Sunday, January 4, 2009
TAHUN BARU
Salam semua...
Sunyi sepi je kan tahun 2009 ni. Yang ada anak2 bersekolah maka sibuk lah masa ni. Nak hantaq lagi, naka check ngan bas sekolah lagi, potong cerita, sebulan dua ni memang kelam kabut sementara nak menyesuaikan diri. Tambah lah yang baru nak masuk sekolah kan? Ada lagi kah kekawang yang ada nak kecik2 lagi? Yang aku tau Own ada lah.. Jit pun kecik gak lagi, anak dia maksud aku, tapi kalau tak silap dah bersekolah semua.
Kami2 yang lain ni kalau ada pun, cucu2 lah nak masuk sekolah. Hahaha..Tok Wan kena kelam kabut jugak ka? Tak payah lah kut no..Bagi mak bapak depa handle lah pulak..
Mak aku pun dah sampai sini sebab nak tolong jaga anak adik aku yang baru nak masuk Tahun 1. Sementara nak dapat tempat yang tetap untuk jaga dia, jadi terpaksalah Mak aku kena jaga. Lagi pun, cucu ni kesayangan dia la nie...Pompuan sorang je dia nie..
Aku dah jadi macam ada writers block la nie.. tak dak idea nak berceloteh. Taip je sikit, hilang idea. Tak tau apa nak kata.
Gang Jitra ada bertanyakan keadaan Madud. Aku pun cerita lah seadanya. Depa pun khusyuklah mendengaq. Ada yang heran pasai apa Madud tak leh jadi terkenal ngan kerja dia sebab dia ni di takrifkan sebagai anatara pioneer dalam bidang glass art ni..Well Madud je lah yang boleh jawab soalan camtu.
La nie kawang2 semua dok tanya pulak sapa2 yang dok tak mau boh nama bila komen atau pun shout. Aku amat teruja sekali. Syok lah aku sebab ada backing.
Untuk menjernihkan suasana...
1. Hampa jangan terkezut klu ada salji dok turun dalam blog sebab aku saja boh snow effect.
2. Gambaq hati yang di panah tu adalah sebagai menyokong bloggers kebanyakkan nya yang tak setuju sekiranya IJN di ambik alih oleh Sime Darby. Nothing political. Setakat menyatakan sokongan saja.
Gambaq hati tu aku takut Own salah anggap, dan dia akan perli aku pulak..hahahaha....
Actually 16hb November hari tu genaplah umoq blog ni setahun. Aku pun lupa nak war war. Kira 1st birthday dia aku sendiri pun lupa nak celebrate. You all has played a very big part in making it grow gracefully.
Kalau setahun jagung, kira baru boleh berjalan2 jatuh lah. Masih banyak yang boleh dibuat, masih banyak yang boleh dicapai dan masih banyak kawan2 yang tak ambik pot langsung untuk masuk bergebang. Tapi aku tak kisah lah. As long as ada jugak kekawan yang dok jengok, kira ok lah aku ni. Tiap kali ada komen dan ada orang shout, aku senyum gembira...
THANK YOU ALL FOR YOUR SUPPORT.....
WASSALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)