Sunday, May 10, 2009

YM 9:15pm 10/05/09

Salam...

Aku nak ajak hampa yang ingin menyertai perbincangan akhir untuk BB50 ni, untuk berjumpa malam ni di alam siber. Apa kata kita gunakan Yahoo Messenger untuk bertemu dan bincang. Hampa tanyalah anak2 hampa semua camana nak pakai kalau yang belum biasa pakai lah. Address aku darah59@yahoo.com.my.

Lets make it lepas Isyak. 9:15pm, 10hb Mei 2009. Get online...C U guys later...

WASSALAM

OH IBU

Salam...

Masa kecik dulu dan bila masuk sekolah, pas tu sekolah menengah, Hari Lahir, Hari Raya, Raya Cina, Deepavali dan sikit senayak lagi aku tau lah. Bila mai tua sikit dah dengaq macam2 hari pulak. Hari Kekasih, Hari Pekerja, Hari Bapak, Hari Ibu dsb. Pekerja, Mak, Bapak aku rasa lebih kepada pengiktirafan depa lah. Tapi apa yang sepatutnya kita buat pada hari Ibu ni? Hantaq bunga? Bawak keluaq pi makang? Wish them? Aku kekadang termangu kerana tak tau apa patut buat untuk merayakan hari Ibu ini.So, aku ambik keputusan untuk buat dek je lah. Tapi rupanya mak aku pulak yang terasa terpinggir sebab aku tak buat apa2 untuk hari Ibu. Hhhmmm.. Ni semua angkara adik aku kat KL tu lah yang sambut Hari Ibu. Jadi aku terpaksa ikut lah kut.. Mungkin malam ni aku bawak depa keluaq makan kut..Insyaallah.

Kepada yang dah tak de Ibu, pakat2 berdoalah agar rohnya dicucuri rahmat. Pakat buat tahlil lah yang macam "MADUD" sarankan.

Untuk semua ibu ibu...Selamat Menyambut Hari Ibu.


WASSALAM