Tuesday, June 9, 2009

BB50

Salam semua...

Selesai sudah majlis yang ditunggu tunggu, walaupun kehadirannya tak seberapa, tapi ia tetap berjalan dengan penuh meriah dan bersemangat sekali. 

Koden ngan famili sampai awai sekali. Aku lambat sikit sebab pi ambik anak aku kat B'worth. Pas tu Kamal sampai, pastu Bat, all the way from Kangaq sampai. Huat ngan Tharu menyusul. Madud, Talib dan yg lain2 mula sampai lebih kurang kul 3:30 keatas. 

Khalid Ismail, sampai hanya untuk berjumpa sekejap ngan gang2 yang ada kat situ, walaupun dia sibuk ngan kenduri dan tak dapat nak tunggu lama sebab dia bertugas malam tu. Terima kaseh banyak Lid. Semangat setiakawan kuat jugak mamat nie..

Pelan pelan semua pun pakat sampailah. Bila dah ramai tu tau sajalah..pakat bersembang jenoh. Nazri Zakaria, mai dari Ipoh, khas utk majlis ni. Koden dari KL, Hasaza drive dari Kelantan, pastu balik ke KL, Chong pun mai dari KL, Madud naik bas dari KL, Sharehah ngan Puziah + hubby depa mai dari KL, bermalam di Penang pastu mai bermalam di Pantai Merdeka pulak. Mat Lazin pulak pergi kenduri kat Bandar Baru, pastu balik hantaq anak bini ke Jitra dan mai balik ke MBR, aduh..dahsyat gak driving tu.

Aktiviti petang tu hanyalah makan dan minum ringan pastu ada yang naik bot pergi ke Tg Dawai untuk shopping segala ikan kering dsb. Masa kebanyakkan orang pi Tg Dawai, Ta JPJ sampai. Dekat maghrib, kita semua pun break kejap dari bersembang dan bersedia untuk makan  malam nanti. Majlis tahlil yang Madud suggest nampaknya fizzle out camtu saja bila dia tak konfiden nak imamkan.

8:35pm kita mulakan majlis malam tu. Koden buat ucapan alu aluan tanpa pembesar suara sebab PA system sangkut dalam jam bila nak mai dari Penang. Lepas berucap, semua dijemput makan. Masa ni lah baru PA system ngan Karaoke sampai. Lepas pemasangan sistem, maka majlis pun jalan ngan lancar.

Games yang membuatkan org tua jadi budak kembali at that brief moment memang susah nak digambarkan. Cun habisss...

Mazlee ngan Madud ditugaskan untuk membakaq bunga api malam tu. Aku rasa bunga api tu Kastam rampas kut. Tapi kami berani sikit malam tu sebab Pegawai Bomba ada bersama2 untuk supervise pembakaran tu..hahahaha.

Zubir, Madud, Mazlee dan Koden menyumbangkan lagu. Luckily lagu-lagu tu tak sumbang tetapi sedap didengaq. Madud ngan Jamal Abdillahnya lah dari mula sampai habis, itu yg membuatkan aku segan nak pakai mic tu utk nyanyi..hahahaha. 

Bila sampai upacara nak potong kek, Madud tak dibenarkan meniup lilin oleh sebab2 teknikal yang tak dapat nak dielakkan. Tapi dia diberi penghormatan untuk memotong kek tu. Masa tiup lilin tu rasa best betul lah, sebab semua participate dan semua pakat tiup bersama sama. Cool.

Musical chair pun dimainkan dan ada men ngan women section lagi. Puziah laki bini sapu bersih. Batu tujuh pulak Mazlee yang menag walaupun dia sorang je pompuan yang ambik bahagian..hahaha. kau tak dibenarkan masuk oleh Koden sebab jari aku bengkok. Dia memang siru. Cari duit dalm tepung memang highlight games lah aku rasa. Walaupun aku tak pernah ambik bahagian masa kecik2 dulu untuk game ni, tapi malam tu aku cuba nak menang. Tapi Nazri yang dik sebelah aku tiup tepung sampai penoh atas kepala aku.. Last2 Kamal yang menang. Yang lain jadi tepung gomak je lah..

Mazlee jadi Zombie Kg Pisang apabila dia menyumbangkan lagu dengan muka dipenuhi tepung..hahaha..sporting habissss...

Pas semua beredar, aku, Koden, Kamal, Mazlee dan Chong dok bersembang dan settle akaun sampai kul 2 pagi.

BB50 berjalan ngan jayanya dan aku tak menyesal tolong organise dan aku sekali  lagi nak ucapkan berbnyak banyak Terima kasih pada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan BB50 ni..KUDOS ...

Di bawah ini aku letakkan kad jemputan kahwin yang menerangkan maksudnya yang tersendiri.




Jemputan ni untuk semua kawan2 yang mengenali Mat Lazin. Anda di saman.

WASSALAM