Sunday, May 16, 2010

REUNION KECIK

SALAM....

SATU PERJUMPAAN AD-HOC TELAH TERJADI PADA 14HB MEI DI BINTANG MEGAMALL, MIRI, SARAWAK. 13 MEI, KODEN SAMPAI MIRI LEBIH KURANG KUL 10 PAGI. KAMI PI SARAPAN BERSAMA NGAN GANG ARTIS AKU. DIA PUN LEPAK NGAN AKU JE HARI TU SAMBIL TRY KONTEK GANG2 SMJ. TAK DAK SPECIFIC AKTIVITI HARI TU. MLM PULAK HUJAN.

KEESOKKAN HARI LEPAS SOLAT JUMAAT, GAPAR SAMPAI. PE GAWAI KAT JABATAN HUTAN NI JUNIOR KITA KT SMJ DULU. MASIH SOLO SAMPAI LANIE. PASTU JACKY UDA PULAK MAI NGAN ISTERI. DIA LEPAS BINI DIA SHOPPING, DIA MAI DOK SEMBANG. TERHARU SUNGGUH BILA START BERSEMBANG. MAKIN LAMA MAKIN RANCAK. SUBJEK YG PALING KUAT SEKALI GELAK DAN KETAWA ADALAH KISAH ALLAHYARHAM CIKGU MD MYDIN. SEMUA CERITA KISAH CAMANA KENA TIBAI ATAU KENA LUKU NGAN MD MYDIN. TAPI SORANG PUN TAK DAK PERASAAN DENDAM ATAU MARAH KAT DIA. ITU YG BEST TU. JACKY BILA GELAK JE TUTUP MULUT SBB DIA KATA SEJAK PERUT DH KE DEPAN, PAGAQ PUN SEMAKIN HILANG. HEHEHE.

KODEN CALL OSMAT UTK NAK BAGI DIA JEALOUS TTG PERJUMPAAN TU, SBB DIA YG KAMI TAHU ADA KAT KUCHING. TIBA2 DIA JAWAB YG DIA ON D WAY NK JUMPA KAMI. HEHEHE PASTU DIA PUN SAMPAI. WADUH.. MAKA TERJADILAH SATU REUNION AD-HOC. DH DEKAT MAGHRIB, SEMUA PAKAT CABUT DAN JANJI NK JUMPA MLM NANTI.

KUL 9MLM ANAK AKU ZAQWAN PULAK SAMPAI. P MAKAN DAN BALIK HOTEL. TENGOK2, KODEN, JACKY, GAPAR NGAN JULAIHI PULAK ADA KAT BAWAH HOTEL DOK TUNGGU AKU.

PASTU MELALUTLAH. JULAIHI KENA BALIK KUL 12. KAMI SAMBUNG LAGI. BALIK HOTEL SUDAH 4 PAGI. WOW... GILA BETUI. TAPI BERBALOI LAH.

ESOK TU PATUT BUAT TRIP KE GUA NIAH, LAST2 KAMI SILAP JALAN, SO AKU, KODEN + ZAQWAN RONDA DLM MIRI JE. P TENGOK MUZIUM PETROLEUM, TELAGA MINYAK PERTAMA DLM MALAYSIA YG DI BERI NAMA JOLOKAN "THE GRAND OLD LADY". PEMANDANGAN DARI ATAS BUKIT TU CANTIK BETUL.

SEMALAM KODEN BALIK FLT KUL 9:40MLM, ZAQWAN P JAZZ FEST DAN AKU MENIAGA. MOOD JAZZ AKU DH HILANG.

ANYWAY AKU BARU HANTAQ ANAK AKU BALIK KUL 10AM FLT DIA.

HARI NI MENIAGA LAGI. TUNGGU KEDATANGAN PELANCUNG DARI BRUNEI. SEMOGA MURAH REZEKI KAMI HARI NI...

WASSALAM