Salam,
Pagi ni aku bangun memang dah dok ingat nak call tanya depa ni semua camana kisah gathering raya yang kata nak buat tu..Tup tup, Koden dah hantaq SMS kata cuma 7 orang yang respon, jadi dia tanya pendapat aku lah. Aku jawab sekiranya nak go ahead we can still do, tapi tak perlu ambik bilik lah. Kita buat je kat restoran tu dan order je lah apa nak makan dan still jemput gang2 non muslim memba kita kat KL ni. Koden jawab balik dia tak berapa nak setuju lah dan nak scrap saja. Aku tak kisah lah camana pun. Kalau kecik kita buat cara kecik itu saja aku punya pandangan.. Kalau buat kat rumah sapa sapa pung ok gak dak? Gah ka? Koden ka? Hasaza ka? Luyen ka? Jit ka? Rajan ka? Ooopps sorry..yang tu kena tunggu lepas 27hb...DEEPAVALI...
La nie asyik dok hujan sajalah kan? Di Kedah pung hujan gak kut? Penang sah dah hujan, siap ngan banjir kilat sekali.
Aku teramatlah boring hari tu pasai tak balik Penang, dan tak tau nak buat apa, aku terpikiaq lah nak exercise sikit dengan berjalan jalan. Pikiaq pi pikiaq mai aku decide nak pi ke Taman Burung sebab area dia besaq dan aku boleh ambik gambaq sekali...Teruja aku bila pikiaq kan burung sebagai model aku...
Aku pung pi lah...Tengah hari dan cuaca dia mendung lah sikit. Tak nampak cam nak hujan lagi. Sampai je dan aku nak gi ambik tiket, tengok harga dia RM39/= per person. Aduh...mahai lah pulak rasa nya...Aku pikiaq dah mai dah, masuk lah. Pi nak ambik tiket, minah yang jaga tu cakap omputih ngan aku. Mungkin sebab aku pakai topi dan bawak kamera kut. "One person sir?"....Aku jawab "Ya".. "Are you Malaysian? Do you have MyKad?"..Aku pun cakap ya dan bawa keluaq lah MyKad aku. Dia senyum dan charge aku RM15 saja. Rupanya RM39 tu harga tourist luaq negeri. Lega rasa. Save banyak tu...
Biasa lah burung je lah kat dalam tu. Ramai tourist dan budak sekolah. Aku pung apa lagi, snap je lah..
Bila sampai satu section tu aku ternampak this couple kat bawah ni...Aku observe lama perangai depa ni dan finally baru aku tau apa depa dok buat...
Depa ni rupanya dok mengawan. So bukan senang nak dapat scene ni, so aku pung snap away lah. At this time jugak a group of school children from Tamil school masuk. Punya lah bising dan havoc. Aku pun tak kisah lah, budak2 kan...Hindu ka, cina ka, melayu ka, semua serupa. Cikgu dia finally mai sebelah aku dan dok observe gak. Cik gu pompuan lah. Aku tak kisah sebab aku cuba nak dapat shot yang cun. Tiba2 aku dengaq dia panggil budak2 dia pi section lain dan dengan suara yang garang nya, " Come out everybody...Go see that side. Don't stop there, walk straight out...Quick, quick...". Aku rasa not right for a teacher to do that lah. Mungkin dia taku nak explain kut kalau budak2 tu tanya dia, sebab burung dua ekoq tu loving sangat nampak...hahahaaha. Bawah ni lah group budak2 tu...
Tapi dalam banyak2 yang aku snap, yang kat bawah ni lah favourite aku... Actually ada dua ekoq hornbill ni, tapi yang sekoq lagi tu dah masuk kedalam "rumah" depa lah kut, jadi yang sekoq lagi dok tunggu kat luaq. Duduk kat tepi tu boleh dengaq bunyi kok kok kok dari dalam "rumah" depa tu....
Ok guys...Take care..WASSALAM...
ps: Dah lepaih tengok gambaq retro, aku boh la gambaq latest ni pulak...