Saturday, September 19, 2009

AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

RAYA..RAYA..RAYA.. Allahuakbar, Allauakbar, Allahuakbar...

Satu kemenangan lagi kita sambut apabila kita berjaya melalui ibadah puasa dengan sempurnanya. Semoga dapatlah kita menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang menggembirakan semua.

Aku mengambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga alam siber yang dok singgah ke kampung Drh 59 ni dan tak lupa jugak kepada Ibnusaman dan Cbazmi yang selalu jugak dok masuk dan jengok..Warga SMJ semua nya.

Untuk yang balik ke Jitra, kontek2 lah sebab aku ada di Aloq Setaq. Sat lagi aku bertolak lah dari Penang.

Koden : Semoga raya hang di Kuantan tu meriah dan tidak basah serta banjir..hehehe. Semalam kat Penang dah kena banjir kilat..Ni lah mamat yang mula sekali bagi perangsang kat aku untuk meneruskan blog aku ni. Tak dak kata nak diucapkan keatas sokongan hang Koden..

Dik D : Harap dapat jumpa di rumah Fadz nanti dan minta ampun dan maaf sempena bulan baik hari baik ni, tak dapat lagi nak selesaikan masaalah tu.

Hamsan : Mungkin kesedihan yang melanda dohari baik dan bulan yang mulia ni. Tapi dari Allah kita datang, kepada Allah jugak lah kita kembali. Takziah.

Gah : Grandmother ni lah yang best. Rugged lagi. Sumbangan dia dalam apa jua event yang kita buat tak ternilai besarnya.

Kamal : Kegigihan hang menyatu padukan warga SMJ ni tak dapat nak di balas. Memang hang dahsyat. Nama hang akan terpahat dalam Darah59 sebagai bapak reunion.

Fazie : Setengah orang kata mulut dia jelabaih..Tapi bila dia berdiam diri, orang dah mula mencari2. Keep on commenting girl...

Mazlee : Sejak dua menjak ni dia berdiam diri..mungkin sibuk dengan tugasan harian. Tahun ni dia beraya kat mana ha? Tapi Mrs dia pun kat BM je..dekat tuh..Last reunion kat Pantai Merdeka, he did a good job. Tahniah dan terima kaseh.

Talib : Manusia yang mempunyai banyak identiti dan tak ramai orang yang memahami. Ni pun penyumbang besar dalam blog, mungkin mulut jahat sikit, tapi hati baik..hehehehe.

Mc E : Sekali sekala celoteh dia amat bernas dan hope to see u soon brader.

Jit : Walaupun dah lama tak dengaq sora dia tapi katanya dia tak pernah lupa menjenguk blog ni tiap hari.

Ain : Dewan Bahasa & Pustaka bergerak..hehehe. Your participation is priceless. TQ.

Hasaza : Kolonel yang banyak menyumbang tiap kali ada gathering. Siap boleh drive dari Kelantan untuk mai ke Pantai Merdeka. Wa respek sama lu bos..

Mail Luntoq : Penyumbang madah2 yang bersara buat sementara waktu. Tak tau lah apa halnya, diam pulak la nie.

Madud : Glassman yang tak jemu2 bertandang. Memang best dia bila dia berinteraksi. Blur dia tu yang membuatkan gamat sekampung.. Kalu dia tak masuk 2/3 hari aku dah risau.

Untuk yang lain2 tu hampa jangan lah kecik hati kalau aku tak sebut nama hampa semua, bukannya apa...sajalah. Hehehehe.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin.
Salah silap tutur kata mau pun tulisan harap diampunkan.