Wednesday, May 20, 2009

DEPOSIT PAID

Salam semua..

Aku dah pun buat pengesahan dan telah pun membayar deposit sebanyak RM1000/= untuk majlis BB50 kita yang dijangkakan akan berlangsung pada 6hb Jun 2009.

Majlis kita akan bermula dari pukul 3 petang dimana semua jemputan akan mendaftar dan jamuan teh dihidangkan. Aktiviti seperti melawat ke Tanjung Dawai untuk yang ingin kesana shopping beli ikan talang ka, sotong kering ka, ikan pekasam ka atau apa apa aje lah. Dalam perjalanan keTg Dawai tu, bot jugak boleh bawa melawat kolam kolam ikan..? Betui ka kolam atau sangakaq ikan didalam laut lah kut..Tak tau nak cita camana lah. Tapi dalam laut tu depa buat cam sangkaq dan depa bela ikan kat dalam tu..Macam2 jenih ada..Ikan Yu ngan Paus tak dak sebab sangkaq tak cukup besaq...Bagi yang nak bersantai dan mandi2 pung boleh, nak naik canoe ke, pun ok gak. Kalau yang rasa nak naik pelampung tayar tu pun ada...

Untuk nak mandi bagi yang tak ambik bilik pun no problem. Kita boleh uruskan. Sembahyang pun tak dak masaalah. Jangan lupa, majlis tahlil yang diketuai oleh Madud yang mencadangkannya jugak akan dijalankan. Kudos Madud.

Majlis makan malam ala BBQ akan diadakan selepas Maghrib. Koden akan handle majlis ini seperti selaluna..Kan? Ada games, ada cabutan bertuah, ada hadiah untuk pemenag dan sebagainya lah..

LET's HAVE FUN PEOPLE>>>>"be a kid again for one night?"

WASSALAM