Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Gedebuk gedebak..dah nak habis Februari dah.. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Tahun ni tak berapa nak nampak cahaya yg terang benderang lagi..Masih dok nampak cam suam je..Letih jugak memikiorkan.
Tapi apa nak buat kan..Life has to go on. Kemelesetan dah terasa dimana mana. Banyak jugak projek2 yang dok negotiate tetiba je "put on hold". Belanja utk engineering design dah keluaq dah. Kena on hold pulak..Penat , penat..
Apa nak buat lagi nampak gaya kena tunggu ubat kuruskan badan dan cekangkan kulit yang akan keluar tak lama lagi dan kawan kita akan marketkan, setelah buat percubaan ke atas diri sendiri dan aku juga terbabit sebagai bahan kajian. Jangan jadi penyakit sudah lah kan...
Anyway, terjahan THWL nampaknya menaikkan semangat yang lain utk berinteraksi. Itu satu perkembangan yang sihat. Aku tau ramai jugak yg dok baca blog ni, kebanyakkan nya kawan2 lah. Aku juga berpendapat bahawa ramai jugak yang suka dok diam dan baca saja, tak mau nak menjampok dan bersembang. Pasai tu lah asyik dok tengok gang2 tu je yang masuk.
Aku rasa macam nak relax 2/3 hari dan nak bukakan ruang posting ni utk sesiapa saja yang rasa ada benda nak disampaikan, atau ada cerita yang nak dihebahkan atau apa apa sajalah. Caranya amat senang sekali...
1. Masuk dalam komen dan buatkan cerita apa2 pun. Aku akan pastekan ke laman utama sebagai satu posting yang baru. Tapi make sure/pastikan ada lah pengenalan diri.
ATAU
1. Hantar je kat email aku.. dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa nak merahsiakan diri, nak guna nama pena ka, tapi kena kenalkan diri kat aku lah. Aku akan postkan ke laman utama cita hampa tu dan akan merahsiakan sekiranya penulis ingin merahsiakan diri..
So. amacam? Cuba lah..give it a try. Bukannya susah sangat. Tak dak sekatan tajuk dan sebagainya. Hentam saja bro. Tapi jaga2 lah sikit, jangan sampai ada orang sakit hati dah le.. Yang nak menentukan samada artikel tu lepas ke dak, adalah aku seorang saja..AMACAM?
WASSALAM..