Tuesday, March 24, 2009

DOLU n SEKARANG..

Salam semua..

Terkenang semasa duluuuu...Hatiku terasa rinduuuu...Padamu wahai kasihkuuuu...Hampa semua ingat dak ngan lagu ni..Jangan tanya aku sapa nyanyi sebab aku tak tau...

Hari ni sepagi tadi aku dok melayan kawang2 yang dok melayangkan SMS depa untuk aku tafsirkan atau untuk aku penin kepala lagi adalah. Tapi seeloknya, segala kejanggalan yang terjadi akan selesai dengan eloknya. Insyaallah..Kita ni dah berkenalan dan berkawan sebelum baliaq lagi. Bukannya baru kemarin..Lamaaaaa dolu..

Paling best punya SMS hari ni aku masukkan kat sini :

"Morning Bro..amboi dia(kt) kenen semua org termasuk miang setengah abad...Keep it up bro. Keep de drama coming even though you know who the phantom is...Salam"

SMS diatas dari Mc E..Pagi pagi senawi dia hantaq mai kat aku..Ni pun kaki kaki dok jengok dan sekali sekala jampok. Depa lebih suka gelak sorang2, dan for Mc E, dia mungkin lost sikit ngan perbincangan kita sebab dia berpisah ngan kita lepas Std 6. Jadi after 1971, dia dapat set of friends yang baru. Aku pun mujoq lah dok SMJ sampai 74, kalau tidak aku pun jadi Mc E gak. Mc E ada gak kata yang dia tak dan nak digest semua..only bits and pieces. Thanx bro..

Yang best nya, Fazie tiap kali ada nama baru dalam komen mesti dia nak tunjuk pandai dengan pin pointing sapa dia orang tu. Yang dia kata Hamsan tu betui ke..Kuda Pencen? Sumpah aku tak kenai Fazie oi sapa dia ni. Tapi SNQ dia kenal pilak. Mungkin pasai dia tu tak kenen atau hentam dia kut..hahaha..Actually Fazie juga bertanggung jawab atau terlibat secara langsung dalam memporak perandakan Kg Siber ni...Jom Heboh jadinya...

Madud pulak tak ketinggalan dalam memberi komen2 dia yang kadangkala blur sikit dan kerap kali dia ikut kepala dia saja. Tak miss dia mengiklankan blog dia tu. Masuk2 lah sama hai kawan2 sekelian. Kalu kita tak support dia, sapa lagi..Dia pun bukannya ada orang yang nak berkawan sangat. Member chatting dia ramai lah. Pasai tu dia selalu kat CC. La nie dia dah shout pasai link yang boleh upload video direct, walhal aku bagi tau dah kat dia yang kat blogger ni pun boleh upload direct, tapi dia takkan setuju ngan aku, sebaliknya nak tunjuk yang dia punya lebih baik. Egoistic sungguh org tua ni. Artis lah katakan. Ikut kepala dia je. Ini lah Madud. Juga salah sorang yang menceriakan blog.

Koden adalah orang pertama yang huloq komen dalam blog ni. The very first. Hampa nak tau apa dia kata? Aku recap :
Great start Bro! Tak pa la tara tu. Yang penting hang dah initiate.
Aku nak komen 1- Hasni - Jabatan Perancangan Bandar. Pangkat apa aku pun tak tau. 2- Lim Hong Huat- mai juga. Dulu Mat Maidin panggil taukeh katak. La ni dia dah betoi2 successful Taukeh Mesin2 Berat i.e. Backhoe n sebagai nya. That's all. Aku nak tengok Nadal lwn Gasquet dah. Ciow KODEN

Yang kedua adalah Roshdi atau Dik D...Aku sedih sikit bila cakap pasai dia ni..uhuk uhuk uhuk.. Dia kata kat aku yang start dari hari ni, dia tak mau lagi tengok blog. Nak buang teruih dari sistem dia. Merajuk kat aku ke? Dak lah.. Merajuk ngan keadaan. Aku jawab call dia tengah hari tadi, semasa tu aku kat Jeniang, jumpa ngan sub con yg dok buat civil works kat PFK. Tak yah lah sampai begitu sekali Dik D oi...bawa bersabaq sama..

Depa dua ekoq ni lah dulu yang boleh dok bersembang ngan aku sampai kul 4 pagi. Punya tak habis cerita kami masa tu..Aku tak nak lah renggang..Kan? Kan?

Cheerio guys..aku kena belah dulu, sebab anak aku "order" aku suruh boh duit kat dia. Dia ni punya allowance aku masukkan every Friday, tapi hari ni kereta dia kena clamp kat UiTM masa dia ada class dan terus kena saman. Terbang lah bajet..Tak bagi sat gi lapaq pulak kan? Tapi badab cam dia tu, takat 2 hari tak makan pun tak pa lagi..hehehehe..Gotta go. Anak kena saman pun kita gak nak kena settle..Tapi nak pakai keta? Tengok sat apa dah jadi ngan zaman kita la nie..Dulu totally different kan?

WASSALAM..