Salam semua...
Aku dah sampai balik ke SP setelah bersama Dik D tadi pi Jitra. Trip balik was cool...Sampai je kat rumah start lah aku interrogate gang2 aku tentang kerja depa hari ni dan sebagainya lah.. Pas tu start buka blog dan jawab pertuduhan yang telah ditujukan pada aku dengan sewenang wenangnya, tanpa bukti yang nyata, sedap mulut je orang kata, term baru lanie mulut tak dak insuran. Aku sanggup dihadapkan ke Mahkamah Sivil atau pun Syariah untuk menjelaskannya..Amacam Fazie..Ready to be sued?..Hahahaha..
Tetiba aku terima SMS yg berbunyi begini..."Salam. Refer CITALAH LAGI. Aku post artikel SELUAR KHAKIS BERKANJI..." dari KUDA TUA.
SELUAR KHAKIS BERKANJI Selepas mandi dan bersiap untuk keluar berurusan, ana pun ambil baju dan seluar untuk dipakai. Kebetulan anak ana sudah iron seluar Khakis untuk ana pakai. Dan ana pun pakailah seluar yang telah disediakan itu. Dalam sesak2 jam di KL ini, ana mengelamun tentang fesyen seluar yg kita telah lalui. Straight cut, boot cut, bell bottom, baggy dan yankee tight. Semua tu dah kita lalui. Masa Form 5, Omaq Shaifuddin, Kamal dan Eop Din Kerap adalah diantara yang pakai bell bottom besar dan sapu sampah sekali, pastinya di samping budak2 Sarawak yg seolah-olah mendapat "tajaan" syarikat nila. Tapi ana lebih teruja kepada lamunan ke zaman SATS. Zaman seluar pendek khakis berkanji. Zaman 1 dalam 30 saja yang memakai seluar dalam. Seluar pendek khakis berkanji ni mampu berdiri jika ditinggalkan selepas ditanggal. Yes! Memang seluarnya keras sekali. Aduh! Bayangkan lah kesengsaraan memakai seluar itu dihari pertamadibuka dari lipatan. Kalau ingatan ana masih tidak kabur sangat, Madud, McE, Loceng dan Own pun senasib dgn ana yg pakai seluar khakis berkanji semasa Std 2-4. Boleh kongsi pengalaman bro2 sekelian tentang pengalaman berseluar pendek khakis berkanji? Sis2 pun ada juga yg pengalaman uniform khakis berkanji ni So apalah kiranya kita "LET THE GOOD OLD TIMES ROLL". Nostalgia semua ni. Terkenang semasa duluuuu...Hatiku terasa rinduuu...
Gambaq yang aku post kat atas tu diambik kat highway tadilah. Pokok tu cantik dengan bunga nya yg sungguh menawan. Merata rata kita tengok pokok jenis ni yang berbunga musim ni. Kat Penang lagi banyak dan sungguh menarik, siap masuk artikel kisah pokok2 ni dalam The Star.
Ada satu blog yang aku tolong siapkan utk kawan aku, Manggis, kartunis Ujang dulu. Dia ni baru nak berjinak ngan komputer dan ingin mempamerkan hasil karya dia ke mata dunia. Cuma first posting ni belum cukup material lagi untuk dipamerkan. Once gambar2 artwork dia dapat aku capture, the blog will start to sell the product... Check it out..Manggisart.
WASSALAM...