi dlam forum kita. Oleh kerana aku rasa tak berapa ramai yang masuk forum tu maka aku cut and paste kan kesini. Situasi camni aku pun tak pernah lalui lagi pun memandangkan betapa besaqnya hati Madud untuk cuba tolong depa ni aku rasa mungkin kawan2 semua boleh share pendapat atau yang tau camana nak handle situasi ni, silalah komen dan bagi idea.

Cerita dia camni..Kalau yang tak berapa paham bahasa omputih...buka kamus lah..hahahahaha.

This is the situation, predicament, what ever. 3 kids are now not able to register for school next year, because their b/cert states that, they are not citizens.. tho` they were all born and registered in KL and were already schooled in KL for at least 4 years for the youngest one.

The father's IC status is 71, and in the kids b/c, he's stated as a citizen. the mother's, Thai citizen. The terms set by the ministry of education, or rather, the new ruling states that non citizens pupils must provide their passports to be registered.

Fine.

But the Thai Consulate states that they must have Thai birth/certs to be declared as Thais. on top of that, some one offered to have their MyKids card done.. for a mere RM5thousand per head.

I am only trying to help them, for the kids sake.

Kalau tengokkan cerita diatas tu nampak sangat lah BOLEHLAND kita ni boleh buat apa saja ngan RM. Wonderful...Negaraku...Tanah tumpahnya darah ku....

CORETAN...

Salam....

2 malam sudah aku meet up ngan member kita gak kat SP. Kami pi dinner pas tu sembang2, tapi aku tidak dibenarkan untuk mention nama dia dalam blog. Hahahaha... Aku paham privacy orang. Anyway bila dah berjumpa tu apa lagi bersembang pun sekitar kawang2 jugak lah. Ada yang baik dan adajugak yang kurang menyenangkan.

Kita ni manusia semula jadi dah...kalau yang baik tu tak mau dengaq sangat tapi kalau yang tak berapa menyenangkan tu selalu tertanya tanya. Tapi tak payah lah aku dok cerita tang sini. Sat gi terguris pulak kekawan semua. Hahaha.

Yang aku dengaq kisah kawan nak jual tanah, kaya tu... Kawan yang ada rumah sewa banyak. Kawan yang berpendapatan 50K sebulan. Kawan yang lupa daratan. Kawan yang nak makan kawan. Kawan yang dok berebut komputer ngan anak pung ada. Dan banyak lagi. Walaupun pertemuan tu sat saja tapi banyak isian nya..hehehehe.
Mohidin Othman...akan berangkat ke Tanah suci pada 27hb Nov, esok lah tu, dan akan kembali pada 8hb Januari. Aku ucap selamat pergi dan selamat kembali. Tak sabaq nak panggil Tuan Hj Mohiddin. Hangpa yang nak ucap kan selamat kat dia boleh call 017-2373824. Aku tak tau pulak dia nak berlepas dari mana.

Actually bila dapat SMS dari Kamal tentang Mohidin, aku pun kontek Hamsan. Depa ni kan 3 stooges dari Tanah Merah dulu. Hamsan, Mohidin dan Nordin Ahmad. Hamsan pun tengah dok sibuk sebab baru pindah opis.

Hari Ahad yang lepas, Pak Aad, mungkin ada yang kenai dan ada gak yang tak kenai, jumpa ngan aku kat Penang. Kami perkena nasik kandaq sambil sembang2 gak.

Kemarin aku dah pi Tesco SP. Tetiba aku nampak seekoq burung dalam Tesco..Belek lama sikit memang confirm burung tu dok shopping. Aku pun tegoq lah...."Assalamualaikum Bangau!"...Dia pung terkezut tengok aku. Katanya diai baru berpindah mai dok kat SP dan tengah dok sibuk mengemas rumah. Aku tau lah maksud dia. Bila baru pindah ni, memang tak larat betui. Macam2 benda nak kena buat.

Weekend ni aku kena balik Shah Alam.

WASSALAM...

Saturday, November 22, 2008

YUSUF

Salam semua,

Kalau hampa tengok TV3 news semalam aku rasa hampa akan ternampak lah mamat ni. (Gambaq) Aku berpeluang dengaq ceramah dia kat Penang hari tu. 2 mlm berturut turut. Malam ketiga tu tak dan lah sebab aku kena balik ke Gurun. Dan cuaca tak berapa nak mengizinkan aku travel balik Penang. Anyway, memang best jugak dengaq Sheikh ni bercakap.

1st thing dia introduce nama dia sebagai Yusuf. Pas tu dia minta semua yang hadir sebut nama dia. Bila dah sebut dia akan kata "Perfect. My wife always pronounce it as useless...." Kalau hampa ada chance dengaq dia sembang try not to miss it. Exciting.....

Dia ni dulu mubaligh kristian. Dalam dok cuba nak masukkan Tok Arab kawan dia tu ke kristian, Tok Arab tu putaq dia sampai dia teruih masuk Islam. Alhamdulillah...

Yang bestnya dalam ceramah tu, 10% dari hadirin adalah non muslim. Sheikh ni tanya depa,"Aren't you scared being surrounded by terrorists? Coz in my country, Muslims are terrorist...hahahahaha"

C U guys...take care..WASSALAM..

Friday, November 21, 2008

INDIAN ASTRONAUT

Salam semua...

Tajuk gambaq kat atas tu ialah Indian Astronaut. Aku terima emel bertajuk pendaratan astronaut India yang pertama. Ni masa balik dari space lah ni. mendarat sungguh nmapak gaya dia..Kita buat family day kat sini, amacam? Tempat bersejarah tu.

Tuesday, November 18, 2008

HOI>>>

Salam semua...

Apa cerita ha tentang plan2 yang kita dok mula bincang ni? Tak dak orang lain yang nak bagi cadangan ke? Sonyap je semua. Oh ya..semua dok sibuk cuti sekolah kut. Dok layan anak2 lah tu. Macam Jit jugak.

Aku kat Sg Petani la nie. Restoran Makbul. Dekat gak ngan rumah sewa aku tu. Actually kami sewa rumah kat deoan Kelab Cinta Sayang. Taman apa aku tak tau. Nak masuk rumah aku tu simpang dia sebelah ngan Nasi Lemak Cinta Sayang...yang amat popular disini. Sedap dan murah nasik tu. Tiap pagi aku b/fast kat situ. Bukan lah nasik lemak tiap pagi..macam2 benda lain lagi ada kat situ.

One thing yang aku notice dan gang kerja aku notice sangat2 ialah, makanan kat sini murah bangat. Budak2 yang kerja ngan aku semua seronok. Cerita kisah makan murah ni lah yang pertama sekali depa cerita kat aku. Lagi satu kat Petronas Fertilizer tu, semua pekerja dia friendly sangat. Depa suka senyum dan akan acknowledge hang bila selisih ngan depa, walaupun hang tak dak dealing ngan depa. Aku pung apa lagi, pujilah depa tu semua kat gang kerja aku. Different sangat ngan orang Terengganu...I'm home...hahahahaa..

Most probably kami akan pindah sebab aku rasa SP ni jauh dari tempat kerja aku yang kat Gurun tu. Tiap hari nak kena toll RM2.60 one way. Budak2 pun dah cari rumah dan dah dapat pun kat Gurun. Sewa murah. Kecik sikitlah rumah tu. 2 bilik. Tapi 10 mins drive je to site. Dengaq habaq, rumah tu opposit ngan rumah Maidin, pelawak tu. Tapi Maidin dah pindah la nie. Rumah dia bagi sewa je..

Aku rasa, hujung minggu ni aku siap lah negineering design aku tu, pas tu balik Sh Alam sat kut. Sementara tunggu material sampai, then baru physical work akan mula.

Ok lah. Aku letih hari ni sebab Gurun panas sangat. Patutlah nama Gurun kut...hehehehe

WASSALAM.

Sunday, November 16, 2008

CIKGU ONG....

Salam...

1617hrs atau 4:17pm, aku baru nak naik lift ke apartment tetiba talipon bunyi. Tengok nombor, 0195596945, tak dak nama pung, mesti tak besa call lah no. ni. Aku pun tak jadi naik lift, jawab dulu. Memang tak kenai suara pun. Sapa pulak la ni kan..!! Aku tanya sapa ni...mula dia kata cikgu Ong, aku terus kata Ong Kim Teng ke? Dia pun ya.....Dia ni satu opis ngan Own rupanya. Depa ni cikgu2 semua dulu, pasai tu lah terbawa bawa intro diri kat aku pun cikgu Ong.Dia ni aktif sukan lah nampak gaya sebab hari kita buat gathering tu, dia pi Bangkok bawa team bola sekolah Asean. Dahsyat tu...Dulu form2, dia jadi full back, dan aku goal keeper lah. Masa tu bayangkan dia macam Soh Chin Aun lah...hahahaha...

Aku akan buat appt satu hari ngan depa ni dan pi jumpa depa kat Aloq Setaq ke apa ke.. Kim Teng tu especially dah lama sungguh tak jumpa. 34 yrs gitu...agaknya...

Saturday, November 15, 2008

FAMILY OUTING

Salam...

Betui jugak apa yang own kata....
Delete
Anonymous
Ok camni...Lagi sekali...

Kita cadang nak buat Family Day of sorts...Agar perjumpaan kita kali ni dapat dikongsi bersama ngan keluarga kita. Jadi kita sekarang sedang mencadangkan tempat, agar mak bapak boleh bersembang dan anak2 boleh buat aktiviti depa atau mak bapak dan anak2 sama2 beraktiviti.

Cadanagan yang diterima dari Gah adalah Pantai Merdeka dan Kelumpang Resort kat Tg Malim. Pantai Merdeka dengaq habaq la nie dah tak di senggara ngan elok maka aku rasa macam nak pi check tengok minggu depan. Since aku pun ada kat Gurun, dekat dah tu.

Kelumpang Resort : Gah kata nak ajak Koden ke pi tengok dan report balik lah. Tempat tu banyak aktiviti riadah boeh di buat sebab banyak kursusu kepimpinan orang dok buat kat sana. Jungle trekking semua nya ada...

Gah jugak yang suggest Bukit Merah Lake Town walaupun dia tak pernah sampai ke situ. Tempat tu pun best gak. Banyak aktiviti. Tapi ada jugak kawang yang komen kata kat situ mahai.

Aku terkeluaq cadangan untuk ke Pulau Banding, sebab aku lalu kut situ hari tu. Actually memang tempat tu best utk relax2. Senyap dan bukanlah menakutkan kalau dah ramai. Untuk kaki pancing memang best lah..

Aku jugak dapat satu lagi tempat yang might interest you guys.. Homestay kat Balik Pulau , Penang. Depa kat sini boleh buat bermacam program kalau kita boleh mai dalam satu grup. Merasakan kehidupan di kampung untuk 1 atau 2 malam? Klik di SINI.

Perancangan ni memerlukan masa dan persetujuan tuan2 dan puan2 semua. Kita cadang nak buat musim cuti sekolah tahun 2009. Bulan Mac mungkin. Jadi ada banyak masa lagi. Tapi hampa kenalah bagi persetujuan dan cadangan jika ada supaya kami dapat membuat perkiraan dan sebagai nya...

Own : Bukan tak nak jawab SMS but I don't really get it..What do you mean by 14yrs is a short duration?

Thursday, November 13, 2008

Berlainan Tapi Serupa


Salam...

Aku terlambat hari ni... terlambat jumpa Own sebenaqnya. Early morning dok diskus ngan gang aku pasai kerja, terbawak bawak lah time tu.. Tapi aku bagi tau dia aku lambat.

10:45 sampai ke kedai Hussain Nasi Kandaq..Jerai Plaza. Baju batik biru, long sleeve, seluaq hitam dan bersongkok hitam..Own dah order teh tarik ngan murtabak kat atas meja dia. Tapi belum sentuh lagi. Aku ingat kan benda tu baru sampai, rupanya dia dah ada second thought about eating the murtabak cause he has his eyes on the nasik kandaq..Haahaha..aku lah yang makan murtabak tu. Dia order nasik. Lauk sotong ++.

Sembang lah...usual, pasai anak2 dan family and kisah blog, kisah kawan macam2 lah. Politik je tak sentuh. Tapi Own ada mention sikit bila dia nampak gambaq dia dalam laptop aku dan kata rupa dia dengan expresi muka dan jari menuding tu macam Anwar Ibrahim...Tu lah paling dekat ngan politik dalam 'sembangan' kami.

Aku manage jugak register dia untuk masuk forum, maybe dia akan celoteh dalam forum lah pulak kut.

Own mention Pantai Merdeka tu dah teruk dia punya chalet dsb. Tak maintain ngan elok. So how? Nak keluarkan dia dari poll? You all decide.

Sebenaqnya masa di sekolah dulu pun bukan rajin sangat cakap ngan Own ni. Dia pulak jenis pendiam. La ni baru aku sedaq yang Own ni pun ada sense of humour jugak dan dia pun boleh bersembangan jugak..hahaaha..bahasa camni semua, sahih aku dah kena luku ngan aruah Mamak Maidin. Own masih ingat hari dia kena luku ngan Mamak. Aku kata semua orang kena luku ngan dia. Tapi Own kata hari tu dia kena luku sorang saja. Pasai tu dia ingat sampai la nie...Ingatan gajah sungguh..

Dressing aku hari ni, jeans, round collar T shirt & cap. Berlainan kan? Tapi serupa....

Wednesday, November 12, 2008

KELUMPANG RESORT

Salam...

Gah ada suggest satu tempat. This is the only pic aku dapat cari kat web. According to Gah, tempat ni cantik and banyak aktiviti macam jungle trekking dan sebagainya.. Check it out..Kelumpang Resort...

hs - Berkenaan undian tu its an idea to instill interest towards the event..Then ideas start coming in...Cheerio, tak yah formal sangat...Kawang2 je...



Holiday in Kelumpang Resort
WASSALAM...

NURIN


HAPPY BIRTHDAY NURIN QISTINA

Salam...

Hari ni burstday anak penakan aku, NURIN.. Happy happy burstday to you....

Tuesday, November 11, 2008

UNDIAN...

Salam...

Aku ikut nasihat OWN dan come out with a poll...Peti undi untuk semua buat undian. Kalau hampa rasa nak tambah tempat lagi, bagi tau dan aku akan tambahkan...

OWN


Salam semua...

Lepas tengok blog tak sat dan baca komen OWN, aku pun SMS kat dia. Bukan apa yang SMS tu, takut lah depa orang besaq2 ni tengah dok meeting ka, dok bagi ceramah ka kan?

Dia pun call balik dan kami ada lah plan nak berdating hari Khamis ni kat gurun. Dia kata nak pi ambik anak dia kat Sekolah Sains so boleh lah jumpa sat kut...Memang betui hari tu aku tak sempat nak bersembang banyak ngan dia. Sebenaqnya tak sembang langsung lah. Aku tegoq dia bila dia masuk tempat gathering kita tu kut pintu belakang dan aku suruh dia pi register nama. Pas tu aku dah dok sibuk menyibuk. Dia ada gak hantaq SMS hari raya tapi aku tak balaih. Maklumlah, kadang2 terlupa..dah tua..reaching the big FIVE O in 11 mths time.

Untuk Own... Cadang kita jumpa kat HUSSAIN NASI KANDAR di Plaza Jerai. Keluaq dari highway, traffic light turn left, traffic light lagi turn left dah jumpa..Food is good. Ada WIFI lagi. Ni aku dok kat kedai lah. Dah jadi site office aku kat sini. Kalu ada sapa2 kat around this area nak sembang2, sila lah hadirkan diri, Khamis ni...

WASSALAM....

Monday, November 10, 2008

CADANGAN...


Salam,

Ada hamba allah hari ni suggest Bukit Merah Lake Town. Another good idea. Kalau nak tau lebih lanjut pasai Bukit Merah klik kat SINI. Website ni akan menceritakan ngan lebih lanjut...

Kalau nak tau lebih lanjut pasai Pulau Banding hampa klik kat SINI.

Syok jugak bila kawan2 dok bagi idea macam2. Seronok lah jugak towkay blog ni. Tak lah rasa keseorangan. Zainal pun ada hantaq email dan dia kata dok ikut perkembangan kawan2 dari blog ni. Tapi aku rasa masih kuranglah kisah kawan2 lain yang aku boleh masukkan. Sebabnya, aku tak dapat berita. Klu hampa ada berita nak share, jangan malu dan jangan segan...drop a line.

Hari tu bila Alumni SMJ buat makan malam kat Shah Alam, yang aku tahu cuma sorang je kawan kita yang hadir. Maksud aku batch kita lah. Yang aku tau. Tapi walau pun mamat tu pi makan malam tu, langsung dia tak cerita apa pun. Kut lah nak panjangkan berita pada kita semua pun ..dak. Aku pun tak tau apa jadi kat dia. Mungkin dia tak teringin nak share ngan kita lah kut..Apa nak buat. Biaq je lah...

Sunday, November 9, 2008

INDAH..


Asm tuan,

When I C the beauty that Allah s.w.t. created upon us:" Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda(atas kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi(sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukankah Engkau jadikan ini dengan percuma, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksaan neraka." (Ali'Imran ayat 190-191).

Own

November 3, 2008 11:45 PM

Salam semua...

Aku masukkan terjemahan yang own masukkan dalam komen pada gambaq sunset yang aku ambik kat highway.

Aku berharap sangat kalau sesiapa saja yang boleh contribute sama dalam menghidupkan atau memeriahkan lagi blog "KITA" ni.

"hs" mencadangkan agar kita menetapkan beberapa tempat sebagai pilihan untuk mengadakan some sort of family picnic lah. Idea yang bagus. Tapi aku amat memerlukan cadangan sebagaimana Gah bagi. Buat masa la nie, cadangan Gah adalah Pantai Merdeka.

Cadangan kedua ialah Tasik Banding. Idea ni tercetus sebab aku lalu kut situ hari tu. Chalet dia quiet dan amat menenangkan. Ia jugak adalah haven kepada pemancing...Kan?

Sila beri cadangan so that kita boleh bincang sama2 ...

Friday, November 7, 2008

GURUN

Salam...

Bertolak dari Paka kul 9:45 pagi...Destinasi Sg. Petani Kedah. Pas je Kuala Terengganu hujan lebat. Mak ai..kena slow lah. Pas tu hujan henti, pas tu dia start balik.

Aku panik gak sebab aku tak pernah guna jalan tu. Lagi pun depa bagi tau, lepas Jertih, simpang kiri, terus ke Jeli... Di situlah hujan paling lebat masa tu..Simpang tu pulak bukanlah dekat seperti yang di gambarkan..Jauuuhhh jugak. Dapat je simpang aku lega. Berhenti makang nasik ayam kat Macang pas tu sambung journey. Aku ngan cadman aku lah. Tak dan 15 minit mata aku dah tak leh nak buka..Ngantuk gila. Aku pass over steering kat cadman aku dengan warning yang dia tak leh bawa laju.. Dia patuh. Aku pung lena lah. Sedaq je dah sampai Gerik..Lama gak aku lena..

Aku sampai SP, tinggai cadman kat rumah sewa disana dan aku balik Penang. Nak ambik pakaian. Hahaha...

La nie dok belah utara lah sat aku ni. GURUN...here I am...

Wednesday, November 5, 2008

MUSIBAH

Salam semua,

Aku semalam kul 2:45pm bertolak dari KL ke Paka Ganu. Ada kerja sikit. Pas tu esok Khamis nak bertolak dari Paka terus ke Gurun untuk site visit.

Sampai Paka lebih kurang 7:45/8:00 camtu lah. Aku pun gi makan ngan Cadman aku tu dan bali rumah. Bawa turun bag je kat rumah, dapat call dari staff2 OPTIMAL yang terbau aku sampai Paka dan ajak keluaq makang2 lagi. Apa nak buat..layang lah. Klienlah katakan. Cakap kat budak2 dirumah tu jangan kunci pintu sebab aku tak bawak kunci.

Sembang pi mai pi mai, kul 1 lebih depa ajak pi kena nasik kukus pulak. Makang lagi. 3am aku balik rumah. Tengok pintu dan grill ternganga. Aku pun pikiaq depa ni aku kata jangan kunci je, siap buka ternganga pintu pulak. Perli ka. Bawa masuk laptop aku, cari beg pakaian aku yang sarat ngan pakaian untuk semunggu tak dak kat hall tu. Aku pun tak nak kacau depa sebab depa dah tidoq, mungkin depa bawa masuk beg aku. Pagi depa bangun aku pun tanya. Depa kata ada beg tu..Cari semua bilik, tak dak. Rupanya pencuri masuk dan angkat beg pakaian aku. Tinggai sehelai sepinggang lah aku la nie. Nasib baik aku ada ambik baju dobi dari KL sebelum mai Paka, tapi cuma sehelai T shirt dan 3 helai jeans. Hampeh...Musibah lagi aku...Uhuk uhuk uhuk..

Sat gi kena gi cari baju lah...

Tuesday, November 4, 2008

STD 6A,,,1971

Salam...

1971..Std 6A..Class teacher Mr Inon Din. Cenge tak dak dah. Sebelum kenai dia yang tulah kita dok pikiaq dulu. Tapi bil dah dia mengajaq, syok pulak rasanya. Fun. Exciting. Tapi ada jugak kawang kita yang mintak tukaq klas sebab tak mau jumpa Mr Inon. Menangis nangis... Siapa dia itu?

Baris yang duduk tu aku boleh ingat rasanya...Dari kiri: Zul something, Lan Pak Noq, Khalid Salleh, Aziz Sattar, Rajan, Chong Nyuk Chong, Fadzilah, Aku, Mr Inon, Ismail Ahmad, Nor Asma, Zul Sudin, Amir, Cheng, Own, Zul Ibrahim, Herjit Singh.

Berdiri dari kiri : Sharehah Salim, Roshita Mansor, Norhayati Ishak, X, Noraini Darus, Tharumambal, X, X, Wan Rohani, Roshidah, X, Luyen, Ku Azlan, Chandran, Choon Thean, Nazri, Zul something, Ahmad Suhaimi, Madud, Hasaza, Halim, Nor Jasman.

Kalau salah tolong betulkan. Yang X tu kira aku dah lupa lah.

Sunday, November 2, 2008

FULLMOON PARTY


Assalammualaikum. Alang-alang Dz minta cadangan, teringin lah nak kemukakan hasrat yang tersirat. Itu pun kalau ada yang sudi membaca. Tahun depan genap lah kita semua separoh abad kot. So kalau sudi mai lah kita buat sesuatu yang different sikit. I suggest kita adakan "PICNIC OVER NIGHT IN PANTAI MERDEKA. " Kalau ada yang sokong and interested kita sembang lagi. Janji kali ini family kita pun boleh "BERGUMBIRA BERSAMA" Apa kata kawan-kawan. I TUNGGU respond from you all OK. Till then WASSALAM.

Itu adalah satu cadangan dari pada Puan Sharehah Salim yang di postkan kat Forum. Mungkin ramai yang tak tau nak klik kat mana nak cari forum jadi aku pastekan kat sini. Actually aku setuju sangat ngan cadangan ni. Although tempat tu kita boleh bincang later, tapi idea dia tu yang mahai.

Pada pandangan aku lah, kita bukan nak buat benda ni dengan kelam kabut. Kita nak buat ni tahun depan dimana kebanyakkan daripada kita akan mencecah the big FIVE-O. Bagi yang dah mencecah pun, jangan lah rasa terpinggir. Ini group kita ma...gang kita maa..

Ada jugak kawang yang dah 50 tapi mengata aku naik kapal terbang murah sebab aku ni warga emas..Hahahaha..aku tak kisah. Aku baru je burstday...Belum 50 lagi..Banyak hari lagi..

Kita buat survey lah dan kita akan bincang selanjutnya. Bagi yang ada cadangan lain2 pun, jangan malu dan segan. Kita open to all...Lets have a fullmoon party by the beach.

ALUMNI SMJ


Salam...

Hahaaha..Tu dia gang dah mula masuk shoutbox dah. Mengingatkan aku tentang Gathering Alumni malam ni. Kelab Shah Alam. 8mlm. RM40/=.

Jadi sesiapa yang nak hadir, jangan lah berlengah. Silakan lah. Tiket boleh beli depan pintu...hahahaha...

ALUMNI SEKOLAH MENENGAH JITRA

MAJLIS MAKAN MALAM
DI KELAB SHAH ALAM
2HB NOVEMBER 2008
RM40/= SEORANG
CONTACT PERSON : 0123168555 (AZIZ SATTAR)
SEMUA YANG BERSANGKUT PAUT ADALAH DIJEMPUT.
SEGALA PEMBAYARAN BOLEH DIJELASKAN DIPINTU MASUK MAJLIS.

Saturday, November 1, 2008

SEMBANG ONLINE

Salam...

Jitraguy quite active masuk blog la nie..Dok mampuih kat CC tiap hari lah tu...-hahahaha.

Aku dah masukkan shout box kat sebelah kanan tu yang aku namakan SEMBANG ONLINE. Kalau hampa rasa nak berkomen ke nak saja2 kata apa2 pun masukkan je lah.

1. Kat NAME tu, masukkan nama. Apa sajalah.
2. Column WEBSITE tu boleh tinggai sekiranya tak dak website.
3. MESSAGE = Hampa masukkan lah apa yang nak kata. Lepas taip "enter" je. Boleh semua orang tengok dan interact.

Cuba cuba lah...