Thursday, February 5, 2009

DISKRIMINASI

Salam...

Bila ada ramai wanita yang menyatakan benda yg sama camana Sis kita kata berkenaan Jabatan Ugama yg lebih mengutamakan lelaki dan selalu menyalahkan wanita, betui ke? Apa sebab yang jadi camtu? Memang sepatutnya depa buat camtu ka? Susah aku memikiorkan. Anybody yang ada info about this dan ingin menerangkan minda kawang2, sila lah jampok. Aku pun banyak kali dengaq ungkapan yg sama dari wanita yg lain.

Kalau boleh sesiapa clarify kan benda ni..

Own..welcome back. Lama sungguh menghilang rasanya. Terima kaseh banyak lah atas segala kata nasihat dan terjemahan ayat2 suci yg selalu own paparkan..

WASSALAM

PERIT...

Salam...Selamat Pagi...

Masa kat Pelita Nasik Kandaq semalam, aku terharu dan juga bercelaru jugak pemikiran buat sementara bila aku nampak penghuni meja sebelah kami. Sorang lelaki dan 2 perempuan. Aku lebih dok perhati depa dari gang kat meja aku.. Reason nya bukan lah aku ni menyibuk ke, kaypo ke, pompuan tu cantik ke, jantan tu handsome ke ..none of the sort. Lelaki tu pi order nasik. Pompuan semua dok kat meja lagi. Yang mengharukan aku ialah lelaki tu tak ada tangan. Kedua belah tangan dia tak dak. OKU. So aku teruja sangat nak tengok dia makang camana. True enough, dia pegang sudu ngan kaki dia. Cekap nye. Kaki dia dah jadi tangan..Lepas makan dia boleh hisap rokok lagi..Cuma this time, Cheng yg lightkan rokok dia...

Aku respek betui lah org camni. Depa independent walaupun tak cukup anggota badan nya. Hilang niat nak komplen tentang kehidupan bila tengok betapa hamba Allah tu gigih mengharungi hidup walaupun tak dak tangan...

Ibu tunggal kawan kita ni ada komen tentang peritnya hidup bila suami tak mau tanggung jawab tentang anak2. Dia salahkan si suami pada artikel tentang ibu yg abandon anak kat flat tu. Dia juga cerita perit hidup dia la nie..Apa yg boleh aku kata ? Sabaq je lah dan suruh dia pi lah Jabatan Ugama ke utk minta nafkah anak2 melalui mahkamahSyariah lah..Itu je advice yg aku boleh bagi..

Aku pun heran jugak hati perut jantan yang cerai ngan bini dan terus jugak bercerai ngan anak. Boleh ka? Hati perut jenis apa tu ha? Anak sampai mati pun anak kita. Takkan boleh tukaq. Jantan yg macam ni patut di "KASI" teloq depa...Geram aku. I go thru this too....

WASSALAM

PERAK JATUH

Salam..

5:30pm...aku pun off power supply ke laptop aku, getting ready nak balik, tiba2 masuk msg dalam phone...Breaking news Star..BN dah take over Perak!..Interesting..connect balik ke internet, cari Star online dan terpampang lah semua...Forward to a few friends..

8:00pm...On Klasik Nasional, dengaq berita ringkas, memang cerita yg atas tu saja depa cerita. Habis berita aku dah sampai ke Pelita Nasik Kandaq, Subang Jaya. 80% pelanggan semua dok tengok news TV3 dengan tekunnya..Mamak pun sudah kuatkan volume. Confirmed...

Perut lapaq, order nasik, balun sorang2..Habis makan sekoq pun tak sampai lagi..8:37pm dah. SMS Koden..tak jawab dia, tup tup dia sua tangan salam sebelah aku. Cheng ada dlm keta dia..Baru sembang sat..Kolonel Hj Hasaza pung sampai...Chong ada mana ha? "On the Federal Highway dah", Koden habaq..

Ah Chong sampai lepas semua org dah separuh gelas habis minuman. Betui cam koden kata, muka dia tak berubah..Tapi dia nampak slim dan handsome...Seingat aku dulu dia chubby sikit, walau pun dia dok kata aku ni chubby masa sekolah dulu..Sekolah Rendah dulu...Sembang pi mai, pi mai..aku bawa turun laptop dan buka gambaq sekolah dulu..Tup tup baru nampak yg kami 5 org kat situ telah bersama dari Darjah 1 sampai Darjah 6...For a short while we travel back to 1966 till 1971...For that period of time semua pakat senyum je...Cheng ngan kenangan manis dia, Chong ngan kenangan dia, Hasaza, Koden n me...Sambil bercerita sambil dok tengok gambaq kecik2 dulu...Happy thoughts je...

Ada yg dok mintak gambaq, jadi aku boh lagi sekali lah utk sapa2 yg nak download, silakan...

Ngantok dah..tidoq dulu..

WASSALAM..