Monday, May 3, 2010

MIRI

Assalamualaikum....

Tanggal 28hb April, aku ambik flight 10:50am dari Penang ke LCCT. Lepak sana 2/3 jam sementara nak tunggu penerbangan ke MIRI. Sempat lah bermanja ngan anak aku sat. Kul 3ptg terbang lagi. MIRI here I come.

Aku ni jenih suka lena bila travel camni. Aku pun ap lagi, lena lah. Sempat gak tengok dan layan fikiran ngan stewardess kapai tu, pas tu aku sedaq announcement bagi tau dah nak mendarat. Entah aku mengeroh ke dak, tak tau lah. Tapi tempat duduk aku tu tak dak jiran. Aku sorang2.... Kalau bunyi pun nasib lah. Tapi gang artis yang ikut aku tu tak cakap apa pung...

Sampai MIRI , member aku Sufian, dari Jabatan Ukoq mai ambik kat airport. Flight tu dah 2 jam, jadi masing2 dah lapaq. Oh lupa, 3 org pelukis ikut aku dari KL. Sorang lagi dah sampai sehari sebelum. Sufian bawak kami pi kedai Awang Mahyan Cafe...Ingat dak coach bola Sarawak tahun 80an dulu? Haaa kedai dia lah. Dia ni lah yang memeperkenalkan slogan NGAP SAYOT. Tapi alhamdulillah masa tu negeri kita Kedah berjaya balun depa. Kedah top gila masa tu kan?


Aku order Nasik Lalapan Ayam. Last time aku mai dulu tak sempat aku nak makan hidangan ni. Jadi kali ni aku mesti nak rasa. Best gak. Nasi, sayoq rebus ngan ayam goreng+ sambal. Sedap gak. Tapi tak dak lah nak dapat makanan murah macam kat Gurun ka, Loq Staq ka...

Gambaq kat sebelah ni adalah Nasi Lalapan Keli yang aku makan keesokkan harinya.. Hahaha. Da sangkut ngan nasik lalapan nampak gaya.

Malam tu lepak kat Bajet Hotel, Rasa Sayang Inn. Cheap and clean. 2 single bed, fridge, TV ada HBO ngan Sports, aircon, toilet kat dalam..RM40 je. Kira ok lah tu...Planning nak cari rumah sewa keesokkan nya. Kluaq kena teh tarik lagi mlm tu, kul 2/3 baru tidoq.. Esok ada appointment ngan Bintang Mega Mall punya exec.

Esok pagi dah jumpa towkay Hotel, mintak discount sebab kata nk duduk 1 bulan, dia potong klah sikit dan bagi beberapa kebenaran lain, maka kami pun decide to stay put kat situ. Tempat yang nak dituju pun within walking distance je..

29hb setup kat Bintang..sampai ptg gak sebab ada stage yg depa perlu buka. Baru habis ratu cantik katanya..Miss betui lah..

Malam Sufian dah jemput gi makan kat rumah dia. Depa ni org Nogori, siap masak lemak, sambai tumis udang ngan petai, terubuk masin goreng dan sayoq cendawan..Dessert buboq kacang..Mengah aku mentedarah..TQ Pian. Gang artis aku pun semua termengah2 mentedarah.

30hb..1st day. Alhamdulillah..Org Brunei yang ramai melawat ke Bintang Mega Mall ni amatlah teruja ngan lukisan gang aku ni..End of day sale..1K+. Ok lah...

Begitu jugak lah pada hari seterusnya. Sabtu dan Ahad...sales ALHAMDULILLAH...Hari ni Isnin, relax sikit sebab org dah mula bekerja..Itu lah makanya aku dapat berceloteh sini..

Ok lah aku nak chow dolu..

WASSALAM...