Tuesday, December 11, 2007

Majlis Makan Makan Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua,

Apa habaq ya sahabat sahabat ku semua....

Aku tau la ni semua org tengah dok sibuk bercuti dan juga sibuk menyibuk kenduri dan sebagainya.Jadi harap harap hampa semua dalam keadaan sihat walafiat dan cergas sentiasa walaupun dah berumur semua..dah dekat sangat dengan angka separuh dah ....

Ok...selesai dengan mukadimah tu lets get down to something else. First aku nak repot pasai biz kat Pesta Penang,Nampak gaya amat positif lah penampilan Dude kat sana.Org semakain kenai dan jatuh cinta ngan produk dia.Tiap malam walaupun tak banyak sale tetapi banyak enquiries yg dapat dan juga special orders.Aku harap harap lah benda ni boleh menaikkan semangat dia untuk lebih memajukan diri dia sendiri. Lagi satu perangai org kat pesta ni yang aku tau lah,depa semua suka mai beli barang pada minggu terakhir pesta.Depa rasa barang nanti jadi murah,tapi aku rasa aku tau lah apa nak buat bagi dapat modal...

Lagi satu...Jit Md Nor hari tu ada kontek utk nak buat makan2 kat gang semua lah.Katanya 16hb. ni. Pastu dia teruih diam.Jadi kemarin aku sms dia dan dia call aku balik katanya dia teramatlah sibuk la ni dan menyerahkan tugas tu kat aku la pulak.Awat dia ingat aku tak reti sibuk ka? Anyway pasai banyak sangat kawan dok tanya maka aku pung setujulah ambik alih dan dgn segeranya aku pung konteklah sidekick aku dalam hal2 camni yaitu saudara Zainuddin Idrus aka Koden. Jadi kami akan cuba lah menjayakan benda ni utk kesenangan semua. Tetapi masaalah dia kami nak tau juga lah hari apa yg elok utk hampa semua. Buat masa la ni kami tetapkan pada 23hb Disember 2007.Hari Ahad. Siang atau malam tak tau lagi. Aku dah kontek Kamal dan dia minta aku confirm kan date dan dia akan war warkan kepada seluruh rakyat malaysia. Buat masa sekarang plan dia macam gini:

Tarikh : 23/22hb.Disember 2007
Tempat : Kelab Shah Alam Selangor
Masa : Akan di tetapkan
Bayaran : Akan ditetapkan

Klu sapa2 ada idea lain yg lebih bernas dan mengancam hampa habaq mai.Jgn dok diam2.
Aku baru sudah cakap ngan Shukri aka Bangau.Dia ada banyak kontek2 gang2 SMJ76.Jadi dah bagi blog aku untuk dia communicate dan mungkin boleh tambah lagi kaum2 kita dlm blog ni...Dah la kut. Perut aku meragam lah...Chow bro n sister..

Wassalam.