Friday, October 2, 2009

3hb Oktober 2009

Assalamualaikum...

Memang lama sungguh aku tak berceloteh disini. Sibuk hang kata. Nak cerita pun susah kat sini.. Okay..Perkara pertama yang aku nak sentuh adalah tentang Kiambang Bertaut yang akan diadakan oleh Pro Tem Comm Alumra bertempat di Kelab Shah Alam Selangor Darul Ehsan pada 3hb. Oktober 2009, jam 8 malam. Harga satu kepala RM30/=. Jemputan adalah terbuka kepada semua warga Jitra...

Alumra ni agaknya adalah Alumni Jitra lah kut. Kawan yang "menyumbangkan" nama Alumra ni dengan bangganya suruh aku ceritakan kepada semua warga blog ni bahawa nama tu, dialah yang cadangkan. Dan dia tu pun aku rasa hampa semua kenai. If u put 2 n 2 together, you'll get the answer.

Walau bagaimanapun, tujuan utama perhimpunan 3hb ni adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut kepada seramai yang boleh tentang hala tuju Alumra ni dan kepad yang hadir untuk menyebarkan berita ni kepada yang tak dapat hadir..kan? Aku pun dah naik konpius ngan apa yang aku tulih..hehehehe.

So, berapa ramaikah warga 59ers ni yang akan hadir? Yang aku dapat feedback tadi dari Kamal bahawasanya bas rombongan yang sepatutnya bergerak dari Utara ke Shah Alam telah dibatalkan oleh kerana tiada sambutan, walaupun aku dengaq ada OKB yang bukan TAL18 yang akan taja trip tu.Apa dah jadi..ha? Mungkin masih ramai yang letih menyambut Aidilfitri kut...

Kamal ada call tadi, semasa aku ada kat Bukit Gantang kut, on the way back ke Penang dari Shah Alam. Katanya dia ngan Mazlee akan bertolak pada hari 3hb tu dari B'worth. Tapi Lee akan confirm pada hari ni, samada jadik atau tidak. Pas tu depa nak balik selepas majlis tu. Hectic tu aku rasa. Letih. Tapi semangat tu aku puji sangat. Kata dia lagi, Ta mungkin akan singgah sebab pada 3hb ni dia akan bertolak dari Johor ke Kedah dan insyaallah akan singgah di Shah Alam. Tiap kali ada function je..Ta ni mesti ada apa2 agenda dia tersendiri..kan? Hampa realise tak? Coincidence??

Sebelum aku bertolak ke KL pada hari Jumaat sudah...Fazie ada call dan dia pun dah kompom nak pi jugak...Busuk2 pun kita kena penuhkan satu meja.. Tu baru tunjuk sokongan dan semangat..

So...Jangan ketinggalan..Kita jumpa disana..disana..disana..Insyaallah.


Kameraman : Attaturk
Sinopsis : Raya kedua di rumah Fazie.

WASSALAM...