Salam...
Tak dapat tidak, aku sokong dengan sepenoh hati kata2 Madud tu, tentang menamakan diri. Sesiapa saja boleh buat komen. Sapa saja jugak boleh nak hentam org tu dan org ni. Sesiapa saja sebab blog ini memang di publikkan. Tetapi, bertanggung jawab lah sikit bila mengeluarkan kata2. Kenalkan diri. Kalau dah betui, tepat dan memang terbukti apa yang nak dikatakan tu, apa klas pulak berselindung di sebalik
"Anonymous"? Gunalah nama sendiri. Takut apa? Berani kata, beranilah
mengaku. Kalau dah sampai keluaq tuduhan yg berbau fitnah, susah lah kawan...
Bukan niat aku untuk "defend" Koden sahaja. Sesiapa saja pun aku akan buat benda yang sama. Kadang2 tindakan aku di salah interpretasikan. Aku nak sejukkan keadaan. Aku nak amankan suasana. Itu saja niat aku. Tak lebih dari tu.
Eloklah kita sejukkan saja perkara ni dan kalau boleh settle kat luaq dari blog lah. Private sikit. Cuma aku rasa tak berapa nak elok. Lagi pun dah terbukti yang blog ni bukan takat kawan2 saja yang baca, anak2 dan juga pasangan masing2 pun dok baca. Jadi kepada yang dok berselindung tu, hati2 lah sama. Kemungkinan antara kita2 ni boleh lah kita gelak2, tapi kalau dah masuk keluarga ni, pakat berhati2 lah dengan kata2 hampa tu.
Semalam...aku ngan memba aku Nasir, pi SP dan berjumpa pulak ngan Mazlee, Madud, Kamal, Mee Che Lam dan kehadiran tidak diduga, Tuan Hj Roshdi Abdullah. Tempat pertemuan adalah Subaidah Nasik Kandaq, SP.
Topik perbincangan amat luas sekali. Macam2 campoq aduk. Cha cha merba jadinya..hahahaha. Camtu lah bila kawan2 berjumpa. Topik paling hangat apa lagi...Blog dan terdapatnya bunyi2 pahat selepas rumah siap...Biasalah tu...
Lebih kurang aku dah dapat detect lah dari mana datangnya komen2 yang pedas tu. Tak perlu lah aku nak bercerita kat sini. Semoga benda camni di hindarkan lah lain kali... I know what u did...
WASSALAM.
P/S - Gambaq dari kamera Attaturk.