Tuesday, December 29, 2009
D'Zambri @ D' Kelubi
Salam....
26hb Disember, ulang tahun Tsunami yg ke 4 ke 5 ke..den dah lupo. Tapi yang aku ingat 26/12/2009 adalah hari yang bersejarah kerana adanya perhimpunan yang di ideakan oleh Mat Saman. Satu usaha yang murni.
Hari 25hb tu aku terkezut juga bila barang yang sepatutnya dihantar oleh pemandu Bas Express tiba2 muncul mukanya macam Madud kat depan kedai aku kat Pesta...Hehehe..Rupanya Madud sendiri mai ke Penang.
Malam tu Madud lepak kat Penang lah. Pagi2 26hb tu walaupun Madud set kan alarm kat phone dia, tapi aku yang dengaq. Dia dah menereloh sakan. Aku ketuk pintu bilik dia pun dia tak jaga jugak. Last2 aku kena call hp dia baru dia sedaq.
Ambik Kamal kat Bagan, teruih pi Aloq Staq. Oleh kerana Pak aku nak pi bank dan sebagainya, aku tinggai lah depa dua org ni kat kedai kopi di Lorong Panglima, atas request Madud. Tup tup Mazlee mai ambik depa dan bawak depa pi Kelubi dolu. Aku pun kontek Fazie dan kami pi bersama.
Sesampainya aku disana, aku cari Mat Saman dulu sebab ini adalah kali pertama aku berjumpa ngan dia. Senang kenai dia sebab janggut dan jambang dia tu dah jadi cam trademark pada aku lah. Yg lain daripada Mat Saman ngan Mazlee, maksud aku gang2 senior kita ni cuma nampak familiar lah tapi nama langsung tak ingat. Terdapat jugak lah gang2 "Berlagak", seperti Nordin Ahmad, Madud, Kamal, Mat Lazim, Zubir, Razak, Fatimah Zahrin, Fadzilah, Roshita dan Hjh Norhayati Ishak.
Tempat cantik, walaupun lacking sikit on the maintenance side of it, tapi kira ok lah tu. Agenda pertama adalah mendaftar. Bayaq duit dan dapat lah aturcara serta no bertuah untuk cabutan bertuah. Adalah jugak visi dan misi yang Mat sarankan untuk menubuh persatuan. Idea yang noble sekali. Tak dapat tidak, rasa cam pi seminar pulak..Hehehe...TQ Fazie kerana bayaq untuk aku..
Lepaih semua pakat sampai, gambaq beramai2 di jalankan. Satu idea yang baguih sungguh sebab kalu tunggu last sekali memang tak ramai yang tunggu sampai habih. Termasuk aku. Yang sebenaqnya bukan niat aku untuk belah awai, tetapi keadaan tak mengizinkan.
Aku jugak terkejut beruk bila tengok aturcara majlis yang tertera nama2 urusetia dimana ada nama D' Zambri Abdul Rahman dengan no. telefon yang sama ngan no aku...Hahaha, langsung aku tak tau menahu. Ni semua kerja Mazlee lah ni. Nama Kamal pun ada. Bila aku tanya Mazlee apa perlu dibuat, dia kata, "Aku nak hang duduk je di situ"..ada ka?
Bau ikan bakaq dah menusuk hidung. Masih lagi depa tak jemput makang pung..Adus lapaq. Lapaq bukan pasai perut kosong tetapi bau tu yang membuka selera. Bila depa announce je makanan dah ready dan di jemput semua makan, aku tak bagi chance dah. Gulai daging ada, ikan keli dan pari bakaq pun ada. Ulam ulaman..Sambai belacan diaaa...puh..walaupun nampak cayaq sebab blender, tapi rasa dia..Ammaa...Best betui. Madud macam selalu lah..Tamak..ambik ikan banyak2..Hahahaha..dia nak makan untuk keesokkan hari sama. Aku dah habis makan, teringat pulak pari bakaq belum makan. Bangkit seround lagi, dan masa ni lah aku bertembung ngan Azmi. Dia bertanya.." Ni DZ ke?"..Aku pun mengiakan soalannya. "Dah agak dah..." sambungnya lagi. Selamat berkenalan Mi.
Lepaih makan depa buat sessi suaikenal. Sorang2 naik bercerita. 2 org terawal tu bercakap lama dan MC (Che Man) mensarankan hanya 2 minit dibenarkan sebab program lain banyak lagi. Tup2..telepon aku berbunyi. Yang call aku tu pun, bukannya dok jauh, lebih kurang 20 kaki dari meja aku je. "Hang mai tang ni sat", Ta kata. Aku pun pi lah..Wanita dan lelaki diasingkan tempat duduk atau memang terjadi ngan sendirinya aku pun tak perasan.
Meja yang aku pi tu ada Ta, Yati, Fazie, Ain ngan sorang lagi yang aku tak kenai. Rupanya Ta dah naik gabra bila orang dok naik memperkenalkan diri masing2 dan suruh aku bercakap bagi pihak depa semua. Terdahulu, Mat Saman ada menyebut tentang kisah lama dulu dimana terdapat jurang antara form dan tingkatan dan juga menyatakan secara berseloroh yang gang form ni dikatakan berlagak walhal gang tingkatan ni sedikit koro...
Aku pun pi kat rostrum dan bagi salam. "Nama saya Dzamri Abdul Rahman...blah blah blah.. Saya mewakili gang2 yang berlagak...bla bla bla..." Pas tu aku panggil semua gang yang berlagak kedepan dan introduce semua one by one.
Tepat kul 3 aku dah kena blah sebab nak rush balik ke Penang..Buka kedai bro..Tiap org diberikan bag yang tertera perjumpaan hari itu berserts ngan baulu sebijik, peneram sebungkuih ngan coklat. Rasa cam pi makan kenduri pulak..Hahhaa..
Walau camanapun, aku mengucapkan jutaan terima kaseh kepada AJK yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)