Monday, September 29, 2008

RAYA

Lebuhraya dari KL sampai ke Aloq Setaq nampaknya amatlah licin perjalanannya. Lega. mungkin masih belum full force lagi orang balik kampung.

Aku mula cadang kalau slow moving kat highway, kemungkinan aku boleh singgah kat Ipoh dulu untuk berbuka puasa. Nasi kandaq kat Jln Yang Kalsom...Duuussshhh..Best tu..Hampa check it out. Kedai yang hujung sekali. Dulu dia depan Stn Bas Tg Rambutan..La nie dah tak dak stn bas lagi..

Tapi dah tak dak jam maka aku pun teruih je sampai ke Aloq Setaq. Sempatlah aku berbuka posa ngan parents aku. Actually boleh sampai awai lagi tapi ada polis trafik dok dalam keta aku maka slow lah. 110km/j saja all d way. Insp Siti Naqiah ada sebelah. Letih aku bawak keta. Last2 sampai kat somewhere sebelum Ipoh aku bagi dia bawak dan aku lena. Dia henti kat Bkt Gantang beli buah aku takeover baliklah.

Oklah kita pakat2 melawatlah hari raya esok lusa nanti. Kemungkinan besaq hari raya ketiga aku dah kena balik KL. 1 dan 2 hari raya ada kat A/Staq lah.

BALIK KAMPUNG

Malam kemarin aku meronda ke Chow Kit...lebih kurang kul 12mlm. Astaga...ingat kan senang nak tengok barang tengah malam, sebab semasa siang aku lalu kat situ jam gila, dan jalan depan Maju junction dah di block oleh polis, jam serupa tu jugak. Manusia punyalah ramai. Shopping berjalan rancak. Aku dapatlah park kereta kat depan nasik kandaq Kudu, pastu jalan pi ke tempat orang dok berniaga tu.

Barang kat situ murah dan amat berpatutan walau pun ada baju kurung pompuan yang berharga 3/400 RM. Ronda satu round pastu balik dan bersahur kat Kentucky Fried Chicken di Kota Damansara. Hahaha...cam omputih lah pulak...makan ayam untuk sahur.

Pagi ni, bangun, cuci rumah sikit pack dan terus start journey back to Penang. Sebelum keluaq rumah aku call adik aku dulu yang bercadang nak bertolak balik awai pagi..saja nak tau situasi highway...Dia pun serupa aku gak..baru nak keluaq rumah.

Eventually..kul 2:15 baru bertolak....