Tuesday, March 31, 2009

BASH

Salam semua...

Kuda Tua said...

Artikel 8

CINTA, KASIH, SAYANG

Kebelakangan ini, dgn penglibatan ana menyumbang artikel, tanpa disedari telah berlaku sedikit perubahan pada diri ana. Perubahan yg ana kurang bangga.
Rupa-rupanya dari kaca mata orang2 yg tercinta di sekeliling ana, semakin banyak masa dan tumpuan ana telah ana juruskan ke Kg. siber kita yg tersayang ini.
Adakah ini yg ana nak? Bercelaru juga ana nak membuat congakkan. Tapi yg pastinya, hati ana teramat tersentuh dgn komen ini. Hanya orang yg menyayangi sahaja yg bermaya menegur. Jika orang yg TIDAK disayangi pasti tidak akan menyibuk-yibuk nak menegur. Amat munasabah kan?
Diringkaskan cerita, setelah berbincang dan berterima kasih kpd teguran, ana akan terus menyumbang kepada Darah59 ini.Semuanya kerana kasih ana kepada Kg. siber yg satu ini pun tak kurang hebatnya.
Atas rasa cinta, kasih dan sayang ini lah, ana tergerak utk menulis artikel ini.
Setelah 2-3 hari poster 06-06-09 disiarkan, diikuti dgn poster susulan diutarakan, ana lihat soalan dan sambutan kepada tujuan murni Tok Penghulu kita amat sejuk sekali. Ana tahu dan "tabik" kepada Dz dan beberapa orang lagi yg menjadi NADI aktiviti kita. Atas kesedaran ini lah yg ana terkilan dgn respon bro/sis sekelian kepada perancangan 06-06-09 ini.
Jadi ana ingin terus "straight to the point". Adakah kita masih berminat untuk mengadakan perjumpaan JUBLI EMAS umur kita ini pada 06-06-09?

1. Berapa banyaklah masa yang hang ambik utk tulis semua ni? Takkan sehari 2/3 jam kut?
2. Mungkin depa yang selalu ada freehand pakai puter la nie dah kena share ngan org tua pulak, maka keluaq lah cita ni...hahahaha. Org tua kata camtu cepat terasa...
3. KT ternyata tak sesabaq aku. Dia tak leh nak tahan langsung..hehehee..Pasai tu dia dok keriau bila tak dak sapa respong kat poster tu...

Hehehe..hari ni KT emotional habis. Camana pulak KT ni boleh tau ni semua walhal masa bincang dulu dia tak dak pong???Atau salah sorang tu KT ka....MISTERI...

Bagi aku senang je..Kalau ada interest, kita carry on lah. Klu tak dak kita shelved je lah. Kalau dapat 4/5 orang pun jadi dah..Amacam?

Since KT dah tak sabaq sangat, dan hampa semua pun buat "DEK" je pasai ni maka aku pun nak selak semua lah. Pastu, ball dah masuk court hangpa.

TAJUK : 06/06/09 BIRTHDAY BASH
Objektif : Memilih satu hari Sabtu dalam bulan Jun untuk menyambut bersama hari lahir kawan2 yang mencecah 50 tahun pada tahun keramat ini.

TEMPAT : Kelab Shah Alam.
Tentatively...disini lah bash tu akan diadakan. Sekiranya mendapat sambutan dan ramai yang meminta untuk diadakan ditempat lain, aku rasa tak dak sebab kita tak boleh ubah. Majority rules. Demokrasi lah katakan.

AKTIVITI : Ada games, ada ucapan, ada nyanyian k-ok, ada potong kek, ada tarian gelek dan kemungkinan besar ada persembahan artis.. Amacam? Interested? Hehehee..

ONGKOS : Belum decide sebab belum pasti se grand mana nak buat bash tu. Semuanya memerlukan wang. Kita bincang2 lah dulu.

Lepas sudah idea yang mencengkam dada. Aku tau ada orang dah terpikiaq nak komen tentang aktiviti yang aku sarankan tu, mesti ada yang akan sentuh tentang usia, agama dsb. Sentuhlah, dan bagi lah idea yang lebih baik. Bersama sama lah kita menjayakannya. Jangan takat bagi idea je...Ni bukan kabinet kerajaan dimana PM bagi idea je, yg lain buat kerja. Sama2 kita buat kalu, aku setuju.

Dan seperti biasanya lah, Mc E akan ada wedding atau sebagainya pada hari yang ditetapkan. Apa nak buat...

WASSALAM...

Monday, March 30, 2009

KO-OP..



Salam...

Grand Mama, Grand Papa, Gramps...Seronok tu dapat title camtu. Mesti syok gila..Selalunya kalau yang first ni, Gramps lah yang akan manjakan dia lebih..Mesti punya..Dah lama tak dak si kecik dalam family, tiba2 ada, alahai...Teruja kan...

Aku sedih..uhuk uhuk..Betui cam Koden kata...Sapa pung tak perihatin ngan poster tu..Tak dak sapa pung nak tanya apa kejadah menatang tu..Camana? Aku pung nak diam je lah kalau umpan aku tak dimakang ikang..apa nak buat..Tunggu jelah, bila depa nak gigit. Selagi tak rasa gigit, tak leh nak tarik..Kah kah kah..Sebenaqnya seumoq hidup aku tak pernah merasa feeling yg orang kaki pancing kata best sangat tu..Bila ikan gigit umpan dan bila tarik rod tu dan lawan ngan ikan tu..Sebab aku tak minat memancing. Pi market je..senang.

Tadi tengah baru gaya nak makang nasik Fazie dah call aku. Aku kat AS masa tu ngan parents sebab bawa bapa aku pi check up kat spital tadi. Kami makan kat atap rumbia, depan menara telekom kat AS. Dia nak sembang pasai nak buat kutipan duit untuk tolong kawan2 yang musibah..Cadangan yg dilontarkan oleh orang2 yang hanya suka mencadangkan agar hamba Allah lain yang buat kerja.

Aku ni bukan nya tak suka idea tu..Ianya satu cadangan yang amat baik dan mulia sekali. Memang best. Bukan tak dak orang cadang benda ni, dah lama dulu pung ada org cadangkan. Masaalahnya ialah, SIAPA kah yang sanggup menanggung atau bertanggung jawab untuk untuk meniup nafas pada cadangan ni agar ianya menjadi satu realiti. Awal2 algi aku nak habaq bahawa aku tak leh nak tanggung. Aku rasa aku boleh vouch untuk Koden sama bahawa dia pun tak mau tanggung. tetapi kalau ada sapa2 saja yang sanggup, aku akan war warkan seluruh dunia.

Aku sanggup jadi seperti sekarang jugak lah, buat pengumuman, buat cerita, panggil makan kenduri, minum teh tarik dan uhuk uhuk, arrange utk gathering. Yang aku dok buat la nie lah basically. Tapi untuk nak lebih, maaf. Ampun.. actually aku pun ada gak kecik hati macam Dik Di. Bila dah tua ni dia cepat kecik hati. Ni semua bermula bila suara2 kecik yg mai bersama angin yang sepoi sepoi bahasa selepas perjumpaan kat Jitra dulu..Tapi aku tak kisah. As long as aku tau apa yg aku buat dan ada 4/5 orang yang prihatin sangat dengan apa yang aku buat, so I don't give a damn. Tapi untuk nak venture ke satu lagi episode baru dengan cerita baru, aku surrender lah..I Surrender (RAINBOW). Tapi hangpa semua jangan silap, aku akan support habis habisan idea ni sekiranya berhasil. That, you can count on me.

Sekali, aku sudah tulis arab daaaa...Kalu tak leh baca lagi tak tau lah...Kalu tak tanya gak lagi, tak tau lah den.

p.s : Ibu tunggal, aku dah jawab komen mu.

WASSALAM

Sunday, March 29, 2009

IKLAN..

Iklan ke?

Saturday, March 28, 2009

MALAYSIA

Salam..

Kemarin aku naik flight kul 4 sepatutnya tapi telah delay sampai kul 4:55 baru terbang. Sampai LCCT pun dah almost 6ptg dah. Anak aku siap menunggu, jadi ok lah. Kami lepak kat Dengkil RnR sat, kena nasik lemak sorang sebungkus pas tu dia hantaq aku balik rumah sebab dia nak keluaq pi meeting pasai shooting apa ka...

Anyway, masa aku board kapai terbang semalam tu, actually row ke 4, lepas aku dah settle semua, ada sorang ibu muda ngan anak keciknya yang tergantung ngan benda cam harness tu kat bahagian depan badan dia, mai nak duduk kat row 4 gak tapi opposite aku lah. Anak dia come' sungguh. Kecik, cute, maybe a few months old je kut. So bila dia duduk, dia ada difficulty nak pasang seat belt dia. Neighbour dia, a chinese man about kita punya age gak lah, tegor dia. aku boleh dengaq actually sebab dia memang dekat sekali ngan aku. Kata dia, "You kasi I pegang baby ni dan you boleh pasang belt you". Ibu muda tu pun buka lah "harness" dia tu dan mamat cina ni pun ambik baby to pegang dan was playing ngan baby tu sat sementara ibu dia pakai belt. Pastu dia bagi balik lah. Cina tu aku tengok excited sangat ngan baby tu, dia asyik dok main2 ngan baby tu. Memang cute pun. Best part baby tu tak tidor, tapi langsung tak bersuara..Ada lah bunyi sikit2..Baik sungguh. Aku risau dia start nangis je, spoil aku punya beauty sleep lah klu dia nangis kan.

Apa yang aku nak cerita disini ialah, bila tengok kejadian sebegini, atau episode sebegini, sejuk rasa hati aku. Chivalry seorang lelaki masih intact. Memandangkan berlainan agama dan bangsa, tolong menolong camni, aku rasa sejuk hati.. This is what Malaysia is all about and what should have been..Bukan macam kita la nie dok blame bangsa tu bangsa ni, walhal kita ni semua dok dalam satu negara dan patutnya kita ni tak perlu nak keluaqkan kata2 yg menyakithkan hati bangsa2 lain yg berlindung bawah jalur gemilang sebagai tanah tumpah darah depa gak. Cuma la nie, ahli politik melayu,akan cuba keluarkan sentimen melayu dan yg cina dan india akan buat benda yg sama. Pasai apa? Depa nak mempertahankan korsi depa. KORSI = RM ...

Ok lah..Aku tulih artikel ni semalam kat kedai mamak depan rumah aku di Sek U5. Tapi terhenti sebab mamak ni ikut prihatin dengan kempen global warming yg mintak semua org tutup lampu selama sejam start dari kul 8:30pm. Dia teruih tutup kedai dia dan minta aku mai balik kul 9:30mlm..Tak jadik lah aku nak pi balik, instead aku ngan Koden dah pi ke Sri Rampai dekat ngan Wangsa Maju jumpa Madud. Later Chong ngan wife dia join kami. Sembang sampai kul 2 am. Dalam dok sembang pi mai pi mai, maka terkeluaq lah saranan di bawah....Poster hijau tu..Tanya lah bagi yang curious..Tanya lah..Tanya....

La nie aku sambung tulisan ni kat Coffee Bean LCCT. Panas lah tempat ni. Aku cadang nak naik kapai kul 4:30 balik Penang. Esok kerjalah.. Sapa sapa yang ada tau sikit sebanyak kisah enjin Cherokee 2.5L, hampa habaq mai sat. Aku sedang mencari enjin seketui, sebab enjin aku dah jam la.. Kalau ada tang mana murah2 ka, hampa habaq mai kat aku no...Kut2 hampa ternampak Jeep Cherokee yg terdampar atau ada org buat scrap ka, hampa tanya2 lah sat. TQ guys..

Jgn lupa bertanya pasai poster hijau tu...

Thursday, March 26, 2009

PAK MAUN...

Salam...

Pak Maun lah pulak... Selamat Pak Maun..nak pi twist ke, pakai seluaq yankee..



Tapi Pak Maun singgah je..dok la lama sikit, boleh gak kita belajaq syair ngan Pak Maun ni..Tersebut lah kisaaaahhhhh...Laksamana Hang Tuuaaaahhh...

Anonymous said...

Pak Maun masuk sat no
Gumbira sungguh hati Pak Maun bila tengok hangpa dok gaduh tapi mesra.Kepada yg tak kenai depa ni mungkin anggap depa ni haru biru.tapi depa ni bergurau seolah macam berada di alam SATS/SMJ(macam cerita Back to Future).Kita ni dah tua ,mak bapa dah tiada ,anak pun dan tingai kita sebab ada urusan.Jadi kita perlu ada escapism supaya sel2 kita yg lemah diaktifkan kembali.Umpamanya bila dik Fazie ni sakat Koden mamak buncit 5 bln & Koden sakat si Dude dengan hadiah Gobek sireh terkenen pulak si dik Fazie tu.Pak Maun yg serious orangnya tergelak besaq dibuat nya.Ada kawan2 takut nak masuk nanti kena sergah terus deman almaklum lah semangat dah tak kuat macam dulu.Pak Maun teringat masa kat SATS time balik sekolah suka sangat loncat ikut tingkat (nak shot cut)TQ DZ Pak Maun ni mai lalu sat saja no sebab rasa gumbira sangat.

Part yang aku italickan tu aku sangat setuju. Perlu ada escapism untuk sel2 otak aktif semula. Kalu tidak kita akan nyanyok. La ni pun dah dekat nak nyanyok dah..Aku terima SMS semalam dari Kamal pun kisah tua jugak..SMS ni dah circulate quite sometime kut, tapi walaupun aku dapat untuk kali kedua, aku masih tergelak because it is so so so TRUE...

Tanda lelaki makin tua dan lemah:

1. Pandangan makin jauh...kencing makin dekat?? Ha? Camana tu..Hehehe
2. Duduk pandai menguap, baring tak mau tidur..! Memang selalu jadi kat aku..
3. Perkara lama tak terlupa, benda baru tak teringat..!! Ni pun memang betul sangat..
4. Atas ada fikiran, bawah ***CENSORED**
5. Dulu ***** menunggu...La nie menunggu *****....

Hehehehe...hahahaaha...

Balik kepada topik mengaktifkan minda ni kan, memang kita perlu sentiasa pikiaq dan berlawan cakap ngan orang, kalu tidak habis..kita akan jadi lembab. Intelligent talk lah maksud aku. Atau pun sakat menyakat antara kawan2 pun satu latihan yg baik jugak. So..the field is here..Lets play ball...

Aku realise tadi, bila aku ajak kawan2 go for lunch, depa ni tak free..Reason being, depa kena ambik anak dari sekolah..Lama sungguh dah rasa tak pi ambikanak dari sekolah ni no? Bila depa naik Sekolah Menengah akau dah tak pi ambik lagi sebab depa ada transport sendiri dah, dan yg sorang lagi tu sekolah sebelah rumah je..Well easy life gang ni dan nak kata pencen pun dak jugak, tapi selalu lepak kat rumah....Syok kan?

Madud call aku semalam, tanya aku booth Manggis kat mana dan nak jumpa ngan dia..Malangnya, Manggis la nie ada kat Paka Ganu kerana tugas... Opis aku pun nak aku pi sana gak sat..Human touch kata depa..hanya nak hantaq sikit punya benda saja..Tengok lah camana dulu..

Ok lah..aku rasa setakat ini saja lah...

WASSALAM....

KAYA...

Salam semua...

1st aku nak jawab shout Koden sat..Actually aku overlook apa yg hang kata tu sampai lah pagi ni, bila aku dok pikiaq apa yang saghat tu..Selak2 pi, baru nampak. Berisi tu means badan dia naik lah. Tambah lemak agaknya. Nothing to do ngan kemunculan makhluk baru. Dah tua..Sama2 menopause dah.. TETAPI....

Bila cerita pasai makhluk baru ni kan, aku rasa Gah dah pun sambut seorang dan aku lupa nak ucap CONGRATULATIONS. Actually bukan lupalah..Tidak di khabor kan langsung sehinggalah terbocor oleh kawang2...Anyway tak bagi tau pun tak pa, sebab dah tau dah. Dengaq habaq org baru tu diarah memanggil Gah "Grand Ma"..Cool..Can't wait to be called Gramps..

Lagi satu on the topic of berisi yang disalah tafsir ni, tadi aku ada sebut pasai tua kan? Ada jugak kawan kita yang dah tua macam kita gak lah, yang sedang dengan tekun dan penoh tawadoq, mencuba berhari hari dan berbulan bulan dah masuk 27 bulan..masih belum ada tanda. Tapi tak pa, semua ni adalah daripada Allah. Dia akan bagi, bila dia nak bagi. Sabor je lah..Tapi hampa agak boleh imagine dak..kalau la nie dah 50, anak masuk Tahun 1, dah 57, anak habis Tkt 5, dah 62, dan anak grad with a degree, 67 tahun. Tu pun kalau boleh bertahan lagi lah sampai time tu. Kan?

Terkezut aku bila dok menulis ni tetiba ada mamat India ni terus tuju kat aku dan bagi selamat pagi!! Aku pung jawab..Rupanya kat dada dia ada badge BN..Calun BN Bukit Selambau engkau...Hidup BN..Hahahaha

Cik Yah..welcome to the club. Mungkin hampa dah selalu masuk atau apa ka, I wish welcome to Cik Yah yg pertama kali aku tengok mewarnai komen kita. Aku pun tak tau camana you boleh pin point Rozita yang merajuk, walhal aku langsung tak sebut dalam blog tu siapa? Dan utk pengetahuan Cik Yah, nama sebenaqnya ialah ROSHITA bukan seperti yang Cik tulih. Yang paling recent aku dengaq panggil Ta ngan nama ni adalah Kamal..Hang ka tu???Sapa pun biaq pi lah. Tak dak on the way langsung sebab, aku keluaq dari highway terus ke rumah Fazie..Hehehe

Untuk Fazie..Ni ada satu komen yang SNQ nak sangat u jawab, tapi dia pi boh kat tempat yang dah lama maka aku tau hang mesti tak baca punya, so aku postkan kat sini..

SNQ said...

Salam Fazie, bulan depan ke, tahun depan ke....I have to say that gigi
palsu tu tetap nampak cam gigi palsu
so maaf le, TAK LEH SERUPALAH kita ni!! Not now anyway. Sorry sis.....jgn mare ya, hehehe.....
Jealouslah tengok gelang yg bersinaq2 tu!!

Anyway, aku la nie dok sibuk sikit ngan skim cepat kaya yang baru dilancar, agar aku dapat gak belanja semua kawan2 bila aku kaya nanti..Kalau boleh hampa kurangkan lah menelepon aku sebab tiap kali aku dok kira duit, ada saja org telepon..terlupa pi berapa, kena kira lain pulak..Hahahaa..Tapi kalau hampa rasa interested..tinkle me...Daa..Ta ta..ti ti..tu tu..

WASSALAM

Wednesday, March 25, 2009

BROTHERS IN ARMS

Salam...

Kuda Tua said...

Artikel 7

BROTHERS IN ARMS

Tajuk lagu Dire Straits ini digunakan sebagai teras nukilan ana kali ini.Banyak yg berlaku di Kg siber kita dlm 3-4 minggu kebelakangan ini. Ada yg sensasi, ada yg basi, dan ada juga menyentuh emosi.
Rasanya kutuk mengutuk dan sindir menyindir dgn sinis rata2 dapat diterima umum. Tapi ada yg terpanggil utk menegur salah-silap kwn. Mungkin tersalah media sehingga terguris hati lalu di bawa merajuk.
Merajuk sampai...
Merajuk sampai ke Sg. Petani
Ahaaaaai...... lah sayang.
Ana tak berhajat menyebelahi mana2 pihak. Ana lebih suka melihat keikhlasan dan keakraban bro/sis yg seolah-olah "tercubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit nya".
Penegur membuat teguran mungkin atas rasa keakrabannya sehingga tidak sanggup mendengar luahan2 terhadap "bro"nya. Manakala yg DiTegur pula terasa kecewa sebab "bro"nya juga yg amat keras menegur.
Ana lihat begini sahaja, seandainya "we don't CARE, we simply couldn't be bothered". Berlandaskan prinsip yg mudah ini, ana meminta semua yg terlibat supaya muhasabah diri. Kalau semua teguran atas dasar ikhlas, syukur. Dan jika semua hujah pembelaan diri juga dilakukan dgn keikhlasan, lagi lah syukurnya.
Adakah perlu mana2 pihak terus memancing simpati/sokongan? Ana berpendapat - SUDAH LAH.
Marilah kita sama2 dengar lagu BROTHERS IN ARMS.(Dlm konteks kita, sis pun termasuk lah ya)



BROTHERS IN ARMS

These mist covered mountains
Are a home now for me
But my home is the lowlands
And always will be
Some day you'll return to
Your valleys and your farms
And you'll no longer burn
To be brothers in arm

Through these fields of destruction
Baptism of fire
I've watched all your suffering
As the battles raged higher
And though they did hurt me so bad
In the fear and alarm
You did not desert me
My brothers in arms

There's so many different worlds
So many different suns
And we have just one world
But we live in different ones

Now the sun's gone to hell
And the moon's riding high
Let me bid you farewell
Every man has to die
But it's written in the starlight
And every line on your palm
We're fools to make war
On our brothers in arms

Kalau hampa baca betui2 lirik dia, hampa akan tau bahawa keakraban dan sifat setia kawan tu lah yang cuba diceritakan oleh Mark Knopfler dalam lagu ni...
KT ni la nie dahsyat betui..Rajin sungguh dia olah keadaan semasa dan isu semasa kampong ni. Elok sangat lah tu kan? Aku masukkan lah lagu yang dimaksudkan supaya kawan2 boleh dengaq dan lihat.. Dire Straits ni lagu dia syyuuurrr mereh naamm jokar la dei!

Apa KT kata tu betui. Apa yang disarankan memang melekat. Macam yang aku kata semalam lah, takkan kerana benda kecikcamtu nak berpatah ka berputus arang? Aku bukannya tau sangat..Bakar Jambatan, burn the bridge..semuanya lah. Sayang lah kan kita nurture friendship punya lama tetiba nak jadi ghaplah oleh segelintir bahasa yang menyakat tak tentu hala..Biasalah tu..kawan2.. Kalau nak menyakat dalam public dah rasa tua, dalam blog lah tempat dia kan? Kalau nak merajuk dalam public malu, dalam blog boleh gak..kan?

WASSALAM...

Tuesday, March 24, 2009

DOLU n SEKARANG..

Salam semua..

Terkenang semasa duluuuu...Hatiku terasa rinduuuu...Padamu wahai kasihkuuuu...Hampa semua ingat dak ngan lagu ni..Jangan tanya aku sapa nyanyi sebab aku tak tau...

Hari ni sepagi tadi aku dok melayan kawang2 yang dok melayangkan SMS depa untuk aku tafsirkan atau untuk aku penin kepala lagi adalah. Tapi seeloknya, segala kejanggalan yang terjadi akan selesai dengan eloknya. Insyaallah..Kita ni dah berkenalan dan berkawan sebelum baliaq lagi. Bukannya baru kemarin..Lamaaaaa dolu..

Paling best punya SMS hari ni aku masukkan kat sini :

"Morning Bro..amboi dia(kt) kenen semua org termasuk miang setengah abad...Keep it up bro. Keep de drama coming even though you know who the phantom is...Salam"

SMS diatas dari Mc E..Pagi pagi senawi dia hantaq mai kat aku..Ni pun kaki kaki dok jengok dan sekali sekala jampok. Depa lebih suka gelak sorang2, dan for Mc E, dia mungkin lost sikit ngan perbincangan kita sebab dia berpisah ngan kita lepas Std 6. Jadi after 1971, dia dapat set of friends yang baru. Aku pun mujoq lah dok SMJ sampai 74, kalau tidak aku pun jadi Mc E gak. Mc E ada gak kata yang dia tak dan nak digest semua..only bits and pieces. Thanx bro..

Yang best nya, Fazie tiap kali ada nama baru dalam komen mesti dia nak tunjuk pandai dengan pin pointing sapa dia orang tu. Yang dia kata Hamsan tu betui ke..Kuda Pencen? Sumpah aku tak kenai Fazie oi sapa dia ni. Tapi SNQ dia kenal pilak. Mungkin pasai dia tu tak kenen atau hentam dia kut..hahaha..Actually Fazie juga bertanggung jawab atau terlibat secara langsung dalam memporak perandakan Kg Siber ni...Jom Heboh jadinya...

Madud pulak tak ketinggalan dalam memberi komen2 dia yang kadangkala blur sikit dan kerap kali dia ikut kepala dia saja. Tak miss dia mengiklankan blog dia tu. Masuk2 lah sama hai kawan2 sekelian. Kalu kita tak support dia, sapa lagi..Dia pun bukannya ada orang yang nak berkawan sangat. Member chatting dia ramai lah. Pasai tu dia selalu kat CC. La nie dia dah shout pasai link yang boleh upload video direct, walhal aku bagi tau dah kat dia yang kat blogger ni pun boleh upload direct, tapi dia takkan setuju ngan aku, sebaliknya nak tunjuk yang dia punya lebih baik. Egoistic sungguh org tua ni. Artis lah katakan. Ikut kepala dia je. Ini lah Madud. Juga salah sorang yang menceriakan blog.

Koden adalah orang pertama yang huloq komen dalam blog ni. The very first. Hampa nak tau apa dia kata? Aku recap :
Great start Bro! Tak pa la tara tu. Yang penting hang dah initiate.
Aku nak komen 1- Hasni - Jabatan Perancangan Bandar. Pangkat apa aku pun tak tau. 2- Lim Hong Huat- mai juga. Dulu Mat Maidin panggil taukeh katak. La ni dia dah betoi2 successful Taukeh Mesin2 Berat i.e. Backhoe n sebagai nya. That's all. Aku nak tengok Nadal lwn Gasquet dah. Ciow KODEN

Yang kedua adalah Roshdi atau Dik D...Aku sedih sikit bila cakap pasai dia ni..uhuk uhuk uhuk.. Dia kata kat aku yang start dari hari ni, dia tak mau lagi tengok blog. Nak buang teruih dari sistem dia. Merajuk kat aku ke? Dak lah.. Merajuk ngan keadaan. Aku jawab call dia tengah hari tadi, semasa tu aku kat Jeniang, jumpa ngan sub con yg dok buat civil works kat PFK. Tak yah lah sampai begitu sekali Dik D oi...bawa bersabaq sama..

Depa dua ekoq ni lah dulu yang boleh dok bersembang ngan aku sampai kul 4 pagi. Punya tak habis cerita kami masa tu..Aku tak nak lah renggang..Kan? Kan?

Cheerio guys..aku kena belah dulu, sebab anak aku "order" aku suruh boh duit kat dia. Dia ni punya allowance aku masukkan every Friday, tapi hari ni kereta dia kena clamp kat UiTM masa dia ada class dan terus kena saman. Terbang lah bajet..Tak bagi sat gi lapaq pulak kan? Tapi badab cam dia tu, takat 2 hari tak makan pun tak pa lagi..hehehehe..Gotta go. Anak kena saman pun kita gak nak kena settle..Tapi nak pakai keta? Tengok sat apa dah jadi ngan zaman kita la nie..Dulu totally different kan?

WASSALAM..

Monday, March 23, 2009

KT kata LAGI...

Salam...

Kuda Tua sumbang lagi....

CUBA TULIS CERITA PULA

Tak sangka ana telah mendapat sambutan bercampur2 dari kalangan bro/sis. Pro atau kontra, ana tetap mengalu-alukan komen bro/sis sekelian. Memang tujuan ana menulis pun sekadar menghidupkan Kg. siber kita semata2.
Hanya satu yg ana pohon kepada semua penggiat komen di Kg. siber kita yg tersayang ini, kalau bro/sis terasa terpanggil sangat2 untuk membuat SERKAP JARANG, jgn lah pula sampai terus menuduh dan "mengkhutbahi" si polan itu.
Sukalah ana meng"confirm"kan yg si polan yg disebut oleh salah seorang bro/sis kita itu sebangai KT adalah TIDAK TEPAT SAMA SEKALI. Malah tersasar jauh sebab personaliti kami berdua amat berbeza. Persamaannya hanyalah sekadar, di masa remaja kami bersama2 pernah bermain bola utk sekolah dan satu kelas hingga Form3.
Ana kagum dgn Mazlee yg kian dapat menghidu siapa ana. Memang benar, tidak ramai yg mengetahui nama Mazlee di eja begini rupa. Mungkin dia bersaudara dgn Bee Gees agaknya. Ana juga tahu nama gelaran Mazlee yg diberikan oleh rakan2 di Jitra. Ana yakin Dz pun tahu dan pasti tersenyum membaca.
Ana berpendapat, dari bro/sis terus menerus cuba memerah daya minda utk mengenali siapa KT, ada baiknya bro/sis sekelian memerah utk menghasilkan satu cerita utk dikongsi bersama.
Terkini kita sudah mendapat sumbangan tajuk2 keugamaan dan susila kehidupan. Sudah ada juga tajuk kemasyarakatan tentang parking di hari Jumaat, miang orang setengah abad dan nostalgia Jitra.
Jadi apa yg ditunggu lagi, mula lah pemerahan minda utk menghasilkan cerita pula.

March 23, 2009 5:02 PM

Ha tudia..amacam ? KT dah cerita lebih kurang sapa dia..Carilah Fazie oi...Aku memang gelak bila terima SMS dari Fazie yg teringin nak tau sapa yg aku kenen..Kan aku dah kata General Statement..Dia tak komen, tapi dia SMS pulak. Kacau sungguh pompuan ni sorang...

MERAJUK?

Pengantin baru




Puan Mariah..isteri Omaq

Salam semua..

Ini ada lagi posting gambaq kenduri dari kamera Kamal. Jadi hampa pakat2 tengok lah.

Ini ada satu MASAELAH... Terdapat cerita kata ada kawan yang merajuk sebab tak ajak pi kenduri Omaq. Tapi setahu aku kita ni dok pang pang dalam blog sapa pun tak mau respon. 2/3 kerat je yg respon pung. Pas u nak kena hantaq kad jemputan ka? Lagi pun tu bukan kenduri aku, tapi kenduri Omaq. Aku tau memang kekadang kita perlu perolongan kawan2 dalam kerja seharian ka apa ka, jadi kita kontek lah. Aku kata ni sebab suara ada bagi tau kata aku ni cuma kontek depa masa perlu sahaja. Apa nak buat, kalau rasa nak marah, terima je lah. Aku rasa takperlu nak minta maaf, sebab aku tak buat salah. Mazlee pun aku tak call personally untuk pi kenduri, Fazie pun aku tak call, Kamal pun aku tak call Talib lagi lah aku tak call, tapi semua rasa dah macam tanggung jawab untuk pi mewakili sahabat handai yang lain.

Kalau macam ni tak pa lah, lain kali tak yah call lah untuk nak mintak tolong ka apa ka, sebab dah dengaq cam marah je...Kalau rasa camtu, kira selama ni dok tolong tak ikhlas lah..kut..Hehehehe..Jangan mare..Kalau rasa pedas, minum ayaq sejuk dan hisap gula. Satu lai untuk Fazie..tak yah dok korek mengorek sapa. This is just a general statement...

WASSALAM..

GAMBAQ LAMA


Salam semua...

Ain ada hantaq ambaq diatas ni, katanya ambik kat Qrts Hospital. Dia tak ingat semua nama. Tapi kalau ada sapa yg boleh bai semua nama depa ni dia appreciate sangat lah..

Aku kenai kebanyakkan except 3. Yg dok sebelah Ta, yg dok sebelah Goot Yee dan yg dok antara Goot Yee ngan Hasni. Sapa ha depa tu..Lupa. Yg jantan tu Zul ngan sapa lagi sorang..Yg putih tu aku lupa nama dia, tapi aku ingat dia.

Busuk2 pun gambaq ni dah 30 tahun mungkin...?

Thank you so much Ain..Boleh masuk arkib negara ni. Tapi kita akan masukkan dalam arkib 59ers..

WASSALAM

KT

Salam semua..

Aku terpaksa buat posting ni untuk "clear the air".. Ni semua kerenah Fazie lah, pompuan yg masih belum berinsuran mulut. Aku kemarin memang bertubu tubi lah dikenakan soalan untuk nak mengetahui siapa itu Kuda Tua. Nampak gaya dia masih tak puas hati dan membuat telahan sendiri. OWN, mintak maaf kerana nama OWN di drag masuk dalam benda ni.

Fazie, u ni walaupun I dah bersumpah masih lagi nak dok tuduh org tu org ni. Tak baik tu. Pasai tak kena orang. Kalau betui tak pa jugak. Buta je u dok mengata kat OWN camtu. Terkezut OWN. Dia guna nama tu unuk buat artikel, bukannya untuk komen mengutuk org. Apa lah yang mu dapat kalau tau siapa dia? Kepuasan ka? Rasa pandai ka dengan menuduh org tu org ni? Jangan lah nak dok adakan benda yg tak dak..BERDOSA!!

Aku nak leave it to Kuda Tua sendiri untuk memperkenalkan diri dia. Kalau dia rasa tak mau, nasib lah. Aku tak leh nak buat apa2. Aku ni moderator je. Dah aku minta kawan2 buat artikel, depa pun buat dan minta dirahsiakan, aku hormat decision depa. Jangan Mare...

OWN..sekali lagi saya mintak ampun dan maaf di atas "KEJELABASAN" mulut Fazie ni.. Tak dak border mulut dia..Kalu tengok gambaq kenduri tu pun, mana ada dia senyum..Kan?

Aku jugak dituduh selalu cover atau setuju ngan apa yang Koden kata, dan in the eyes of Fazie, itu tak betui. Dan dia siap bagi warning semalam pada kawan2 lain agar ajangan kutuk Koden depan aku, nanti aku sampaikan..Hahahaha..aku cabar depa suruh buka topik kutukan Koden, tapi tak dak sorang pun yg buka. Kalu kena ngan tajuk, aku boleh kutuk dia punya. Tapi kalau dah tak dak benda..NO CASE lah sis..

Mazlee pun suspect KT ni sebagai quite close sebab spell nama dia ngan betul. Tapi masih tak leh nak pin point. Ni lah serba sedikit biografi KT :

SEX : Male
SCHOOL : SATS / SMJ
AGE : 50 THIS YEAR
ADDRESS : W.MALAYSIA
WIFE : 1 ONLY
KIDS : A FEW
G/FRIENDS : NOT THAT I KNOW OF
HOBBIES : ALMOST LIKE MINE

Hahaha..good enuff for u guys...

WASSALAM

KENDURI


Bersama Omaq n wife

Depa kata hujan pun berhenti kan, tapi Kamal kalau boleh hirup sup, tke henti2, walaupun yg lain dah belahak 2/3 kali.

Foto ni menceritakan segalanya. Notice anything? Perasan dak dalam 3 org ni, 2 senyum dan yang satu lagi masam? TAL18 dah menceritakan segalanya..

Kan aku kata yang hujan pun berhenti? Dia dok hirup sup lagi. Actually ni dah second round punya lauk pauk, selepas dah clear yg mula tu. Menu : Ayam masak merah, gulai ikan kering, sup daging dan acar. Kamal dok pulun sup lah tu..

Salam semua..Reporting from Kuala Nerang:

Kuala Nerang, 22/3/09 :

Aku sampai rumah Fazie about 1:15 kut. Mazlee ngan Kamal dh sampai terlebih dulu. Bila aku cari Kamal tak nampak, rupanya dia dok menyorok belakang kerusi dok tengok blog. Pas tu tunggu sat, TAL18 pun sampai..tapi pakai keta lain, sebab tikus dah buat sarang dalam keta yg mahai berjuta tu....gerit wiring dia..Bukan takat burung je buat sarang, kawan Koden(tikus) pun buat sarang gak..Kalau duit boleh buat sarang best gak kan? Hahahaa..Anyway kami pi ngan dua keta. Kamal ngan Fazie naik BMW lah, Mazlee naik ngan aku. Jauh jugak Puncak Janing tu. 1 hrs drive gak.

Bila sampai je, aku pun dok terpikiaq lah rupa Omaq ni camana. Mazlee pun tak ingat. Lid pun tak ingat. Kamal je yg tau. Dari jauh bila aku nampak Lid ngan Kamal dok salam, aku ngan Mazlee dah kenai dia. Memang aku tau dia ni walau pun tak rapat sangat masa kat sekolah. Dia ni budak SATS gak kan? Anyway kami berpelukan masa jumpa dan ternyata dia memang lah nampak lemah sikit, tapi ceria sebab kenduri kan..dan poket baju melayu dia pun penoh kiri kanan.

Kami pun duduk dan start makang. Macam gambaq yang hampa tengok kat atas lah. Memang Kamal hirup sungguh sup daging tu. Menu dia memang best dan aku makan banyak..hahaha..

Aku ambik kesempatan untuk kirim salam kat dia bagi pihak kawan2 semua dan dia pun kirim salam untuk hampa semua..

Aku akan post gambaq lagi bila Kamal email gambaq dari cam dia nanti..

WASSALAM

Sunday, March 22, 2009

OMAQ..

Salam semua...

Kuda Tua ada SMS aku semalam kasi tau ada posting baru g dia buat, tapi oleh kerana aku kat Shah Alam masa tu dan sibuk sekali, maka tak sat baru aku baca dan aku postkan kat sini...

BAPA TERLAMPAU, KAWAN MELAMPAU

Ana pun tengok lah video clip tajuk Bapa Melampau dan mula2 terasa peningkatan adrinaline juga dgn sikap si bapa tapi akhirnya jelas yang clip ini sekadar hiburan (tiada kena mengena dgn yg masih hidup atau yg sudah padam).
Selari dgn tontonan video ini, ana pun teringatlah akan keadaan Kg. siber kita yg kadang2 hangat sehingga Tok Penghulu terpaksa delete beberapa komen. Dalam konteks ini, ana tidak pernah terlintas utk mempersoalkan kearifan pertimbangan Tok Penghulu.
Maka terbuktilah ada di antara kwn2 yg melampau. Ana tidak berniat berfikiran negatif. Oleh yg demikian ana berpendapat bro/sis yg berkenaan mungkin tidak berniat utk jadi melampau. Mungkin dlm keghairahan menaip komen, dia jadi "over" sikit.
Oleh yg demikian, ana berharap bro/sis yg berkenaan jgn "tarik diri" dari Kg. ini.
Ironi nya, ana pun mengguna nama samaran juga. Ana pun kadang2 sinis juga. Ana pun cuba utk menyampai rasa hati dgn ikhlas juga.
Mungkin ana lebih "am" dlm berlaku sinis. Ana harap bro/sis yg mengikuti artikel ana dpt memberi maklum balas sekiranya ana pun boleh dianggap "kawan yg melampau".
Ana berpendirian menentang komen2 anonymous/nama samaran yg mempunyai "individual @ personal vandetta".

March 20, 2009 8:46 PM

Menarik lah KT...Menarik jugak komen yg Madud bagi. Walaupun dia kata pasai apa dok bawa keluaq balik issue, tapi nampak gaya dia sendiri pun tersasul..

Madud says:

Aku hairan sungguh ngan hang, opocot, ente nii. Maaf yaa, ana hairan dengan ente, Penguhlu delete post atau komen, hang kata "terbukti ada antara kawan2 yang melampau".

Aku langsung tak mau pikiark, melampau ka, peribadi ka apa kaa yang di komen tu. Yang hang nak timbulkan pasal apa, diam sudah laa.

orang kata apa? double talk? in one place hang kata "terbukti", after that, hang kata, "tak terlintas langsung nak persoalkan". Pada aku punya pendapat, sepatutnya, kalau hang punya ingat seperti kedua2 kenyataan di atas, hang langsung tak sentuh dah, tapi hang cungkeiy kluark lagi isu2 tu. kalau nak diam kan.. diam kan terus. Aku pun nak seronok sembang, tapi kalau yang masuk komen2 melampau, kita timbang jugak, komen ni melawak kaa serious. kalau aku, aku tentang terus komen2 yang langsung anonymous tapi unsur kutuk/kritik. Ada beza antara kutuk dan kritik. tapi kedua2 perlu keberanian. sekian terima kasih.

jangan marah. senyum selalu. tak makan pun, masih boleh senyum.

March 21, 2009 7:53 PM

Madud says :

ghopaa2nya kawan aku ni merangkap bradik2 ni jadi pusat mengadu utang kaa? hahahaahaha nasib baik depa tak mai mengadu kat aku, takot nanti aku pun nak berutang plak, wakakakakakaakaaaa...

Aku dok baca fazie komen previous posting, aku teringat zaman2 aku di SMJ, masuk pun dah 3 - 4 minggu skolah bukak.

Sebenargnya aku di pindahkan oleh bonda.Sebabnya aku baru kluark hospitart. Aku demam jaundice, demam kunin orang kata. masuk spital pun dekat2 7 minggu, kalau tak silap aku laa. Punca nya, aku hari2 main di pantai di Butterworth, masa abang Yeat aku kerja kastam di sana. dari pagi sampai nak senja baru balik. Kadang2 kami berjalan kaki susur pantai sampai laa jeti feri pulau pinang tu. Kalau ada duit kami pi Penang. Naik Bukit Bendera sekali, aku berdua dengan Bahariah, hangpa panggey dia Intan kot, yang mana yang kenai laa sebab dia skolah SMJ 2.
Jadi, aku pun dok teringat lah hari-hari aku di SMJ ni. Rasa2 macam aku ni pemes jugak laa kot? Sebab ramai yang aku tak kenai tapi depa kenai aku. hehehehehe Pemes kaa inpemes? hahahahaha
Aku ingat jugak masa heats untuk hari sukan. 400 meter aku masuk, 1500 meter pun masuk. 400 ok lagi, aku ingat lagi depa sorak, UTARA! UTARA! mai 1,500 meter dua round saja aku dengar sorakkan, pasai bila nak masuk round ke tiga, aku pancit! hahahaha DZ,McE dan lain2 mungkin tertanya2 pasai apa orang sorak UTARA! UTARA! Masa heats tu, aku pakai T Shirt Kastam Bahagian UTARA, abang aku bagi, hehhehe. Itu laa first time aku dengark orang sorak sokong, Teruja sungguh. Macam hangpa yang men bola, rugby dah biasa laa kan?

Satu lagi aku ingat 1st time dalam kelas, kelas apa aku tatau, tapi cekgu soh aku mangkit baca text apa tatau? AKu dengan selamba mangkit baca laaa, tiba2 kelas jadi ghiuh!?? Ghopaa2nya aku baca laju sangat! Depa tak leh polo kot? wakakakakaka ada banyak kisah lagi, tapi aku rasa panjang kalau nak di ceritakan.

Cerita kelas lukisan, cerita rombongan pi penang, cerita pi kutip duit walkathon di penang. hehehehe

March 20, 2009 3:40 PM

Dude..thank you untuk cerita2 nostalgia ni..best gak. Aku cuma nak komen sikit tentang apa yg hang kata kat Kuda Tua ngan apa yang hang komen a day earlier(marked in red).

Topik "ha wau ta nga" tu aku dah minta cool a few posting yang lalu, seems that hang saja nak wak kluaq gak cikit. Relax la bro..Lu macam cakap tak serupa bikin lah. Atau lu saja buat blur. Atau pun lu memang blur..Hahahaha.

Walau camanapun aku memang teruja gak bila aku buka blog ni tak sat, sebab dari petang kemarin aku tak buka dan tetiba ada 10 komen. Yang bestnya, Ain ada, Mc E ada dan lain2 lagi lah.

Aku hari Jumaat petang pi Shah Alam sebab nak ambik balik mak ngan bapak aku serta anak sudara aku yg akan bersekolah Sunday ni. 21st, Saturday adalah hari appointment bapa aku untuk buka jahitan kat kepala dia. Pi SJMC, depa buka bandage tu ada nanah la pulak.So tak leh nak buka jahitan tu, depa cuci dan balut sekeliling kepala dia pulak dan bagi tau yang dia boleh gi klinik mana pun on 23rd untuk buka jahitan tu. Bila dah balut camtu, susah lah dia nak pakai ketayap yg selalu dia pakai tu. Adik aku terus cakap tak yah pakai lah ketayap tu, sebab depa dah balut penoh dah, pakai ke tak pakai ketayap pun dah memang cover kepala tu..Dia pakai jugak dengan jelingan yg sinis kat adik aku..hehehehe.

Pas tu kami semua pi makan kat belakang Tesco extra Shah Alam, kedai Geng Upin Ipin tu lah. Sebab pi situ, anak saudara aku yg darjah satu tu nak pi sana. Kedai favourite dia. Decor kat situ not bad, food dia pun not bad gak..Masakan kampung lah sikit sebanyak..Pas makan, depa masuk pulak kedai Geng yg jual merchandise Upin Ipin tu...Tau sajalah, aku terus bawa mak ngan pak aku pi rumah cousin aku kat USJ untuk sembahyang dan lepas tu kami belah balik AS.

Sampai AS kul 10:30mlm. Now aku dah balik ke SP sebab esok nak arrange budak2 aku kerja kat PFK. Sebelah pagi je lah aku sibuk. Pastu....

Aku dah confirm memang nak pi kenduri Omaq. Siap seterika baju melayu sekiranya ada yg nak ikut cadangan anonymous mana ka pasai baju Melayu tu. So, sapa2 yang tak dapat hadir, aku akan repot kan lah bila aku balik dari kenduri nanti. Esok siang aku akan kontek gang semua dan buat temujanji kat mana nak jumpa dan konvoi beramai2, kalau ada ramai lah. Tak pa lah aku akan mewakili hampa yg tak hadir dan kirimkan salam dari Kg Siber ni...

Will be reporting LIVE from Kuala Nerang....

WASSALAM..


Thursday, March 19, 2009

KENDURI


Salam semua...

Lihat lah dua orang kaya sedang enjoy minuman kesihatan di High Chapparal...Hahahaha.. Depa ni punyalah computer savvy la nie, pantang dok saja mesti bawak keluaq laptop punya..Tak sangka aku yang depa ni dah teruja sangat dengan alam siber ni...

Jadi apa yang Lid kata dalam komen bahawasanya kami ni dok ketagih ayaq ketum, salah sama sekali..Haahaha. Depa dua saja yg minum.

Camana pun apa cerita ngan kenduri Omaq ni..Aku terpaksa pi KL nak bawa parents aku balik. Hopefully aku sempat join hampa yang nak pi kenduri. Memang aku look forward to joining sebenaqnya. Aku akan cuba slotkan masa jugak.

WASSALAM

KRAF

Salam semua....

Pertama sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih dari ujung rambut sampai ujung kaki diatas kesudian kawan2 semua menghadirkan diri di alam siber yang serba canggih ini..Menceriakan kampung kita ni dengan pelbagai komen2 yang bernas, yg berbentuk pengajaran, agama, sinis, teghejai dan sebagai nya lah..Tak lupa jugak yang hanya menjengok dan berlalu, mungkin senyum sorang2 macam apa yg Mazlee buat dulu..Tapi Ah Teik punya pasai lah dia pun dah pandai bersuara la nie..

Ada sikit aku nak saran kan lah..Apa kata kalau kita be honest atau jujur sikit dalam teguran dan komen hampa semua. Jangan lah sampai kisah keluarga apa semua hampa bawak keluaq, rasa cam tak best lah. Memang tak best lah bagi aku. Sekiranya perlu sangat nak diluahkan, jangan berselindung dibalik nama samaran, berani buat kena berani tanggung lah kan? Saja lah Tok Penghulu nak nasihat..Takut sat gi ada yang bermasam muka..Tua tua tak elok aih..Kampung siber kita ni kena ceria selalu..

Poster sebelah ni pun aku tau dari Manggis. Aku dengaq habaq, satu booth berharga RM300 for 2 weeks. Ok gak tu kan Dude? Hang tak try masuk ke atau hang tak layak ka atau konsep tak kena ka? Kalau tidak kita boleh pakat2 macam dulu. Dekat sikit dak? Anyway sesuatu yang menarik dan unik dijanjikan pada pameran tersebut. Yg dekat terpa pi lah..Aku pun nak drop by sebelum dia habis. Manggis ada kat Booth 001, Khemah Hasil Rimba. Sajalah tolong promo memba cikit.

Hamsan call aku pagi tadi utk memberitahu yang dia jugak ada kat depan Gano Excel Jitra masa banjir tu, selepas baca blog. Tapi tak mau komen apa pun dalam blog. Kesian kat blog..Uhukk..

WASSALAM..

Tuesday, March 17, 2009

SELUAR KAIN KHAKI..


Salam semua...

Aku dah sampai balik ke SP setelah bersama Dik D tadi pi Jitra. Trip balik was cool...Sampai je kat rumah start lah aku interrogate gang2 aku tentang kerja depa hari ni dan sebagainya lah.. Pas tu start buka blog dan jawab pertuduhan yang telah ditujukan pada aku dengan sewenang wenangnya, tanpa bukti yang nyata, sedap mulut je orang kata, term baru lanie mulut tak dak insuran. Aku sanggup dihadapkan ke Mahkamah Sivil atau pun Syariah untuk menjelaskannya..Amacam Fazie..Ready to be sued?..Hahahaha..

Tetiba aku terima SMS yg berbunyi begini..."Salam. Refer CITALAH LAGI. Aku post artikel SELUAR KHAKIS BERKANJI..." dari KUDA TUA.

SELUAR KHAKIS BERKANJI Selepas mandi dan bersiap untuk keluar berurusan, ana pun ambil baju dan seluar untuk dipakai. Kebetulan anak ana sudah iron seluar Khakis untuk ana pakai. Dan ana pun pakailah seluar yang telah disediakan itu. Dalam sesak2 jam di KL ini, ana mengelamun tentang fesyen seluar yg kita telah lalui. Straight cut, boot cut, bell bottom, baggy dan yankee tight. Semua tu dah kita lalui. Masa Form 5, Omaq Shaifuddin, Kamal dan Eop Din Kerap adalah diantara yang pakai bell bottom besar dan sapu sampah sekali, pastinya di samping budak2 Sarawak yg seolah-olah mendapat "tajaan" syarikat nila. Tapi ana lebih teruja kepada lamunan ke zaman SATS. Zaman seluar pendek khakis berkanji. Zaman 1 dalam 30 saja yang memakai seluar dalam. Seluar pendek khakis berkanji ni mampu berdiri jika ditinggalkan selepas ditanggal. Yes! Memang seluarnya keras sekali. Aduh! Bayangkan lah kesengsaraan memakai seluar itu dihari pertamadibuka dari lipatan. Kalau ingatan ana masih tidak kabur sangat, Madud, McE, Loceng dan Own pun senasib dgn ana yg pakai seluar khakis berkanji semasa Std 2-4. Boleh kongsi pengalaman bro2 sekelian tentang pengalaman berseluar pendek khakis berkanji? Sis2 pun ada juga yg pengalaman uniform khakis berkanji ni So apalah kiranya kita "LET THE GOOD OLD TIMES ROLL".

March 17, 2009 10:47 PM

Well, well Fazie..Kuda Tua ni it seems ada kat SMJ sampai Form 5, manakala aku pulak telah dibuang dari SMJ lepas Form 3...Amacam? Mari kita lihat siapa yang kena??...hehehe...

Aku jugak teringat yang kita ni pakai seluar warna coklat semasa SATS. Dulu lain sekolah lain warnanya kan? Sampai lah di seragamkan dimana biru menjadi warna seluar lelaki dan baju apa nama tu yg pompuan pakai.. Aku tak berapa ingat lah tentang seluaq berkanji ni, tapi aku setuju yang 1 in 30 je pakai seluaq dalam..for boys I mean. Hehehe..Sekolah menengah baru belajaq pakai seluaq dalam kan?

Nostalgia semua ni. Terkenang semasa duluuuu...Hatiku terasa rinduuu...

Gambaq yang aku post kat atas tu diambik kat highway tadilah. Pokok tu cantik dengan bunga nya yg sungguh menawan. Merata rata kita tengok pokok jenis ni yang berbunga musim ni. Kat Penang lagi banyak dan sungguh menarik, siap masuk artikel kisah pokok2 ni dalam The Star.

Ada satu blog yang aku tolong siapkan utk kawan aku, Manggis, kartunis Ujang dulu. Dia ni baru nak berjinak ngan komputer dan ingin mempamerkan hasil karya dia ke mata dunia. Cuma first posting ni belum cukup material lagi untuk dipamerkan. Once gambar2 artwork dia dapat aku capture, the blog will start to sell the product... Check it out..Manggisart.

WASSALAM...

BAPA TERLAMPAU..

Salam semua..............



Video diatas ni aku rasa hampa semua perlu tengok sebab Dik D hantaq kat aku dan minta dimasukkan ke blog.. Kejam betui cerita ni..Tapi..Cool...

Enjoy..

WASSALAM

BANJIR KILAT...

Salam semua....
Dalam perjalanan aku ngan Dik D, aku ternampak pemandangan ni kat Tol Tasik kat Jitra tu. Aku pun minta Dik D berhenti sat. Dik D pun teruja gak tengok pemandangan tu..Cantik kan, dan juga awan tu menggerunkan.


Bila sampai dekat ngan kilang Gano Excel, jam la pulak jalan. Ini lah apa yang terjadi. Banjir rupanya.

Inilah pemandangan di depan Gano Excel hari ni. Sebelum simpang nak masuk ke ladang Ketum. Hehehehe.

Dalam perjalanan tadi aku teringat kat Hassan..Jadi aku pun call lah dia sebab depa kata dia ni dah ghaplah pasai cerita hutang ke apa ka yang masuk dalam blog ni. Terkezut aku bila dia kata dia langsung tak pernah baca blog ini. Dan cerita daropada dia adalah sebaliknya daripada apa yang aku dengaq..So camana?

Actually kita tak perlu nak mensensasikan benda yang tak ujud. Tak dak gunanya. Kita ni kan ke kawang2 semua. Apa yang di coretkan disini adalah dalam konteks kawan2 belaka. Yang baik kita ambik lah. Yang buruk kita hentam lah. Tak dak sapa yang nak bermasam muka kut. Lets tutup je cerita tu dan kita buka kisah lain. First time aku dok tulis blog ada mamat dok ushar sebelah aku..Sapa lagi kalau bukan Dik D..

Terima Kasih yang tak terhingga kepada Koden dan anak2 yang telah melawat bapa aku kat Jasmin Apartment, rumah adik aku tadi. Teruja jugak mak aku dan bapa aku bila Koden sampai. Ini message Koden selepas dia melawat .."Alhamdulillah ur dad looks good n vry positive with the short coming"

Thank you again Koden...

WASSALAM...

GLETEK & NYAKAT

Salam semua...

Aku keluarkan slide show tu sebab aku rasa dah lama sangat dok kat situ dan juga memberatkan blog bila dia loading. Anyway aku akan bagi address dia sekiranya hampa perlu unuk nak tengok lagi. Minta je lah ngan aku..

Sebelah ni aku ada masukkan playlist FIA, singkatan bagi Flowers in Affair. Depa ni kira macam independent band lah, yang berjinak ngan muzik2 acid jazz katanya. Depa punya mentor adalah Earth Wind & Fire, funky, jadi since muzik2 jenis tu lah kita dok dengaq masa muda dulu, jadi aku saja lah letak dan mungkin hampa rasa nak komen ka, nak hantam ka apa saja lah..Depa ni open. Aku rasa aku suka gak dengaq groove depa ni..

Kuda Tua kata :

GLETEK DAN NYAKAT SAJA

Walaupun kualiti penulisan ana masih berkarat, ana bersyukur dan amat teruja dgn komen dan penglibatan bro/sis. Own sudah terlatah tidak ngaku ada kena-mengena dgn KT. Dz pula dah meyakinkan kita McE pun bukan KT. Tujuan ana untuk terus memberi semangat kepada "taukeh blog"- Dz, nampak nya berhasil juga. Alhamdulillah.
Jika tidak menjadi keberatan ana memohon semua yg mengikuti perkembangan darah59 akan mencuba kebolehan bercerita. Cerita tentang kita dolu-dolu lah yg akan buat ramai teruja. Cerita semasa yg berlaku harian untuk dijadikan bahan renungan pun menarik juga.
Ana nampak dan kagum dgn Dz yg pandai membuka tajuk2 yg mampu mengeletek dan menyakat kwn2.
Tak ada kah bro/sis yg terasa berminat utk menyakat Aziz Md Noor? Ana merasakan sudah terlalu lama Jit menyepi. Sibuk apa lah agaknya Jit ni ya?
Hamsan pun terus menyepi sejak jadi "Hang Kebun". Ana harap jemari Hamsan masih lembut utk menaip sepatah dua kata2 nyakat.
Sharehah pun terus membisu sejak bertukar "title".
OK, sudah sampai masanya bro/sis menyambung komen masing2 sambil menyakat sesama kita. Sudah sampai waktunya TAL18 bersuara semula dgn penuh hemah dan keinsafan.
KhaKhaKha, ana pun syok menyakat juga. Bro TAL18 jgn marah ye.

March 15, 2009 9:35 AM

FYI..Hamsan belum jadi Hang Kebun lagi kut..Kalau tak silap aku bulan Mei. Anyway dia ni memang suka berdiam diri dan perhati dari jauh je..Tapi dulu dia biasa buat karangan khas untuk aku baca saja. Masa sekolah la. Aku tak pasti samada dia ingat ke tak. Tapi kalau org Indon kata itu cerita SERU. Hampa pikiaq ambik lah.

Gah dah tukaq title apa pulak. Dah jadi Datin ke atau Tok? Tak kisah lah title apa pun kan.

Jit Md Noq ni bukan jenih yg boleh ikut kepala org lain. Dia kepala dia saja. Kira blog kita ni tak memberangsangkan dia lah tu. Banyak masaalah negara yg dia nak pikiaq. Banyak duit nak kumpuilah kut...

Hasaza pun sibuk dok belajaq jadi KOLONEL gamaknya. Kursus dia setahun tu. Bukannya sat sat. Lama sungguh. Ya lah kan, nak jadi perwira yang mempertahankan kedaulatan Malaysia, tak senang babe. Hope u do well in ur course brader..

Fatimah Zaharin, yg mempunyai hobi fotografi, sama ngan aku pun dah diam dan tak mau nak boh ke gambaq2 yg u ambik tu. Share lah ngan kita semua. Boleh gak cuci2 mata.

Own ada msg aku kemarin, tapi aku tinggai fon kat Penang. Bila aku ambik fon baru baca. Dah lewat lah kut. Dia bagi tau yg dia ada dekat ngan Gurun. Lepas aku jawab sms dia, terus dia diam..Senyap dan sunyi..

Kata org kaya baru, dia nak mai jumpa aku kat Gurun. Tapi dah more than 1 jam aku kat sini dia masih tak muncul. Mampus lah. Aku nak chow dah sat gi. As usual lah, Hussin Nasik Kandaq kat Jerai Plaza ni adalah opis harian aku. WIFI dia kira laju gak lah kan.

WASSALAM...

ps : Puan Fazie - bila lagi nak buat cerita apa2 ka..Takkan nak jadi pengkritik saja kut.

NYANYOK

Salam semua...

Aku terima satu coretan cerita dari TAL18. Jadi aku nak masukkan disini lah untuk renungan hampa semua. Dan sekiranya hampa nak komen ka apa ka, hentam sajalah. Jangan malu dan jangan segan.

Sesuai dgn tajuk hari ini aku ada lah satu cerita untuk kawan mengenai diri aku sendiri.Aku rasa sesuai sangat pasai cerita tua,
NYANYOK.
Di kampung aku Kg Gelong ni adalah satu orang tua,dia ni nyanyok.Bila dia curi keluak Jitra dari bini dia,dia tak tau balik,cari jalan balik rumah tak jumpa.Kadang kadang sampai 2 atau tiga hari.Jenuhla bini dia suruh anak anaki cari.Lepa dari bini dia mesti dia belah pi Jitra.Inilah stu penyakit bila tua,Penyakit ini dia cepat lupa dgn apa yg dia buat.Penyakit ini dah jadi kat aku belum tua lagi.Dah lama juga jadi.Aku pun kalau ke Jitra cari jalan balik tak tau.Mana mana kawan2 yg pernah mai rumah aku,hampa taulah,arah rumah aku keChanglun atau Bukit Kayu Hitam.Bila aku pi Jitra selalu nak kona pi arah Alor Star,pernah juga tak balik 2/3 hari juga.Dah aku ingat jalan baru balik.Bila aku balik bini aku tanya pi mana aku kata nyanyok lupa jalan balik.Kadang kadang balik pakai baju lain.Aku pun kata nyanyok juga,kat mana aku dapat baju pun tak tau.Dirumah kadang kadang panggil bini aku dgn nama lain,aku akan nyanyok juga,lupa nama.Tapi bila aku keluak Jitra dgn bini aku tak jadi pula penyakit ini.Elok saja cari jalan balik.Puas juga berubat dimana mana tak baik baik juga.Tapi la dah tak jadi lagi pasai aku baru kawin saja. dan muda lagi.Nanti lama sikit penyakit mai pula la tu.Waktu jadi penyakit ini waktu bini dulu.

TAL18

Kacau jugak penyakit ni. Tapi yang pelek nya dia ada masa pulak nak mai sakit ni. Walau camanapun, baru tak sat TAL18 call aku, dok cari jalan camana nak balik dari Aloq Setaq..Hahaha..TQ untuk kisah nyanyok tu.

Kita ni semua kawan2 belaka. Kalau nak mengata apa pun, bukannya serius. Semua nya sambil melawak saja. Kutok mengutok membawa bahagia kan!!!

WASSALAM

Monday, March 16, 2009

BKT WANG

Salam semua...

Ada satu lagi artikel dari Kuda Tua...Dia lebih kurang cuba meniti balik ke Bukit Wang yang aku pasti banyak kenangan kepada kita semua..Walaupun aku lebih banyak berriadah di Chegaq..hehehe...

BUKIT WANG

Tersebutlah al-kisah tempat peranginan yg menjadi buah hati setiap penduduk di sekitar Jitra.
Ana yakin ramai di antara bro/sis masih mempunyai sedikit sebanyak kenangan dengan Bukit Wang.
Jadi hari ini ana ingin mengajak semua mengimbau kembali pengalaman masing-masing dan berkonsi sambil berhibur dengan cerita2 kelakar seperti kisah Madud/Bisu "menjual kamin kat hinooo". Terbahak2 ana ketawa membaca cerita Madud ini.
Di samping kepuasan mandi di lipur yg dingin, ana selalu teringat pengalaman tayar basikal yg pancit setiap kali ana dan teman2 berbasikal ke Bukit Wang.
Sekodeng pun menarik juga di Bukit Wang.
Baik lah, sekarang ana teringin nak dengar komen pengalaman bro/sis pula.
KUDA TUA

Bukit Wang ni memang tempat yang cun jugak kan dulu2..La nie aku tak tau lah. Kemungkinan besaq dia semakin cantik dan canggih. Sesiapa yang ada melawat kat situ sila lah bagi feedback..

1. Kenduri rumah Omaq Shaifuddin, 22hb ni. Hari Ahad lah tu dak? Jadi camana.. Aku akan turun ke KL 20hb ni. Kalau nak ikut gang KL mai kenduri pung boleh gak. Tapi aku tak balik KL lepas tu. Kalu yang gang lain pulak langsung tak bunyi berkenaan kenduri ni. Bagus jugak kalau kita semua boleh pi sama2. Kita buat temujanji satu tempat pastu bergerak sekali. Kamal dah ambik cuti. Tentang pakai baju Melayu tu, aku let hampa semua decide lah tengok camana. Not a bad idea actually..Sungguh segak sekali kalau kita dapat pakai camtu. Terkezut Kg Omaq nanti. Sila bagi cadangan guys...Tak berapa hari dah lagi..

2. Aku rasa bersalah gak kat Gah yang dok tanya pasai Family Day. Sebab aku dah cuba dapatkan quotation pun tak patah balik mai kat aku. Lagi pun aku sibuk gak, tak follow up langsung. Bila Mc E bagi tau yg memba sekolah dia dah tetapkan date untuk sambut B'day ke 50 bersama2, aku rasa itu satu idea yang bagus sekali. Amacam? Kat Mana dan bila...

3. Bagi kawan2 yang dok komen, sekali lagi aku ingin sarankan disini agar bagi tau nama supaya kawan2 tak tertanya2. Kalau nak bagi artikel dan tak mau dikenali, at least bagilah moderator kenai. Kalau kawan2 bising boleh gak aku tepiskan, sebab aku kenai..Hehehe.

Bapak aku dah ok..La nie dia dok rest kat rumah adik aku kat Kg Subang...Tq all...

Artikel 4

Salam semua..

TQ Mazlee for the date..

Ini ada satu cerita yang aku rasa elok semua org tengok dan baca...Cuma masaalahnya, aku sendiri pung tak kenai dia ni. Sekurang2 nya aku kenai gak Kuda Tua tu...

SALAM semua sahabat handai, rakan n taulan.

Nampaknya banyak cerita 'menarik' dan komen sepanjang dua tiga minggu ini. Banyak perkataan HALAL n HARAM....penyangak pun ada!!!

Bila terpampang tarikh dilahirkan, rupanya kita dah setengah abad...umur tu melambangkan apa? Banyak....

1st, usia belum akal baligh @ budak-budak, 2nd dah cukup MATANG, and 3rd cukup TUA.

Aku bukan hendak nasihat tapi renungkan bersama. Perbuatan kita pada usia MATANG dan TUA adalah terpenting.

Pada usia matang kita buat sesuatu dengan niat, hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Pada usia cukup TUA, salah cakap, salah cerita atau tersalah cerita yang bukan-bukan, kita boleh dianggap sebagai BAGHAL, DANGKAL, BODOH atau lembut sikit....orang tu akai pendek, tak berilmu. Mungkin juga ada motif. Sapa tau.

Aku tidaklah pandai, semuanya halfway, tak sempat habis. Ngaji pondok pun tak habis. Kira masuk kategori "D" dekat F lah tuu. Nak cerita pasai BMW, Merc, sorilah...takleh aku.

Cuma aku ingin berkongsi sikit mengenai cerita ini (tidak ada tokoh tambah, the only truth).

a) Di dalam kitab Futuhat Makiah karangan Ibnu Arabi (kitab asli), beliau menceritakan tentang seorang Arab pada zaman jahiliah yang mencabar tuhan (Allah SWT).

Diceritakan pada satu hari dia naik ke atas satu batu besar dan menghunus pedang mencabar Allah berlawan. Masa berlalu, akhirnya dia bertukar menjadi seorang alim bertaraf wali Allah.

b) Sekali aku ziarah seorang alim (ramai menyatakan dia bertaraf wali kerana ilmu dan amalan dia). Aku setuju sebab terbukti. Setakat berilmu, amalan tidak seberapa belum boleh capai taraf itu.

Pada satu hari, seorang jemput dia pi rumah untuk rai kenduri.

Bila saja makanan masuk dalam mulut (setakat dalam mulut sahaja), langsung dia tutup mulut dengan tangan mengeluarkan makanan itu seolah-olah terlekat dengan gigi palsu dan tidak boleh makan.

Kerana menghormati tuanrumah dia makan (setakat dalam mulut) walaupun tahu makanan itu dari sumber HARAM. Oleh sebab tiada pilihan dia terpaksa berbuat begitu supaya tuanrumah tidak malu. Begitulah tingginya pekerti orang alim yang berilmu.

Meminjam kata-kata moderator, JANGAN SAMPAI ADA YANG TERSENTAK.
Jangan hipokritt!!!

Koden selalu kata 'pikiaq sendiri.'

Dosa dengan Allah, kita boleh taubat dan pohon keampunanNya, dosa sesama manusia selagi dia tidak maaf, dia tidak redza, tanggunglah sampai akhirat. Di dunia nampak hebat!!!

Cerita mengenai penderitaan rakan kita e.g. Omar Saipudin dan yang sepatutunya diumumkan, eloklah dipublishkan.

Tak salah juga bercerita mengenai harta yang melimpah ruah, dan lebih baik jika sanggup berkongsi, membantu sahabat handai, rakan-taulan yang memerlukan.

Tersalah, silap, aku mohon maaf.
Wallahhualam.
Wassalam.

March 16, 2009 2:02 PM

Aku ucap terima kasih kat mamat/minah ni yang telah mencoretkan ngan panjang lebar cerita nya kepada kita semua...

Sunday, March 15, 2009

PELURU SESAT...

Salam semua...

TQ Koden for the concern. Ya memang betui semalam aku on the way ke airport, Jeep aku plak breakdown kat Elite Highway, km 16.6. Tunggu AAM sampai untuk check saja, 2 jam. Nasib baik anak teruna aku yg dok kat Nilai tu mai temankan aku. Pas tu tunggu tow truck another 2 jam. Aduh...letih. Tapi Koden ada SMS aku dan minta aku call dia sekiranya perlu assistance. Pastu aku ikut tow truck AAM balik hantaq Jeep aku kat w/shop yang aku selalu pi, dekat ngan umah aku kat Subang 2.

Sampai w/shop, anak teruna aku yg No.1 pulak mai ambik aku. Dalam tow truck tu, aku ada SMS Chong..last2 dia dah ajak aku pi umah dia kat Ampang . Aku pun gi lepak umah dia dan dapat lah jumpa Mrs Chong, yang sungguh sporting dan dok sembang ngan kami sampai lewat malam gak.

Anyway, aku balik Penang kul 4:30 punya flight tadi. Parents aku sampai KL sama masa ngan aku sampai Penang. So dalam kul 7 camtu aku pun call lah mak aku..Tiba2 dia dok menangis pulak. Panik berok aku. Rupanya, lepas adik aku gi ambik depa kat setesen, bawaklah bapa aku ni pi makan kat Pelita Subang Jaya. Hujan renyai masa tu kut. Bapa aku masa nak naik tangga ke Pelita tu, telah slip dan jatuh, kepala dia dah kena jalan dan luka. Banyak lah darah nya..Straight away depa bawa dia pi klinik berdekatan. Bila depa tau dia diabetic, depa refuse terima dia dan suruh gi hospital. Adik aku bawa gi SJMC, paling dekat lah tu, sebab bapa aku ni in a daze lah, mungkin terkezut kut. Depa scan kepala dia, depa check sugar level dia and find out semua ok. Gula dia pun 6.8 je. Baru depa jahit kepala dia. Aku pun tak tahu berapa jahitan. Teringat jugak aku nak call Koden pi tengok sat, since aku kat Penang, tapi alhamdulillah, anak aku pun pi situ lepas aku bagi tau dia, dan cousin aku yg dok kat USJ pun rush pi situ gak.

So now aku rasa dia dok relax kat rumah adik aku lah tu..Friday ni aku masuk KL lagi sekali lah nampak gaya nya. Aduh, 2 hari ni banyak masaalah sungguh yg menimpa aku. Dugaan..

Enough about me. Ni aku nak cerita sikit pasai peluru sesat. banyak tembakan yang dilepas nampak gaya mengena innocent bystander, dan mungkin ada terjadi sedikit kekeliruan. So, eloknya kita hold back subject tu lah, atau pun kalau hampa ada nak kata apa, mention nama teruih lah , tapi aku rasa tu pun tak sesuai gak. Personal lah katakan. So, aku menyeru lah agar biaq saja benda ni berlalu, agar tak de lagi orang yang terasa.

Betuikah Hassan dok baca blog ni? Kalau betui tu kira bagus sangat lah. Komen komen lah sikit. Jangan malu dan jangan segan. Mula2 je yang susah. Lepas tu dah kira ok dah..Kan?

Anyway Dik D ada kat SP, dan maybe malam ni aku jumpa dia kut. Kelam kabut aku pagi ni, terlupa pulak nak bawak fon...Sat gi kena balik Penang pulak lah nampak gaya nya.. Penyakit lupa ni susah nak berubatlah...

Tentang komen Mazlee menyatakan permintaan tarikh lahir utk di masukkan dalam blog ni, betui lah Lee oi..depa langsung tak layan aku..Hu hu hu..Apa kata hang bagi kat aku dulu? Pas tu aku akan simpan dalam arkib negara...

WASSALAM..

ps: OWN..nanti sat lah..Sibuk, ghaplah..

Friday, March 13, 2009

SYOK NYE..

Salam semua..Peace be upon u..

Kuda Tua dah naik syeh sekarang. Dia dah mula seronok dan tak malu dan segan lagi nak bercerita. Best betui lah hang KT. Bapak suka tu...Yang lain mana lagi ha? Aku postkan Mazlee punya komen kat sini sebab 1st time dia masuk dan sebab dia cerita kebaikan aku sama...Hahahaha..Dan juga kemurahan hati Madud. Actually, komen dia tu merupakan sebuah ringkasan karangan. Jadi aku postkan lah..Baco..Jgn tak baco..

Aku rasa elok lah kita maintain kan nama pena depa ni. Baru ada misteri sikit. Barulah dia boleh memperkatakan apa yang nak diluahkan tanpa segan silu, berselindung di sebalik nama pena. Comprendo? Bahasa Sepanyol tu..Kalau hampa masih ingat dulu kat dalam buku English ka buku apa tah, Std 5/6, ada beberapa patah perkataan dan ayat negara asing yg dimasukkan..under section General Knowledge kut..lebih kurang camtu lah..detail hancus..Aku ingat sampai la nie perkataan tu.Maksud dia "Ada paham ka?".


Bila Mazlee sebut dia seronok dok gelak sorang bila baca 59ers, kalau 3 minggu dulu aku suka dan sedih. Y? Why? Kenapa? Pasai apa? Suka, sebab hampa baca dan jengok. Sedih sebab aku tak leh gelak sama. Tak sampai hati aku nak gelak kat tulisan aku sendiri. Senyum tu ada lah..Bila terbayang semasa dok tulis tu. Tapi 2/3 minggu sudah ni, aku turut tertawa ngan kuat bila aku baca komen hampa semua..You guys make my day..Hak ni lah yang aku dok harap sejak dulu. Hope dia boleh maintain, kira cantik lah..

Di bawah..Kuda Tua menceramahkan kita semua..Ada tokoh ustad sikit sebanyak ni..

Artikel 3 HARTA KITA Ana terasa sangat teruja dan bertuah dgn sokongan dan jampokkan bro/sis sekalian. Masa dan komitmen meletakkan kita di serata pelusuk negara tapi kenangan silam terus mengikat ukwah kita. Dgn bantuan teknologi ini, ana terasa teramat dekat dgn bro/sis sekalian. Alhamdullillah. Semua kekayaan material tak kira halal atau haram adalah harta pinjaman sahaja. Pada bila2 masa DIA boleh tarik balik. 'Amalan adalah harta sebenar. MasyaALLAH, ana tak berhajat berkuliah agama tapi sekadar mengajak bro/sis untuk terus berkongsi cerita2 lama. Kerana ana berpendapat "KENANGAN" adalah harta sebenar duniawi yg akan kekal selagi hayat di kandung badan. Jadi ana berharap bro/sis sekalian akan terus menyumbang kepada nostalgia kita bersama. Gembira melihat Mazlee sudah menjampok dgn menarik sekali. Tahniah dan teruskan bro. Jika tiada keberatan, ana berharap sangat2 supaya kita jgn lah bercerita tentang kekayaan kita pada hari ini. Nyampah betul dengar kwn2 nak bercerita tentang pemilikan tanah yg berekar2, kereta Accord, Merc, BMW dan tah apa2 lagi. Syukur jika sudah mencapai kekayaan sedemikian tapi ana rasa hebahan yg keterlaluan boleh memualkan bacaan. Minta dikomen supaya dapat merangsangkan keupayaan ana untuk terus mengarang semula. March 12, 2009 11:53 PM

Hampa kena bagi komen kat dia ni. Semangat tengah kuat, kita kuatkan lagi. Aku tau the feeling kalau hampa komen dia..Aku komen kalu, dia tak rasa sangat sepertimana kalau hampa komen..Jgn lupa..KUDOS KT.


MAZLEE kata : Assalamualaikum.... Mazlee sini.. Aku ucapkan terima kasih pasai ada member yg tau aku dok intai Darah59 ni. Aku ceritakan sikit sinilah sebagai sinopsis.. Pagi lepas hantar anak dara aku p sekolah, aku sampai office buka darah59, tgk comment member, pas tu gelak sorang2 dan start kerja..Balik kerja selesai buat apa patut, mlm buka lagi, intai lagi... Bila baca cerita2 dalam darah59 ni, memang kita teringat masa kita muda2 dulu tapi pasai Ah Teik tu minta maap byk2 ler.. aku rasa aku tak ingat langsung.. pasai Meh Tunjang, Bisu stesyen teksi dan Darai Malau yang 2 aku ingat. Bisu steseyen teksi ingat sangat le pasai aruah bapa aku tu drebar teksi.. Bila Jan Darus cerita (Kat Koden) pasai kawan2 yang senang lenang dan tak menoleh belakang tu dan aku pun nak cerita sikit la pasai kawan2 lama... dulu yang dok support aku DZ la, makan, minum rokok, dia balik kerja terus mai Jitra, aku siap tunggu dah.. aku, Pa'at, Zan Manggol, Lid Tok Pa Li Bakar ramai lagi lah... apa pun aku tak pernah lupa kebaikan DZ..tq.. Madud.. aku nak cerita sikit sini.. Kisah di KL ler, Bukit Bintang.. aku disana dulu petang2 p la cari Madud di Bkt Bintang dok tgk dia tiup kaca, dua tiga jam lepas tu, dia nanti sound jom p makan... KFC ler, semua dia belanja, langsung tak pernah bersungut..aku harap Madud ni ingat lagi semua tu... Aku dengan Koden ni pernah kerja di dua tempat yang sama. 1 kat USM dan satu lagi kat Maybank.. dari dulu sampai la ni dok kelolo mcm tu jugak. aku rasa dialah diantara member kita yg menghangatkan lagi blog ini. dan pada KT hang habaq mai la nama hang sapa, dok sembunyi buat apa.. dan sekali lagi tahniah buat Dz kerana blog ni buat ramai lagi kawan2 yang dok mengintai dan dok gelak sorang2..mcm aku..... so.. setakat ini dulu buat masa ni.. utk Fazie jgn lupa cari sapa yang nak cari tu... salam. March 12, 2009 9:38 PM

Thank Q, Thank Q, Thank Q..Selagi kalian semua rasa gumbira, hamba ni ibarat lilin yang membakar diri agar dapat menerangi DUNIA yang hitam pekat dan panas, bila letrik tak dak.....(Falsafah..falsafah...)


MADUD kata : OK ni komen yang berlainan sikit dengan sedikit isi komen yg terpadam tu, kisah jual kambing kena langgark. hehehehe, Si Bisu laa, mai kat aku. Dia tarik aku, dengan cara dia, "jom! jom!" aku pun ikut laa. Rupa2nya ada kambing baru kena langgark dah. Dah mampoih pun. DIa kata bley juai kat hinoooo. SO, angkut laa kambing letak ataih blakang gerek bawa pi batu 13 1/2, jln changloon. kami juai kat hinooo estet. hehehehe Bisu ni pun kira baik jugak ngan aku. sekian saja.
You know what Dude? Somehow or other I am not surprised at all at this little escapade of yours..Hahaha..Aku memang CHOP hang macam tu dari dulu lagi..Hahahahaha..Lawak je bro. Sambung lah ngan detail cikit. Dapat berapa dit,pi enjoy mana pas tu..Ala..Cita lah..Cita lah..

Aku dengaq Major Decision Maker kita la nie sibuk jaga General tersayang yang diserang Denggi..
GET WELL SOON MUS...

WASSALAM

Thursday, March 12, 2009

CUCUK HIDUNG AAAAHH..

Cucuk mulut baru tau...Tak leh mengata dah..
Heheheheee...

Dapat satu lagi hasil nukilan "KUDA TUA" untuk kita semua renungkan...

Anonymous said...

Artikel 2

LAGENDA JITRA

Ana merasakan sedikit kecewa dengan sahabat2 sekelian yg tidak menerima pelawaan Dz untuk menyumbang artikel untuk darah59 ini, Apatah lagi penyumbang komen yg begitu lantang. Pandai memberi idea tajuk yg harus diutarakan tapi hakikatnya beliau sendiri terus tidak menyumbang dan dipersoalkan kewujudannya oleh rakan2.

Atas semangat TERUS MENYOKONG perjuangan Dz, ana terasa ingin bertanya samada anda semua menyedari yg Jitra telah menghasilkan banyak lagenda dalam bidang masing2.

Jitra telah menghasilkan ramai tokoh2 yg ana amat bangga dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran Awam, Koperat, Sukan dan politik.

Tak kurang juga yg akan terus di ingati sebagai penyangak besar. Ana tidak berhajat untuk menulis tentang tokoh2 yg dibanggakan atau pun yg dicercakan tetapi mengutarakan lagenda jalanan Jitra masa zaman persekolahan serta remaja kita dahulu.

Ana lebih berminat untuk mengimbau kembali ingatan kita kepada seniman2 jalanan Jitra yg pernah mewarnai dan mendenyutkan nadi Jitra.

Adakah sahabat2 sekelian sudah lupa kepada En Gila? Bisu Stesyen Teksi? Ah Teik? Darai Malau? Meh Tunjang? (Adakah lagi nama2 lagenda jalanan yang ana miss?)

Dak Bangau pasti mempunyai banyak cerita untuk berkongsi dalam tajuk ini. Ana rasa Dz pun mempunyai cerita2 nostalgia tentang lagenda2 ni. Ana yakin Dz mempunyai cerita tentang Meh Tunjang kot.

Ana difahamkan Mazlee pun sering mengintai darah59. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mazlee membuka sedikit cerita Ah Teik pula.

Ana kurang minat dengan tajuk2 nak cerita kekayaan duniawi yg bertanah banyak, berduit banyak, berkereta accord, berkonsesi balak dan sebagainya. Kalau udah kaya, bersyukur lah kepada ALLAH s.t. dan berdoa lah supaya terus mengurniakan kepada kita rezeki yang HALAL!

Adalah menjadi harapan ana, artikel ini mendapat pelbagai komen. Tak kira lah positif atau negatif. Apa yg penting ialah interaksi sesama kita dan tegur-menegur demi kebaikan bersama.

Bagus..baik..kira ok lah tu kalau boleh tulih camtu kan? Itulah sebabnya aku kena bagi nama kat penulis ni sebab dia nak remain anonymous..Aku mengidentitikan tulisan hang..KT...Thank you so much for the article..As usual aku tak leh nak recollect apa yg aku mark merah tu..Sorry..Sapa dia?

Dari cerita diatas tu kira macam Mazlee ni kamceng habis ngan Ah Teik ke? Aku dulu masa kerja kat Kangar tiap petang balik kerja mesti aku longsoq ke Jitra dulu walaupun bas tu melalui Pulau Nyoq..hahaha..pasai apa? Pi nganga ngan Mazlee dan gang yg lain lah..Lid polis lah, hamzah la..ramai lah. Tapi sepanjang pengetahuan aku, Mazlee tak pernah cerita yg dia ni tau kisah Ah Teik!! Cita lah..Takkan sampai terjadi affair kut..hahahah..joking bro..Tapi pasai apa KT sebut hang ngan Ah Teik ha? Hhhmmm...MISTERI...

Dalam KT baru je nak pos cita dia, Fazie siap ada jawapan untuk persoalan KT ni dan juga utk kita semua..Check it out..

ANONYMOUS NI McE ya..

Kalau u nak jumpa dengan EN GILA..dia ada kat KG MALAU.Dok pakai mcm tu jugak.Tak ada pbezaan.
Kalau jumpa kita sua lah makan minum bagi dia. Dia masih kuat bjalan macam dulu gakkk.

Bisu jitra dah tak nampak tapi dah diganti ngan hasan gila.. hasan ni dulu kerja kat lab SMJ. Dia ni kembar from Langkawi. Harta cukup banyak tapi dia tak nak..lebih suka dok macam tuu. Sekali we had took him back to Langkawi dgn ptolongan my father(aruah) tapi dia lari balik naik boat lain balik perlis.

Meh Tunjang tak dapat detack.
Darai Malau I tak ingat.
Kak Som Polis yg dok tunggu bas Tunjang dulu dah meninggal a few yaers back. I pi tengok on her last day di Tunjang.

Ingat dak Tomboy, kulit hitamanis dok kat jalan sungai korok. Berbadan tegap...la ni dia dok kat johore buat perabut secondhand.

Ingat Mr Fong ajak kita masa std 5 english class. Masih ada kat jitra. I jumpa dia last week, Rambut masih hitam...still ingat nama I...dok macam tuu gakk.

yg lain tuu..kalau ingat i bagitau.

fazie.

Hahahaha...Amacam? Kan ke best camni. Keluaq je persoalan ada saja kawan2 yg menjawab. Ini lah apa yg sepatutnya berlaku dalam blog kita ni...FYI Fazie..I don't think KT is McE..Longshot.Ikut sini kalau u nak tau pasai petua hari tu..KLIK SINI

WASSALAM

Tuesday, March 10, 2009

SALAM...

Salam semua....

Dahsyat juga the goings on yangterjadi dalam blog ni 2/3 hari ni kan.. Nampak semakin haru pulak. Ada yang menganalisa komen dan ada jugak yang dok kenen sana dan sini. walau camanapun nampak nya ini adalah satu keadaan yang amat sihat dan amat baik untuk kita semua. Baru lah rasa macam dok sembang di kedai kopi. Kawan tu hentam kut ni, dia ni hentam kut tu..Barulah best ...

Aku pun tak mau campoq langsung hal2 sapa2 yang dok komen. Kalau depa rasa nak jadi orang lain, biaq pi kat depa. Bagus jugak tu, banyak idea dan cerita yang dia boleh keluarkan dan menceriakan keadaan...

WASSALAM