Saturday, March 7, 2009

L.C.E


Salam semua..

Gambaq sebelah ni menunjukkan speed limit kat dalam Petronas Fertilizer Kedah. Hampa takkan jumpa kat tempat lain yg ada camni, rasa aku. Dulu 20km/h, tapi sejak tukaq nakhoda ni, dia minus 0.1km/h lagi menjadikan ia 19.9. Tapi aku kayuh basikal laju lagi pada ni. Nasib baik tak dak speed trap dalam tu, klu tidak dah kena saman lah..hahahaha.

Alahai, pagi ni aku tengok THWL ada komen tentang cerita yang aku minta hampa buat tu, dia cadangkan agar hampa semua cerita kisah2 sekolah dulu. Reason dia, sebab dia kata semalam dia tengok lawak Nabil dan dia terasa apa yang Nabil buat tu memang kena batang hidung dia semasa dia di sekolah dulu. Harap2 dia boleh memulakan cerita2 tu...

Aku pun ada kisah gak masa dok ambik LCE dulu. Member sebelah aku ni dok suit suit kat aku tanya jawapan, aku ni pulak seriau kena tangkap. Bukan tak mau tolong, tapi seriau sangat2. Aku pun pikiaq lah camana nak tolong kawan ni kan. So dapat satu idea, aku letak jawapan tu kat tepi meja, supaya dia boleh tengok. Dia ni pun, bila aku buat camtu, dia siap panjangkan tengkok dia untuk tengok jawapan. Aku pun buat2 lah macam dok baca soalan. Tiba2 aku dengaq "KUK", kepala sudah kena luku daaa..Dia yang panjangkan tengkok kena, aku yang letak kertas jawapan kat tepi meja pun kena..Aduh..Panik gila aku, takut dibatalkan..Rasa nak kencing semua cukup. Nasib baik lah aku dapat result penoh. Tak dak lah kena gantung ke apa ke..Memba yang tiru aku tu la nie dah kaya raya..Memang dia ni oppotunist.

WASSALAM