Ha! Teruja sungguh dah TAL18 tentang trip ke S'wak ni, sampai H1N1 punya cerita pun dia dah keluarkan. Tapi untuk pengetahuan semua, trip tu kita plan bulan 12 ni. Lambat lagi. Mungkin masa tu dah keluaq wabak baru pulak. HaN2 pulak ka? Sapa tau kan. Cadangan mesti di realisasikan dulu. Pas tu kita tengoklah wabak apa yang kita nak kena lawan pulak.
Tadi TAL18 ada singgah breakfast ngan aku kat Gurun ni. Dia on the way ke Penang. Sambil sembang ada gak terkeluaq cerita kisah org mati sana dan sini dan memba yang dok sakit camtu camni. Memang begitulah cycle dia atau pun putaran hidup kita. Dah berumoq, mula lah peralatan karat sana sini dan tidak berfungsi ngan betul. Maintenance kena buat selalu.
Terpikiaq jugak apa kata kita pakat pikiaq kut2 boleh buat cam khariat kematian ke atau apa2 ke. Kecik2 lah. Cari gang dan kita buat satu grup. Sebulan RM20/= ke.. Bukan banyak mana pun. Dapat 10 orang pun dah kira RM200/= sebulan. Setahun mai dah RM2400/=. Boleh gak kita nak buat amal sikit sebanyak sana sini kan? Buat moreh ka bulan ramadan nanti. Buat kebajikan lah cerita nya. Amacam?
Sapa nak jaga tu semua? Ini lah soalan paling best dan yang akan terpacul dari mulut ramai. Sekiranya tak formal sangat, aku tak kisah handle benda ni. Tetapi kalau dah keahlian jadi ramai, kita ada kawan yang dah pencen dan memang handal dalam hal2 sebegini. Dia pun aku rasa tak kisah. Insyaallah. Buat amal. Amacam? Amacam?
Aku teringin sangat nak feedback dari hampa semua. Setuju ka, tak mau ka, tak percaya ka dan apa2 sajalah.
Mai kita undi kat sebelah tu..Kalau dapat sepuloh orang setuju je, aku jalan.. La nie dah ada 2. Pencadang dan penyokong. Aku ngan TAL18.
WASSALAM