Salam..
Adus..nampaknya benar lah telahan aku..Cheh cheh cheh..telahan tuu.. Memang ramai gak yang melatah nampaknya. Kadang2 aku terasa macam apa yang aku tulih ni tak dibaca dengan sepenuhnya. Sebenaqnya apa yang aku boh kat situ aku harap mendapat feedback, mendapat cadangan yang lebih bernas, bagi persetujuan atau pun bangkangan. Program yang aku letakkan kat situ pun hanyalah cadangan sahaja. Kita ada blog ni untuk kita semua pakat2 berbincang dengan elok dan bermuzakkarah. Tapi nampak gaya, semua pakat dok tikam sana, sini. Aku pun sedih jugak bila terjadi sebegitu. Betuilah nampak gaya, ada yang mengharapkan sangat agar ada orang yang bayaq untuk depa dan depa mai macam makan kenduri. Kalau suka bagi RM10, kalau tak bagi je RM2. Majlis ni majlis kita. Kita yang sama2 nak meraikan. Kita jugak lah yang nak memeriahkan. Jadi sama2 lah kita "tong tong" untuk menjayakannya.
Aku bukan nak suruh pinggirkan yang tak mampu. Kalau dah rasa ramai yang tak mampu, cadangkanlah untuk buat di tempat yang lebih mampu untuk semua. Aku ni tak kisah tang mana pun. Aku rasa ramai jugak kawan2 di KL yang teringin sangat nak balik Kedah dan berholiday ngan kawan2 lama. Cadangan yang terdahulu kata nak buat family day tak jadi..tak materialise, jadi aku ambik kesempatan ini untuk cuba menjayakannya. Tapi, tak tau lah..nampak cam bleak je..
Bukan aku nak minta semua orang untuk tidoq sana. Kalau nak tidoq, kita boleh kira bilik. Kalau gang dari Kedah rasa tak berbaloi nak tidoq, depa boleh balik lepas majlis. Kalau yang mai dari jauh, takkan nak balik kut. Kalau buat kat Shah Alam pun serupa tu lah jugak. Gang KL mesti balik kerumah masing2. Yang mai dari jauh, takkan nak balik tengah2 malam.
Ada jugak yang kata pasai apa nak buat malam. Siang pun boleh gak. Betui..aku setuju. Memang siang pun boleh gak. Kalau dah ramai yang nak buat disiang hari, aku ikut je lah. Takkan aku sorang nak mai malam2 dan celebrate sorang2..Kan? Reason aku buat malam ni sebab aku rasa, kita boleh lah pakat2 berkumpul ramai2 dan bersembang2 tanpa gangguan. Lepas Isyak tu, dah kira free dah semuanya. Kalau siang ni, mungkin waktu kita terhad sikit. Banyak perkara yang perlu dilakukan disiang hari. Lagi pun lebih romantik bila buat malam. Cuaca sejuk, tepi pantai pulak tu..
Cadangan kawan lama tu pun aku amat setuju sekali. Cadangan Fazie yang nampak macam merajuk sikit bila TAL18 tarik balik sponsorship dia. Apa ke hai nye?
Ok lah lagi sekali aku nak betulkan lah cadangan aku sekiranya hampa atau Fazie rasa tak betui.
Check in kul 2 petang tu adalah untuk orang yang nak bermalam disitu. Majlis kita akan bermula lepas Isyak. Mai awai pun boleh sembahyang disitu. Tak dak masaalah.
Sebab yang aku setuju sangat nak buat sebelah Kedah ni agar ramai gang yang dok belah sini boleh join. Kalau buat kat KL tu, tak ramai gang Kedah yang akan hadir. Hardcore je yang akan hadir.
Pikiaq lah tengok dan bagi cadangan. Kalu jadi pun jadi lah, kalau tak jadi pun, aku rasa kami yang memulakan idea ni akan buat juga dimana2. Mungkin 4/5 orang kami saja ka?
Apa sekali pun, aku berharap sangat agar BB50 ni boleh diadakan dengan meriah sekali...
WASSALAM
ps: Disini aku masukkan email yang aku terima dari TAL18..
Salam semua kawan kawan
Disini aku sedikit mau perjelaskan tujuan BB50 dibuat mengikut pandangan aku.Tujuan BB50 dibuat adalah untuk sama sama ulangtahun kita beramai ramai mengngatkan nostalgia kita masa budak budak dulu.Disini juga untuk mengikat kembali silaturahim sesama kita.Disini juga untuk mengukur kesetiakawanan masing masing terhadapa kawan kawan yg ada.
Tahun ini kita semua sudah berumur 50 tahun.Mungkin selepas ini entah kita sempat jumpa lagi atau tidak belum kita tahu lagi,mungkin ada diantara kita sudah kembali menghadap Allah yg Maha Esa.Bila masuk usia 50 banyak juga kesihatan mula terganggu.Kalau kita sempat berjumpa lagi Alhamdulillah,Allah memperjangkan usia kita.Jadi apalah kiranya kita sama sama berjumpa dgn waktu yg panjang.Kita sama sama lupakan tugas seketika untuk berkumpul sama sama.
Kalau diukur berapalah yg kita keluar demi bersama sama kawan kawan yg ada.Jika Cik Fazie menghasud kawan kawan yg lain,demi wang yg begitu saya rasa cukup tidak logik.Tapi bagi yg rasa BB50 ini buang masa saja lupakan saja hal ini.Namun kami beberapa orang akan tetap meneruskan rancangan ini.Kalau nak ikut sibuk,semua orang sibuk,dgn tanggung jawab masing masing.
Cuma ini kita luangkan sedikit masa demi bersama sama kawan yg ada.Sebenarnya mahu dibuat dimana pun tak kisah,Cuma dibuat diPantai Merdeka ini,untuk mengingat kita kembali masa budak budak dulu,pi rombongan dan dulu waktu sekolah tingkatan 4 aku dengan kawan kawan yg lain tak pi sekolah,kami pi Pantai Merdeka,Pukoi 1.30 kami sudah ada lagi distesen bas,macam kami pun balik sekolah juga.
Sekarang terpulang kepada masing masing untuk buat keputusannya…Terima kasih