Monday, September 22, 2008

HARI 23...

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Baru boleh online balik setelah lepas satu masaalah mai pulak lagi satu, jadi haru biru dah. Aku pun dah lama sangat tak melalut kat sini rasa aku. Pas streamyx ok, laptop kena attack pulak, sampai tak leh nak access blog langsung. Tapi tak kisah lah tu.

Apa habaq semua yang dok berpuasa bulan ni. Tak dak yang gastrik ke? Kalau ada lagi yang dok gastrik tu, pi potong buang lah intestin tu..

La nie semua dok kelam kabut shopping lah gamaknya. Yang anak kecik2 lagi, tentu sibuk beli belah, yang ada cucu pung sibuk gak dok beli baju..hehehe.

Masih ada lagi ka yang dok bertengkaq nak balik kampung mana tahun ni? Mesti ada punya. Itulah yang membuatkan sambutan tu lebih bermakna. Pertengkaran nak balik mana?

Kita la nie tengah dok melalui satu situasi politik yang pelik, yang tak pernah sesiapa pun lalui sebelum ini. Untung bagi kita yang hidup di era ni. La nie semua orang dok tertanya2, jadikah Anwar take over? Tetapi leave it to him untuk buat excuse dia. Dia cekap...

Sorang dok tergedik2 nak jadi Menteri, walhal penyandang kuasa tak juga mau bagi laluan. Yang tergedik tu sanggup buat apa saja untuk mencapai cita2, walaupun terpaksa masuk pintu belakang.

Hak yang dok ada pula terlalu telus sampai ter- de- ghe-luiiihhh. Sampai tak leh nak kata apa dah. Orang dah tak hormat. Kesian jugak dia tu..Ini lah politik..

Semalam aku ngan Koden jumpa kat Makbul, selepas tarawih. Aku terus bersahur kat situ kul 1 lebih. Tak dak benda yang interesting sangat nak cerita pun.

Nantilah cerita lagi. Banyak setting nak kena buat kat laptop ni lepaih format.

Cheerio..CU..