Saturday, April 25, 2009

MAJLIS BB50

Salam....

BB50 - Telah sudah aku mengambil kira pendapat kawan2 melalui SMS dan juga perjumpaan yang diadakan di Country Heights, Jenan, petang tadi.

SMS yang aku hantar kepada 5 kawan bertanyakan waktu untuk diadakan majlis berkesudahan dengan 4 menyokong agar diadakan disiang hari. 2 diantaranya cadang agar diadakan petang hingga malam. Jadi dari sini aku terimalah siang hari sebagai waktu majlis. 5 SMS tu adalah kepada Koden, Sharehah, Mazlee, Kamal dan Talib.

Seterusnya aku bercadang untuk brainstorm ngan gang dari Jitra pulak untuk mendapatkan pendapat mereka tentang BB50. Bertempat di Country Heights, Jenan, aku dan Talib berjaya memanggil Hamsan, Non Jalil, Mat Lazim dan Azizan Hussin. Azizan ni adalah sahabat kita yang dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu. Aku yang suruh TAL18 kontek agar kita dapat menyatukan sahabat2 dari SMJ yang berlainan aliran yang sehingga sekarang masih ada gap. Aku nak hapuskan gap itu dan memeriahkan lagi BB50 ini.

Terkezut jugak aku dengan mindset depa ni..Kami bersetuju untuk mengadakannya disebelah petang dan berlanjutan hingga ke malam. Beginilah lebih kurang aturcara untuk hari itu..

TARIKH : 06HB JUN 2009 (SABTU)
TEMPAT: MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA.

JAM : 3 petang.
Hadirin mendaftar dan minum petang.

4 petang.
Aktiviti ringan dijalankan (akan di jelaskan dengan terperinci nanti)

7 petang.
Rehat dan Solat Maghrib.

8 mlm
Jamuan makan Malam(BBQ) bermula serta acara2 yang telah dirancang untuk
memeriahkan majlis ini.

10 mlm
Acara memotong kek menyambut BB50. Acara diteruskan.

Juga diputuskan dalam perbincangan ini ialah, yuran yang dikenakan adalah RM60/= seorang untuk yang dewasa dan RM30/= untuk anak2. 12 tahun kebawah adalah percuma.

Yuran ini adalah untuk minum petang berserta makanan ringan, makan malam(BBQ), aktiviti dan hiburan. Yuran ini TIDAK TERMASUK penginapan. Penginapan adalah bebas. Harga untuk penginapan adalah seperti tertera didalam posting yang terdahulu dalam blog. Atau hampa semua boleh melayari Merdeka Beach Resort website untuk membat booking. Tetapi harga yang didalam website sedikit tinggi dari harga yang di offerkan kepada aku semasa aku dan TAL18 pergi ke MBR untuk membincangkan majlis ini. Aku pun tak keberatan untuk buat booking untuk sesiapa yang ingin bermalam sekiranya ada permintaan.

Yuran hendaklah dimasukkan sebelum 20hb Mei 2009. Akaun no tertera dibawah. Untuk melancarkan lagi, sila telefon pemegang akaun setelah memasukkan wang.

Mazlee Ahmad : 157112134710 MAYBANK (0124231661)
Mudtalib Ismail : 07230003951520 CIMB (0195528966)

Sekiranya perlu keterangan lanjut sila telefon aku..0162180574 atau emai dzamriabdulrahman@gmail.com

Aku harap dengan penjelasan ini maka terhapus sudahlah keraguan dan ketidak tentuan tentang majlis yang keramat ini.

WASSALAM