Tuesday, April 28, 2009

SERIUS LAH..



Salam...

Hening ka, sunyi ka, senyap ka, kelam ka... RM utk BB50 jgn di lupain. Confirmation pun perlu gak. Kalu tidak, jenuh gak nanti nak pi perbetui kat MBR.

Kalau boleh, budaya last minit ni kita buangkan lah. Sebabnya, ia amat menyusahkan penganjur. Susah untuk tentukan berapa yang nak mai, susah nak tentukan berapa duit dah ada dalam karung, susah untuk plan dan susah untuk buat segalanya lah.

Budaya last minit ni memang selalu terjadi dalam penganjuran majlis sebegini, budaya yang aku rasa elok kita singkirkan. Tidak di nafikan yang majlis ni hanya untuk kawan2, tetapi kita ni kan dah mature semua, tak elok lah kita dok susahkan kawan2 yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Kena ingat...tak dak gaji yang diberikan untuk mengurus kelancaran majlis. semua pakat syok buat ngan hati yang terbuka.

Ramai yang aku dengaq mintak kita jalankan dengan lebih sistematik, lebih telus dan lebih seperti menjalankan sebuah badan koperasi. Sampai ketahap terpaksa membentangkan akaun dalam majlis nanti. Waduh..Kok berat sekali sekiranya gitu. Perlukah itu semua? Sila bagi cadangan. Sekiranya ramai yang berpendapat sedemikian, maka sebegitulah yang akan kita jalankan.Aku amat mengalu alukan idea yang amat bernas ini walaupun, tujuan mula darah59 ni dilancarkan adalah cuma untuk bersantai dan tak mahu terlalu serius, tetapi kalau kawan2 semua setuju untuk lebih serius, aku ikut saja.

Jangan lupa jugak untuk menyatakan berapa ramai kah rombongan anda apabila membuat pembayaran kepada pemegang akaun nanti. Agar tak celaru dia nak mengira.

WASSALAM