Friday, February 20, 2009

LABU LABI n HJ BAKHIL

Salam semua...

Aku yang sebenaqnya tak tau apa yang dah transpired sehingga terjadi nya "bickering" antara kawang2 semua. Tetapi bila aku tengok nama2 yang terbabit, with the exception of Fazie, aku tak kisah langsung dah. Sebabnya, cakap2 macam ni lah yang dok buat gang2 terbabit ni mesra. "Lepa" semua ni bukan boleh cakap elok2 lama sangat. Yang aku tau, cuma dalam blog ni saja yang depa dok cakap elok, tapi la nie depa dah dok tembak sana sini, kira ok lah tu. Ini lah senario sebenaq bila kami berjumpa face to face. Tapi aku tau deep down, kami amat menyayangi antara satu sama lain. Kalau tak dak feeling gitu, kita tak akan nak ambik tahu langsung sakit demam member ka, memba susah ka, memba senang ka, memba menikah lagi satu ka dan sebagainya lah. Hahahaha...aku sayang kat hampa semua..

Cerita Labu Labi ni dah lama keluaq actually. Boleh lah disamakan Labu tu akulah kut, sebab debab sikit kan..Labi tu Koden lah, sebab iras2 Labi memang ada kat dia pun. Tapi jangan lupa, Labu dan Labi takkan boleh complete cita dia kalau watak utama Hj Bakhil tak dak. Paling sesuai dan bertepatan Dik D lah...Lumrahnya, Labu Labi akan mengata kat Hj Bakhil lah. Kadang2 Labu Labi berkelahi jugak bila mai masa berebut Manisah. Tapi sat saja, dah kena cerok ayaq je, jagalah depa dari mimpi tu..Hahahahaa..

Ni lah aku rasa kemesraan yang tak boleh dapat ngan orang lain. Maksud aku, bila kita bersekolah sekali dari kecik, bonding kita ni lain sebenaqnya. Walu pun 30 tahun tak jumpa, tapi kita masih boleh rapat, boleh dok bersembang sampai kul 2/3 pagi. Tak habis topik. Chong yang 38 tahun tak jumpa, lepas bersembang kat Pelita hari tu, keesokkan harinya dia mai pulak ke Shah Alam, siap kami sambung lagi sampai tengah malam. Hampa tau dak yang Chong ni boleh menyanyi? Karaoke dia ngan aku kat Kelab Shah Alam hari tu. Actually utk pengetahuan Labi, lagu time2 kita dulu Chong boleh ikut...hahahaha.

Cheerio..As solat..

WASSALAM

2 comments:

DIK DI said...

Hoi Labu,
Hang pandai betoi,Tak dak org la yg tera mcm hang. Labi tak tgk lagi ni. Kalau dia tgk nanti ada saja yg dia nak pekena kat Hj Bakhil pulak.Hj Bakhil ni tak kesah tapi jangan bagi dia "LESING" dah la!!!.

madud said...

msg aku tuju kat chong nyuk chong hang dah sampaikan ka belom?