Salam semua...
Komen dari "Anonymous" ni amatlah baik sekali.
Ke MBR siang tadi dan pada dasarnya, pengesahan untuk majlis telah pun dibuat. 6 buah bilik telah pun di tempah untuk Gah, Puziah, Koden, Kamal, Mazlee dan Hamsan.
Aku jugak check sampan untuk ke Tg Dawai untuk aktiviti petang kita yang berharga RM2/= sekepala pergi sahaja. Pi balik kira RM4/= lah.
Penggunaan canoe ialah RM10/= sejam. Kut kut lah nak kayuh ngan org tersayang ke... Nampaknya semalam ramai yang bermandi manda dipantai dan tak lah teruk sangat pantai tu. Berlainan sekali dengan masa aku melawat kali pertama. Hampa tengok lah gambaq yg aku postkan...
andai kata gath bermula acara hiburan selepas waktu isyaq, di sarankan di sini, kita buat majlis tahlil pada waktu marghrib untuk semua para ayahanda bonda mana2 kawan2 kita yang pulang ke rahmat tullah